Wednesday, July 18, 2012

Japanese Cheese Cake


Aku selalu rasa Allah sentiasa je bagi rezeki yang banyak kat aku. Ada je rezeki yang tak disangka-sangka datang bergolek-golek. Walaupun bukan dari bentuk wang ringgit tapi dalam pelbagai bentuk. Makanan, minum, pakaian, anak, umur dan iman. Alhamdulillah....*eceh*

Semalam adik aku kat kampung ada la tag gambar japanese cheese cake yang dia buat semalam. Terliur aku dik nengok kek ko tuh. Dah la sekarang ni nafsu makan membuak-buak mengalahkan orang mengidam. *owh aku tak peknen ok!* Takpela, sabar.. Tunggu nanti rumah ada over kite masak la puas-puas *hati ku berkata-kata*

Tapi tula, nak dikatakan rezeki, pagi ni bapak aku datang kl dengan membawa sebungkus plastik yang berisi kek yang semalam telah di tag oleh adik aku. Walaupun aku tak request seperti yang biasa aku lakukan tapi tula nak kata rezeki datang tergolek-golek. Ada 4 pieces sebenarnya tapi sekeping telah dibaham tanpa banyak bicara oleh dahku.. Dah telan baru teringat nak letak dalam blog. Sedapnyeeeeeeeeeee......

Inilah gamba yang di tag semalam

Inilah sebahagian dari kek di atas.


Untuk tempahan ... eh, mandai-mandai je aku padahal adik aku pun baru je try test. Kang order datang bertalu-talu mampus nak siapkan. Oklah, nak sambung habiskan kek ni. Tanak share ngan orang lain bole? #dasartembolok


Okbai!


0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment