Harini datang office berkobar-kobar nak review pasal breast pump (bp) nih. Walaupun semalam balik try sekali terus rasa tak sabar nak buat review on the next day.
Okay, this is a love at first sight. Baru try sekali dah terus jatuh cinta. Patut la ramai yang pilih manual instead of electronic bp sebab selesa sangat-sangat! Semalam try mula-mula kekok sangat yela selama ni ada benda tolong sedutkan, tapi sekarang ni kena tekan sendiri kalau tak takde la dia menyedut.
Let us start with the component inside the packaging.
Yang ni dah tunjuk semalam kan |
Dalam kotak tu dia bagi :-
1 breast pump
1 storage bottle
1 travel size teat
1 sealing disc
1 set spare valve
Bila dah cabut semua part, cuci-cuci, keringkan sikit, pasang balik parts aku pun terus la try sambil tengok tv balik keje semalam. Baru pam 2,3 kali susu dah keluar. Dalam hati "eh, cepatnye! Kalau pakai Pureen kena tunggu lama sikit baru dia keluar" Aku ingat Pureen lambat sebab nak bagi stimulate dulu tapi dengan yang ni takyah stimulate pun, terus je susu keluar.
Lepas tu aku ni kan takde experience pakai yang manual. Aku ye ye la tarik paddle sampai nak lenguh jejari aku ni lepas tu aku baru teringat yang aku pernah terbaca review dari internet yang mengatakan bila susu dah memancut keluar, ko tak payah la tarik-tarik paddle dia tu. Tarik je sekali dan biarkan susu tu keluar sampai habis lepastu lepas, lepas tu tarik lagi sampai la penuh botol tu. Rupanya memang betulllllllllll.... Aku salah teknik, patut la lenguh cik jejari aku nih. Tapi bila dah dapat rentak memang syok la. Rilek je, tau-tau botol dah penuh! Yang paling best cik N tak sakit pon. Memang la aku akui kalau pakai Pureen cik N sakit tapi sebab dah biasa kan, so takde la rasa sakit sangat. Tapi bila dah pakai yang ni ya Allah, selesanya... Cik N tak sakit langsung jauh berbeza dengan Pureen. *ceh, masa ni la ko nk kata Pureen itu ini ye*
Harini mengepam kat office dah takde bunyi mesin potong rumput dah |
Tadi dah cerita pros kan, sekarang nak cerita pasal cons pulak. Sekarang ni aku cuma buat perbandingan dengan Pureen aku tu so aku takde perbandingan dengan yang lain. Kelebihan Pureen ialah parts dia sangat-sangat minimal. Cuma ada prt motor, adapter, corong, silicon cushion dengan storage bottle. Itu sahaja. Tapi dengan Avent pulak banyak la part yang kena cabut, cuci, assemble balik. Makin banyak keje pulak jadinya. Dah la nak kena cuci satu-satu part dia nih. Jenuh, dah macam bukak spare part enjin kete je rupenye.Ke memang semua manual pump macam ni?
The other cons is, bila kita tengah mengepam, susu yang keluar tu boleh menjejeh-jejeh sampai la ke belakang petal cushion tuh. Kalau korang nak tau, Pureen pun pakai petal cushion tak macam Medela. Tapi bila susu dah keluar, takde la susu tu menjejeh sampai ke belakang lapik cushion tu. Ish, nampak macam serabai je aku nengok. Mungkin korang yang dah biasa ok la kot. Entah aku je rasa pelik.
Overall aku sangat berpuas hati dengan pembelian kali ni. Rasa tenang je dalam hati bila dah ada manual bp yang senang angkut ke hulu hilir dan boleh campak dalam cooler bag tanpa memikirkan electronic part yang akan basah bila bercampur gaul dengan ice pack.
Happy pumping mommies!
Happy pumping mommies!
6 Komen sikit-sikit sudah:
Salam kenalan..akak nora google cr info beekaitan potassium..terbuka blog ayu berkenaan dgn ayu nak kena induce dan darah tinggi agt..terus la akak godek baca..menarik citernya..hehe
Saja nak kongsi..bulan 4 akak baru melahirkan seorg baby boy..kena induce juga..bukan sekali..tapi 3-3 baby kena induce. Kali ini lg mencabar..hampir di bedah..tp dok usaha vacuum saja...dan cukup complete juga semua baby akak kena sedut baru keluar..hehe..
Akak pun ada guna pam ni..tak beli. Guna kak ipar punya je. Anak pertama..akak guna sebab nak kurgkan laju air di dada..sebb anak akak pernah hampir lemas tersedak susu..dah biru bdn dia..mak akak tepuk kuat2 tawakal..Alhamdulillah..dia bernafas. Alhamdulillah juga boleh bawa anak g tadika..sbb akak ni cikgu tadika.
Yg kdua..terus benti keje sebb alahan kuat. Yg kedua ni susah nak nyusu badan..dia tak minat. Jadi akak banyak pam dan bg guna botol kalo dia taknak kat bdn. Selalu la di pam..dan akak tak suka puting makin lama makin besar dan susu juga makin kurang. Cepat susu akak kurang...awak bernasib baik walau guna pam..susu byk lg.
Anak ketiga memg tak guna pam langsung..biarlah kemana akak pergi..bawalah kehulur kehilir..hehe
Pjg lak bebel ye..maaf la pulak...
Salam kak nora, terima kasih kerana menjengah blog saya yang tak seberapa ni. Syukur alhadulillah Allah kurniakan rezki susu untuk anak. Tak sia2 saya berdoa dari awal pregnancy dan Allah makbulkan doa saya.
Saya pun tertarik dengan kisah akak dan mungkin 1 hari nnti saya pun ada kisah nak cerita mcm kisah akak. Lain anak lain cerita kan?
Wahh.. Dh makin ramai peminat blog ko nie ayu! Blog aku je yg masih bersawang. Hahaha..
wah bestnye, day dapat yg berkenan di hati. I m still looking what brand yg best, dulu pakai puree gak now nak tukar Yang lain...ramai cakap avent is the best. OK Sgt ke? I ingat nak cari yg electric punya but in same time boleh convert ke manual...harap get advice from you. tq.
this is my email address - rz1109@yahoo.com
berapa harga you beli erk?
salam mama rayyan
salam perkenalan.tertarik dgr cerita akak.saya pun bru tukr drpd electric spectra ke manual avent ni.mula2 rasa x puas hti juga kenapa x nk kuar susu nih.tp bila bca blog akk bru tau cmana cara betul nk guna.ptutlah td masa pam susu tgh byk,sy tarik je n thn,susu keluar dgn sendirinya.cuma.pelik,x sebyk pakai electric.mungkin juga sbb sya tgh period n bg direct feed kt
rumh,so x byk susu.
oh ye,bg love razilla,sy ada jual pump ni design baru,yg kita x yah bent bila pam.phillips avent.murh dr hrga pasaran.murah rm100.benda yg sama dn original.murh sebb online business je kan.boleh tempah di website saya: www.shopandship2u.com
salam.. tengah survey review breast pump yg elok ni.. jemput singgah blog sy juga ye..
http://gewmiza.blogspot.com
Post a Comment