Showing posts with label BREASTFEED. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEED. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Susu Merundum & Power Pumping



This kinda serious topic but still nak share dengan reader yang menghadapi masalah seperti dalam title di atas. 

So you guys know yang aku pernah tekankan tentang pam mengikut jadual untuk mengoptimumkan penghasilan susu. Tapi kan langit tak selalu cerah, kadang-kadang bila bumps on the road stok susu kadang-kadang boleh merundum. Same goes to me.

For the last two weeks beban kerja *bebabn la sangat* sangat la banyak dan meletihkan. Semua kerja nak cepat, nak urgent so jadual mengepam tu agak la berterabur. Kadang-kadang termiss satu session, terlajak, kadang-kadang mengepam tak sampai 5 minit dah kena interupt, kejap boss panggil, kejap nak itu, kejap nak ini. Benda ni berlarut sampai la dekat 2 minggu. Masa tu baru aku tersedar yang stok susu dan mula berkurangan. This happen before aku beli Avent manual bp and it also one of the reason yang menyebabkan aku beli manual bp. 

So this is symptom(s) susu merudum yang aku alami

- Satu sesi pumping for both breast cuma dapat 2 oz je (10 minutes on each side). *Tak boleh pump lama-lama kan kat ofis*

-Setiap malam Rayyan bangun setiap sejam sekali sebab nak df. Dia sampai mengamuk-ngamuk sebab tak puas df. Kalau dapat LDR (let down reflect) ok la, tapi kalau tak dapat terpaksa keluarkan stok EBM bagi kat dia.

- Selalunya kalau dapat LDR during bf, sebelah cik B basah meleleh-leleh tapi sekarang tidak lagi. *sedih*

- Bila bangun pagi cik B dah tak rase full macam selalu. Rasa macam kosong je

- Stok EBM dah semakin berkurang. Satu hari dapat less than 10 oz je sedangkan Rayyan perlu minum at least 16 oz. Terpaksa korek stok EBM sedangkan itu stok untuk bulan puasa nanti. Sedih T_T

Dalam hati ni risau tak terkata. Runsing bila memikirkan kenapa susu dah semakin berkurang. Setiap hari jugak berdoa kat Allah mintak banyakkan susu dan bersyukur Allah bagi panduan macam mana nak banyakkan stok susu dengan cara Power Pumping (PP). For those yang tak tahu PP adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah kemeruduman susu yang biasa dialami oleh ibu-ibu yang bf anak dia. Mula-mula aku pun agak was-was dengan kaedah ni. Tapi bila aku sendiri buat aku, effectnya sangat la bagus. Pasni aku cerita.

Bermulalah sesi PP pada weekend yang lepas. Kami husband and wife decide tak nak pergi mana-mana dan stay je kat rumah. So since hari Sabtu husband kerja half day aku lepak kat rumah jela dengan Rayyan. Bila time Rayyan tidur aku ambil manual bp, aku start buat PP. Cara aku ialah aku buat 10 minit on each side selama sejam which mean 3 kali for each side. Aku buat dua hari berturut-turut (sabtu & ahad) dan tambahan dari PP tersebut aku start pumping every 2 hours. Tak kisah la pam kosong ke, ada susu ke, aku pam je.

Effect from PP ni memang sekejap. Hari Isnin *semalam* aku start mengepam aku dapat hampir 6 oz satu sesi. Dah lama tak dapat banyak tu untuk satu sesi. Second session dapat 5 oz, third session dapat 4 oz, fifth session dapat 2 oz je sebab dah mengantuk. Hehehe... Tapi yang paling best pagi ni *which mean hari kedua selepas PP pada hari ahad* bangun pagi je cik B rasa full! Ya Allah bersyukurnya. Walaupun pagi tadi dah df Rayyan, sampai je office terus capai bp dapat 4 oz untuk sebelah je. Syukur alhamdulillah.... Gembira yang tak terhingga.

Sekarang aku dah tak was-was lagi. PP is the solution untuk masalah susu merudum, kalau tak caya sila la buat. Tapi jangan cengkelat ok, kalau aku kata buat PP dalam masa sejam, then do it properly. Ala, memang la lenguh sikit but it's for your own good ok. No pain no gain kan?


And owh, last but not least. Please set dalam kepala yang susu akan cukup / dapat banyak susu setiap kali mengepam. Macam aku sendiri kalau tengah mengepam dalam kepala otak dok pk "ala, macam dapat sikit je" memang susu keluar sikit. Tapi bila aku set kan dalam kepala "mesti dapat at least 5 oz" memang dapat 5 oz automatically. Nampak macam tak logic tapi itulah kuasa minda *cehhhh* Stay positive dan tenangkan hati semasa mengepam. Insyallah susu keluar melimpah ruah. 

To mommies out there, good luck and happy pumping!


Wednesday, July 11, 2012

Avent Manual Breast Pump Review / Testimoni



Harini datang office berkobar-kobar nak review pasal breast pump (bp) nih. Walaupun semalam balik try sekali terus rasa tak sabar nak buat review on the next day.

Okay, this is a love at first sight. Baru try sekali dah terus jatuh cinta. Patut la ramai yang pilih manual instead of electronic bp sebab selesa sangat-sangat! Semalam try mula-mula kekok sangat yela selama ni ada benda tolong sedutkan, tapi sekarang ni kena tekan sendiri kalau tak takde la dia menyedut. 

Let us start with the component inside the packaging.

Yang ni dah tunjuk semalam kan



Dalam kotak tu dia bagi :-

1 breast pump
1 storage bottle
1 travel size teat
1 sealing disc
1 set spare valve

Bila dah cabut semua part, cuci-cuci, keringkan sikit, pasang balik parts aku pun terus la try sambil tengok tv balik keje semalam. Baru pam 2,3 kali susu dah keluar. Dalam hati "eh, cepatnye! Kalau pakai Pureen kena tunggu lama sikit baru dia keluar" Aku ingat Pureen lambat sebab nak bagi stimulate dulu tapi dengan yang ni takyah stimulate pun, terus je susu keluar. 

Lepas tu aku ni kan takde experience pakai yang manual. Aku ye ye la tarik paddle sampai nak lenguh jejari aku ni lepas tu aku baru teringat yang aku pernah terbaca review dari internet yang mengatakan bila susu dah memancut keluar, ko tak payah la tarik-tarik paddle dia tu. Tarik je sekali dan biarkan susu tu keluar sampai habis lepastu lepas, lepas tu tarik lagi sampai la penuh botol tu. Rupanya memang betulllllllllll.... Aku salah teknik, patut la lenguh cik jejari aku nih. Tapi bila dah dapat rentak memang syok la. Rilek je, tau-tau  botol dah penuh! Yang paling best cik N tak sakit pon. Memang la aku akui kalau pakai Pureen cik N sakit tapi sebab dah biasa kan, so takde la rasa sakit sangat. Tapi bila dah pakai yang ni ya Allah, selesanya... Cik N tak sakit langsung jauh berbeza dengan Pureen. *ceh, masa ni la ko nk kata Pureen itu ini ye*


Harini mengepam kat office dah takde bunyi mesin potong rumput dah

Kan senang boleh campak je dalam cooler bag termasuk la storage bottles ngn ice pack

Tadi dah cerita pros kan, sekarang nak cerita pasal cons pulak. Sekarang ni aku cuma buat perbandingan dengan Pureen aku tu so aku takde perbandingan dengan yang lain. Kelebihan Pureen ialah parts dia sangat-sangat minimal. Cuma ada prt motor, adapter, corong, silicon cushion dengan storage bottle. Itu sahaja. Tapi dengan Avent pulak banyak la part yang kena cabut, cuci, assemble balik. Makin banyak keje pulak jadinya. Dah la nak kena cuci satu-satu part dia nih. Jenuh, dah macam bukak spare part enjin kete je rupenye.Ke memang semua manual pump macam ni?

The other cons is, bila kita tengah mengepam, susu yang keluar tu boleh menjejeh-jejeh sampai la ke belakang petal cushion tuh. Kalau korang nak tau, Pureen pun pakai petal cushion tak macam Medela. Tapi bila susu dah keluar, takde la susu tu menjejeh sampai ke belakang lapik cushion tu. Ish, nampak macam serabai je aku  nengok. Mungkin korang yang dah biasa ok la kot. Entah aku je rasa pelik.

Overall aku sangat berpuas hati dengan pembelian kali ni. Rasa tenang je dalam hati bila dah ada manual bp yang senang angkut ke hulu hilir dan boleh campak dalam cooler bag tanpa memikirkan electronic part yang akan basah bila bercampur gaul dengan ice pack. 


Happy pumping mommies!




Tuesday, July 10, 2012

Philip Avent Manual Breast Pump



Akhirnya, setelah mengira-ngira dan berfikir panjang akhirnya aku memutuskan *ceh* untuk  membeli manual breast pump. Mula-mula aku stuck between Medela dan Avent. Dua-dua pun review bagus, dua-dua pun dari jenama yang berkualiti, dua-dua pun menjadi mommies favorite. Tapi at the end aku pilih Avent sebab harga yang lagi murah dari Medela. Sekali lagi Little Kids menjadi pilihan sebab harga dari website ni yang paling murah aku jumpa. Normal price is RM160 tapi after additional FB discount using LIKEFB-10 code, dapat lagi additional 10% discount yang menjadikannya hanya RM144 termasuk free postage. Best kan?

Seperti biasa juga, shipping sangat-sangat la cepat. Semalam order, pagi ni aku dah terima in a tip top condition. Oleh kerana harini baru terima, so takde la harini jugak nak bagi review kan. Balik rumah petang nanti nak cuci-cuci dulu, sterilize dulu lepas tu kita try test ok? Review coming soon. Owh, if you're wondering kenapa aku pilih manual instead of electric is just  because aku nak sesuatu yang mudah untuk dibawa ke hulu hilir. No need nak pasang plug la, letak battery la, anak terkejut-kejut time tidur la. Lagipun aku boleh campak je dalam cooler bag aku tu tanpa risaukan electronic part tu basah kena ice pack. Betul tak?

Sebenarnya aku nak sangat  invest untuk electric double pump. *Rumble Tuff itu sangat-sangat menawan* tapi since aku sekarang kena tersangat-sangat la badget, so kena dulukan yang mana dulu then kalau ada budget lebih kita beli Rumble Tuff okay? Lagipun bp Pureen itu masih lagi menjalankan tugan dengan cemerlang so no need membazir kan? *ayat sedapkan hati*


Hot from the oven

The packaging

Content


See you soon!


Saturday, June 30, 2012

Mission Possible


Semalam beli additional storage bottle. Currently ada 30 botol, sekarang dah ada 40 botol. So misi untuk mengisi botol-botol ni dengan stok EBM sebelum menjelang puasa. Wish me luck!


P/s : Korang buang tak botol yang digunakan lebih dari 6 bulan? Dalam instruction box tu ada tulis, tapi apa effectnya kalau kita tak discard eh?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, June 29, 2012

Jadual Mengepam


Remember my yesterday entry tentang pam mengikut jadual. So harini tiba-tiba rasa nak bercerita tentang jadual mengepam. Masa mula-mula masuk kerja like one month ago aku pernah dengar orang cakap jadual mengepam / pam ikut jadual untuk mengoptimumkan penghasilan susu ibu. Mula-mula aku pun  tak percaya. Bagi aku kalau breast dah penuh mesti la banyak susu. Tapi bila aku buat macam tu aku selalu dapathasil yang tidak konsisten. Harini dapat banyak, esok dapat sikit dan seterusnya.


Bila dua minggu sudah aku mula pam ikut masa yang aku tetapkan, masa tu baru aku perasan yang kuantiti yang aku boleh dapat agak konsisten. In fact kadang-kadang beyond expected. So dari situ baru aku faham betapa pentingnya pam ikut jadual.


Dalam previous post aku juga aku pernah post tentang entry di mana aku berpuasa dan hasil susu aku sangat la sedikit. Masa tu dalam kepala aku fikir "aku puasa kot, sebab tu susu sikit" Tapi sebenarnya tak. Buktinya Khamis lepas dan semalam (khamis) aku berpuasa dan hasil susu aku masih banyak seperti biasa. Now I understand! 


Bila kita mengepam secara konsisten, badan kita akan adapt dengan situasi itu dan akan menghasilkan susu dengan consisten walaupun kita sedang berpuasa. Mungkin situasi aku di sini tak sama dengan orang lain which mean mungkin ada orang lain yang pam secara konsisten tapi susu tetap sikit bila berpuasa. Lain orang lain jenis. Tapi apa yang boleh aku rumuskan pada diri aku sendiri dan mungkin berguna juga pada orang lain ialah - pam secara konsisten dan mengikut jadual. In fact aku tak pakai pun pam mahal such as Medela, Avent, Spectra etc2. Aku cuma pakai Pureen je. So jenama pam tidak mempengaruhi yang penting usaha anda sendiri *cakap macam penceramah motivasi*


Ok, sekarang ni nak cerita pasal jadual mengepam aku plak. Selalunya aku pam pagi pukul 7, tengahari pukul 12, petang pukul 4 dan last sekali malam pukul 8/9. Kadang-kadang aku akui yang aku terskip waktu mengepam especially waktu pagi. Lagipun sebelum pergi kerja aku akan direct feeding kat Rayyan. Tapi aku akan pastikan yang pukul 12 tgahri, dan 4 petang tu aku tak skip. Belah malam pun kadang-kadang skip jugak sebab bila Rayyan balik awal, aku df je kat dia. 


Kalau korang bertanya tentang stok yang aku ada, takde la banyak sampai 1000oz macam yang dalam group KIM tu. Lagipun storange bottle aku tak banyak dan peti ais aku adalah jenis 2 pintu yang kecik. So banyak mana jela yang boleh ditampung ditambah lagi dengan ikan, ayam dan ais batu yang berasak-asak di dalam peti tersebut. Tsk tsk... Nak beli deep freezer dapur pula kecik. Nak letak kat hall tak molek bebenor.. Mungkin akan diusahakan satu hari nanti insyaallah.


Last but not least, banyakkan usaha. Kalau perlu mengepam 10 kali sekalipun, buat la. Kita nak the best untuk anak kita kan? So kalau nak yang terbaik kena la berusaha sikit. Walaupun kalau satu sesi mengepam tu dapat sikit, takpe. Lama-lama nanti makin banyak la, insyaallah. 


Good luck guys!


*Dengar cerita kat HKL tengah kempen yang mengatakan susu formula beracun.  Betul ke?*





Thursday, June 28, 2012

Alhamdulillah, masih ada rezki


Walaupun harini berpuasa, tapi hasil susu harini masih lumayan. Syukur alhamdulillah. Apa yang penting is consistency, pam ikut jadual ok!


Happy pumping mommies!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, June 16, 2012

First Marmet (Hand Expression Technique)


Siapa tau apa itu marmet? Angkat tangan!

Kalau korang belum kahwin dan tiada anak mungkin korang tak tau apa itu marmet.

Marmet ialah kaedah memerah susu menggunakan tangan sahaja. Bukan menggunakan alatan-alatan mengepam susu sama ada manual ataupun elektrik. Kiranya kaedah memerah ala2 susu lembu.

Gambar menunjukkan hasil first marmet yang aku buat oleh kerana tertinggal pump kat kampung haritu. Oh sila rujuk post Hilang Aura arituh. Oleh kerana Cik B dah mula mengeras so terpaksa la guna kaedah manual. Mula-mula blur jugak tak tau apa nak buat. Sempat search kat YouTube tapi percayalah ianya tak semudah yang disangka especially untuk beginner macam aku ni.

First impression is - penat, lenguh tangan, lamanya, eh kenapa tak boleh keluar nih? But once you get used to it memang melimpah ruah. Tapi macam kes aku bila dah lenguh mula la malas. Dalam masa malas-malas tu dapat jugak 6 oz satu sesi. Cuba kalau rajin sikit confirm dapat 10 oz kan?

It's a good alternative for those yang tak suka menggunakan tools untuk mengepam and for those yang can't afford expensive breast pump. Downside is Cik B sakit sikit la pastu menjejeh-jejeh sikit. Tapi kalau dah expert tak menjejeh kot.

So ibu-ibu diluar sana, happy marmet-ing!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 14, 2012

Ganti Puasa


Harini sambung ganti puasa sejak dah tak pregnant ni. Alahai lemaunye rase.. Siap terlelap atas meja masa dok key in dalam MYOB.

So untuk menghilangkan rasa mengantuk marilah melakukan sesi pumping. Tapi dapat 4oz je satu sesi. Not bad la tapi tak semeriah selalu. Pagi tadi pun cuma sahur horlicks panas celup dengan roti gardenia butterscotch 4 keping. Semalam telan susu soya sekotak konon-konon milk booster la. Tapi tak jalannnnn.. Milk booster aku tetap carrot putih dan kopi O.

Lepas mengepam lagi la aku lemau. Tekak kering, perut vibrate, rasa nak menggeletar je badan aku ni. Takpela, mula-mula memang macam ni. Esok-esok ok la.. *ayat sedapkan hati*

Oklah, nak sambung bekerja walaupun diri terasa sangat la lemau ditambah dengan jammed melampau tahap gaban kat Tol Jalan Duta pagi tadi. Aura dah hilang.

Okbai


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 13, 2012

Avent Bottle and Pacifier






Bought some Avent stuff untuk di try oleh Rayyan. Asalnya mencari botol baru sebab botol MAM yang Rayyan guna untuk minum EBM tu asyik meleleh je. Tak tau la sebab teat dia besr sangat ke, mulut Rayyan yang kecik ke, ataupun Rayyan memang munim menjejeh *bak kata suami*


But at the same time mencari pacifier yang baru sebab MAM pacifier tu menyebabkan bibir Rayyan chapping sikit. Lepas tu MAM pacifier punya tali tu susah nak sangkut kat baju. Kalau baju berbutang ada la tempat nak menyangkut tapi kalau pakai t-shirt semata memang takdo la tempat nak sangkut klip tu. Pastu tiada la pula penutup untuk pacifier tu. Aku ni dah la jenis nak campak-campak je barang dalam handbag. Tapi lepas campak-campak tu nak kena cuci dulu sebelum sumbat dalam mulut Rayyan. Kalau ada penutup kan senang. 

Yang sudu dengan garfu tu beli atas sebab nak genapkan purchase ke RM100 so boleh entitle free shipping. Ngeeee....


Malam tadi try bagi Rayyan try pacifier baru, nampak macam so so je. Takpelah, baru lagi kot lagipun teat dia kecik sikit dari MAM. Botol pulak belum di try test kena tunggu review dari MIL balik kerja nih. 


If you're wondering mana aku beli benda-benda ni macam orang kaya banyak sangat duit beli Avent, sebenarnya tak mahal pun. Aku beli kat Little Kids je ada promotion yang so far the best price aku jumpa. Korang boleh guna kupon LIKEFBFAN-10 semasa check out dan korang akan dapat extra diskaun. Dah la harga memang dah murah, dapat lagi additional discount. Memang best. Nak best lagi beli barang RM100 and above dan korang dapat free shipping. Seriously shipping sangat-sangat la cepat aku tak tipu. Cuma downside beli dari page ni ialah barang banyak yang out of stock. Owh, Avent Manual Breastpump pun ada offer RM144 je!! Tapi since aku dah sengkek gila ni tunggu lahujung bulan punya gaji. Harap-harap stok ada lagi :(



Wednesday, May 16, 2012

Caffein Increase Milk Production?


Just read about this article ketika sedang mencari petua untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lepas tu terbaca tentang satu artikel ni yang mengatakan caffein boleh merangsang penghasilan susu. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila klik link ni. http://increasebreastmilk.org/

Caffeine stimulates milk production, but it also stimulates your baby. Caffeine finds its way into breast milk and if you consume large  amounts it can act on your baby as it does on you. Caffeine stays in a baby’s system longer than in an adults, which will prolong its effect. Also, caffeine can make your baby irritable, as well as interfere with sleep. One cup of coffee or a soda will not be a problem, but in large quantities (five or more cups of a caffeinated beverage a day), the levels of caffeine in breast milk can reach amounts that affect your baby.


Apa-apa pun semuanya bergantung kepada individu. Ada yang cakap bila minum kopi susu jadi sikit, anak susah tidur. Tapi menurut mak aku arwah nenek aku adalah seorang bidan. Nenek aku pun suruh mak aku minum kopi pada waktu pagi semasa dalam pantang. Now I know why... But again, dengan kuantiti yang berpatutan. Jangan melampau kalau tak anak korang pun jadi hyper.