Harini nak bagitau ada satu good news dan satu bad news for me and my family. First nak cerita yang good news dulu. My cousin Ieda who also my adik susuan *sebab masa kecil menyusu dengan mak* sudah admitted to the hospital sebab baby dah nak keluar. Cuma masalahnya baby tak cukup matang so doctor tepaksa tahan baby sampai la dia cukup 35 weeks. Nampak ganyanya baby dah tak sabar-sabar nak keluar jumpa mama dia dan auntie-auntie dia sebab semua orang tak sabar tunggu baby yang ni keluar. Al maklumlah, dua-dua belah cucu sulung. Berebut la nenek-neneknya nanti.
Ieda on her wedding day |
Sekarang ni nak cerita bad news pula. Dalam masa kami excited nak tunggu baby Ieda keluar, kami dikejutkan dengan berita seorang lagi sepupu aku iaitu Enon yang sangat rapat dengan aku keguguran lagi - for the third times. In fact anak dia dalam kandungan tu sebaya anak aku. Dan kami selalu berangan anak kami akan membesar bersama. Pak Long pun sangat excited sebab dia tahu cucu dia akan sebaya dengan anak aku. Entah la, kali ni bila aku dengan Enon keguguran lagi hati aku sayu sangat. Aku dapat rasakan kesedihan di hati dia sebab aku sendiri fikir apa jadi kalau benda tu jadi kat aku. Silap-silap aku boleh jadi gila. Aku tak setabah dia, aku tak mampu kehilangan orang yang aku sayang dalam hidup aku. Tapi Allah lebih tahu segala-galanya. Dia dah aturkan semuanya untuk hambanya. Kita je yang sedar atau tidak.
Walaupun Pak Long dan Mak Long sangat jaga kandungan Enon kali ni, bagi cuti sebulan supaya rehat kat rumah tanpa berbuat apa-apa. Tapi nak dijadikan cerita tiba-tiba satu hari mereka terlibat dalam kemalangan kecil dan menyebabkan hentakan dan keesokan harinya Enon disahkan keguguran. Pak Long menangis ketika menyampaikan berita tu kepada mak aku. Ya Allah, beratnya ujian Kau berikan pada sepupuku ini ya Allah.... Kau berilah balasan yang setimpal di atas ujian yang Kau berikan kepadanya. Amin ya rabbal aalamin...
Enon on her wedding day. In fact we share the same anniversary date! |
As time goes by, kami tak sedar yang semakin hari kami semakin dewasa. Contohnya sepupu-sepupu dalam gambar di atas tu. Dulu sibuk bercerita pasal study, pasal boyfriend. Tak lama lepas tu bercerita pasal kerja, pasal perkahwinan, pasal suami, pasal keluarga. Sekarang kami bercerita pasal anak, tapi ada yang baru kahwin dah mengandung, ada yang dah lama kahwin tapi takda rezeki, ada pula yang keguguran, ada yang terpaksa hold pregnancy atas sebab-sebab tertentu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui atas segala-galanya. Sebagai hamba rela tak rela kita kene redha dan anggaplah semua ini ujian dari Allah SWT. Semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran, ikhtibar dan peringatan untuk aku sendiri.
Sekian, Assalamualaikum....
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment