Tuesday, July 17, 2012

Susu Merundum & Power Pumping



This kinda serious topic but still nak share dengan reader yang menghadapi masalah seperti dalam title di atas. 

So you guys know yang aku pernah tekankan tentang pam mengikut jadual untuk mengoptimumkan penghasilan susu. Tapi kan langit tak selalu cerah, kadang-kadang bila bumps on the road stok susu kadang-kadang boleh merundum. Same goes to me.

For the last two weeks beban kerja *bebabn la sangat* sangat la banyak dan meletihkan. Semua kerja nak cepat, nak urgent so jadual mengepam tu agak la berterabur. Kadang-kadang termiss satu session, terlajak, kadang-kadang mengepam tak sampai 5 minit dah kena interupt, kejap boss panggil, kejap nak itu, kejap nak ini. Benda ni berlarut sampai la dekat 2 minggu. Masa tu baru aku tersedar yang stok susu dan mula berkurangan. This happen before aku beli Avent manual bp and it also one of the reason yang menyebabkan aku beli manual bp. 

So this is symptom(s) susu merudum yang aku alami

- Satu sesi pumping for both breast cuma dapat 2 oz je (10 minutes on each side). *Tak boleh pump lama-lama kan kat ofis*

-Setiap malam Rayyan bangun setiap sejam sekali sebab nak df. Dia sampai mengamuk-ngamuk sebab tak puas df. Kalau dapat LDR (let down reflect) ok la, tapi kalau tak dapat terpaksa keluarkan stok EBM bagi kat dia.

- Selalunya kalau dapat LDR during bf, sebelah cik B basah meleleh-leleh tapi sekarang tidak lagi. *sedih*

- Bila bangun pagi cik B dah tak rase full macam selalu. Rasa macam kosong je

- Stok EBM dah semakin berkurang. Satu hari dapat less than 10 oz je sedangkan Rayyan perlu minum at least 16 oz. Terpaksa korek stok EBM sedangkan itu stok untuk bulan puasa nanti. Sedih T_T

Dalam hati ni risau tak terkata. Runsing bila memikirkan kenapa susu dah semakin berkurang. Setiap hari jugak berdoa kat Allah mintak banyakkan susu dan bersyukur Allah bagi panduan macam mana nak banyakkan stok susu dengan cara Power Pumping (PP). For those yang tak tahu PP adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah kemeruduman susu yang biasa dialami oleh ibu-ibu yang bf anak dia. Mula-mula aku pun agak was-was dengan kaedah ni. Tapi bila aku sendiri buat aku, effectnya sangat la bagus. Pasni aku cerita.

Bermulalah sesi PP pada weekend yang lepas. Kami husband and wife decide tak nak pergi mana-mana dan stay je kat rumah. So since hari Sabtu husband kerja half day aku lepak kat rumah jela dengan Rayyan. Bila time Rayyan tidur aku ambil manual bp, aku start buat PP. Cara aku ialah aku buat 10 minit on each side selama sejam which mean 3 kali for each side. Aku buat dua hari berturut-turut (sabtu & ahad) dan tambahan dari PP tersebut aku start pumping every 2 hours. Tak kisah la pam kosong ke, ada susu ke, aku pam je.

Effect from PP ni memang sekejap. Hari Isnin *semalam* aku start mengepam aku dapat hampir 6 oz satu sesi. Dah lama tak dapat banyak tu untuk satu sesi. Second session dapat 5 oz, third session dapat 4 oz, fifth session dapat 2 oz je sebab dah mengantuk. Hehehe... Tapi yang paling best pagi ni *which mean hari kedua selepas PP pada hari ahad* bangun pagi je cik B rasa full! Ya Allah bersyukurnya. Walaupun pagi tadi dah df Rayyan, sampai je office terus capai bp dapat 4 oz untuk sebelah je. Syukur alhamdulillah.... Gembira yang tak terhingga.

Sekarang aku dah tak was-was lagi. PP is the solution untuk masalah susu merudum, kalau tak caya sila la buat. Tapi jangan cengkelat ok, kalau aku kata buat PP dalam masa sejam, then do it properly. Ala, memang la lenguh sikit but it's for your own good ok. No pain no gain kan?


And owh, last but not least. Please set dalam kepala yang susu akan cukup / dapat banyak susu setiap kali mengepam. Macam aku sendiri kalau tengah mengepam dalam kepala otak dok pk "ala, macam dapat sikit je" memang susu keluar sikit. Tapi bila aku set kan dalam kepala "mesti dapat at least 5 oz" memang dapat 5 oz automatically. Nampak macam tak logic tapi itulah kuasa minda *cehhhh* Stay positive dan tenangkan hati semasa mengepam. Insyallah susu keluar melimpah ruah. 

To mommies out there, good luck and happy pumping!


3 Komen sikit-sikit sudah:

Nora Shahaira said...

huhu..mcm2 rupanya ye...saya dulu tak pk le pp ke bp ke..tp ye la..rezeki sy jd suri rumah nak buat mcmana kan..tp. apa2 pun memg kena set minda susu aku banyak walau aku stress..hehe...

Alhamdulillah..susu byk balik..ada rezeki tu..jgn risau ya..senang2 bc surah alhujurat utk bykkan susu

Noor Azura Ayu said...

Takpe kak, lain anak lain rezki. Takde plan nak pregnant lg ke? Boleh la kte berpower pumping

MuMmyLiL said...

Good job!!! Best bce entry awak nie..bende same sy alami..ebm da kurang..mmg betul klu x konsistem pam abisla..sy nk bt power pumping nie..wish me luck..nnt sy komen ok :)

Post a Comment