Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday : Me @ 24 Weeks Pregnant

Saje suruh hubby snap gambar ni masa kat workshop semalam. Perut dah tak bole cover

Thursday, December 22, 2011

Buntu


Ya Allah, aku tak tau nak buat apa.. Buntu sangat, tak tau macam mana nak keluar dari masalah ni. Tolong la aku ya Allah...

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday : The Latest Me, Hubby and Baby Part 2

 
Us with Pak Long on last family day at Jeram. Dapat hadiah saguhati je pon..

Tuesday, December 20, 2011

Lack Of Update

Bulan ni adalah bulan yang paling malas update blog. Bukan sesaje malas tapi bulan Disember ni adalah bulan yang sibuk sangat-sangat sebab kami suami isteri ada projek besar-besaran nak settle. *cheehh...ayat nak power je* Takde, kami sebenarnya baru je berpindah ke rumah baru. Baru sewa bukan baru beli sebab tak mampu lagi. Tapi dengan projek mega billion yang nak kene settle tuh sambil-sambil tu la pulak ada pelbagai aktiviti keluarga almaklumlah kan cuti sekolah. Meh aku cerita secara breakdown supaya korang boleh faham.




1/12/2011        - Dapat kunci rumah 

3 & 4/12/2011 - Cuci rumah, lap dinding, sental bilik air, sapu sampah etc2

10/12/2011      - Balik kampung angkut hadiah kahwin yang boleh digunakan di rumah baru

11 & 12/12/2011 - Family day belah bapak aku. 

17 & 18 /12/2011 - Balik kampung lagi angkut katil, mesin basuh, tikar, bantal, tilam, periuk, pinggan mangkuk etc2

24,25 & 26/12/2011 - Trip ke Langkawi walaupun sudah sengkek gile babas punye.. Harap-harap ada gaji by this Friday. Nak ikut jalan tapi duit takdak. Bajet yang ade pun untuk beli perabut dan standby beli barang baby.




So nak update post memang la time kerja je. Nak mobile post pun tak sompek. Camno? Tapi disebalik kekeringan dan kesengkekan wang ringgit yang agak kritikal ni aku masih bersyukur family aku especially parent aku sangat-sangat supportive dari segi moral dan material. Terima kasih mak sebab banyak sedekah barang-barang rumah yang masih elok untuk digunakan oleh anakmu ini. Dari sekecil-kecil sudu ke besar-besar katil telah disumbangkan oleh mak bapak aku. Kalau tak jenuh jugak nak beli katil, mesin basuh, peti ais, etc2 yang cecah riban-riban (T__T) 




Tulah, ramai orang cakap nak mulakan hidup ni memang susah. Aku akui, in fact masa start je kami pindah rumah dah ada dua tiga dugaan aku lalui. Semalam ada la juga terduduk menangis sekejap tapi cuba tenangkan diri dengan mengingati Allah swt. Masa ni aku rasa betul-betul rindukan family dan nak balik ke keluarga. Takpelah, Allah turunkan ujian tu sebagai tanda dia sayangkan kita kan? Setiap ujian tu ada hikmah dan mudah-mudahan Allah balas dengan rezeki yang melimpah ruah.




Tapi kan, tula. Bila fikir-fikir balik memang ada hikmahnya. Pagi tadi bapak aku offer nak belikan dapur gas. Malu pun ada dah besar-besar tua bangka pun nak belikan dapur gas yang harga tak sampai seratus tu. Tu tak termasuk lagi jalan-jalan gi Langkawi yang ditanggung beres oleh mak pak aku. Puncanya macam ni, tadi aku tolong book tiket AirAsia untuk pekerja indon bapak aku tu. Sambil-sambil tu bapak aku pun tanya...




Bapak  : Dah duduk rumah baru ke?
Aku     : Dah, dah dua hari dah tidur situ
Bapak  : Habis macam mana masak-masak? Dapur gas tak beli lagi..
Aku     : (Dengan nada bajet sempoi) Makan kat kedai la...apa lagi!
Bapak  : (Dengan muka yang tak berapa impressed) Nanti bapak belikan dapur gas kat kedai letrik sebelah Giant tu. Nanti bapak bagi resit petang pergi ambik kat situ
Aku     : (eh, tersipu-sipu malu) eheh... Boleh jugak tapi jangan le beli yang ade oven tu sebab dapur kecik nanti tak muat.
Bapak : Bapak beli macam yang kat rumah tu la..
Aku    : (dalam hati berkata) Yang kat rumah tu bukan ke yang kene tanam dalam kabinet dapur tu? Confused jap. Aaahh... tak kisah la




Ok, ok aku faham point bapak aku suruh beli dapur gas cepat-cepat. First sebab aku ni isteri, takkan nak ajak laki makan luar je hari-hari. Mesti la kena masak. Bapak aku ni jenis conservative bab-bab macam ni sebab tu sampai sekarang ni bapak aku jarang makan luar seboleh-bolehnya suruh juga mak aku masak walaupun lauk simple-simple je. 


So itulah kisahnya kenapa bulan Disember setakat harini 20hb Disember aku cum ada 6 post sahaja. Penat weh pindah rumah sampai sakit bawah perut aku ni dibuatnya. Ni pun baru je baik selesema, tu tak termasuk malam tak boleh tidur sebab sakit pinggang. Dah hampir-hampir kena insomnia la aku ni. Masa malam first tidur rumah baru aku tak boleh lelap. Fikir macam-macam sampai la tengah tidur aku boleh terjaga dan fikir aku tak bawak sijil nikah. Kalau kena tangkap basah macam mana?!!


Whatever it is, I'm so thankful to mak and bapak because being so supportive especially during this time being. I really appreciate when you came to my house without any sofa and proper food being served and still think my house is cool. Promise me you guys will come again to my house and have a sleep over! I really miss you guys, you are the best!




Update : Ye, sememangnya bapak aku belikan glass stove yang stok  tanam dalam kabinet. Aku pun tak tau celah mana aku nak tanam dapur gas tuh. Ke sebenarnye dia boleh letak je atas kabinet tu je? Aku pun tak bukak lagi kotak tu.. Petang ni baru nak try test cuba. Ngeeeee!

 

Thursday, December 15, 2011

Geram Rasa Nak Gigit


Kenapa semalam masing-masing post gambar anak masing-masing yang makin-makin tembam gemok chubby yang teramat-amat sangat. Korang tau tak aku ni tak boleh tengok baby tembam? Aku geram! This two babies is currently my favorite so hopefully anak aku lahir-lahir dah tembam macam ni. Boleh tak? PAling-paling pun lahir macam aku keluar je perut mak berat badan aku ialah 4.0 kg. Amacam?? Ngeeeeee.... ngeri!



Ini baby Ipan, anak kepada Didie dan Syam. Bakal bff anak aku pulak.



Ini baby Adam. Anak kepada Ieda dan Nuar. Tak padan lahir tak cukup bulan keluar masuk spital tapi tengok skrg apa jadi??


Owh lupa pulak sebenarnya ada 3 baby yang menjadi current favorite. And the third baby issssssssssss.........

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-




Baby Flynn anak kepada gojes mommy Miranda Kerr and hot daddy Orlando Bloom. Aku nak anak sebijik macam ni!!


Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday : Family Portrait





I usually hate family portrait but this one is my favorite



Tuesday, December 13, 2011

21 & 22 Weeks



Dah masuk 22 weeks dah sekarang ni infact minggu ni dah masuk 23 weeks dah. Cepatnya masa berlalu. Kalau nak cerita perubahan penat cerita sebab macam-macam yang berlaku. Tadi terbaca kat babycenter pregnancy at 22 weeks dan perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Semua facts yang diberikan memang betul. In fact bila baby dah masuk 20 weeks is the most fun kalau dibandingkan masa awal-awal pregnant dulu. Contohnya dah takde loya-loya, dah takde lapar setiap 2 jam *itu aku la* ada orang tegur muka berseri *ceh, perasan pulak* 


Tapi ada juga ketika yang aku rasa tak berapa nak best contohnya susah tidur malam sebab selalu sangat sakit belakang. There is one time kaki membengkak dan kebas tapi nasib baik kaki tak kejang malam-malam. Time ni tidur kena dikelilingi bantal macam aku contohnya tak kurang dari 5 bantal aku guna bila nak tidur dan kadang-kadang kan rasa macam nak tidur tu sekalil tu sorang-sorang je, taknak share dengan husband sebab rasa sempit dan rimas dan tak bebas. Yela, dah tidur pun pakai 5 biji bantal memang la laki kena tolak tepi tak gitu? 


Surprising Facts: Body changes beyond your belly
You expected your belly to grow — and perhaps your breasts, too — but the following physical changes may take you by surprise. As with many pregnancy changes, hormones play a role in most of these alterations in your looks.
  • Thicker, more lustrous hair You're not actually growing more hair, just losing less than normal. During pregnancy, your body sheds hair much more slowly than it did before. What to do: If thicker hair is a boon for you, enjoy it. If it's making your mane more unruly than ever, ask your stylist to do some thinning at your next cut. These changes won't last forever. After your baby's born, you'll start to lose this excess hair, sometimes in clumps.
  • Increased body hair Sex hormones known as androgens can cause new hair to sprout on your chin, upper lip, jaw, and cheeks. Stray hairs can also pop up on your belly, arms, legs, and back. What to do: Tweezing, waxing, and shaving are all safe ways to manage these temporary changes.
  • Faster-growing fingernails Your fingernails may grow more quickly than usual, and you may notice changes in texture. Some women's nails get harder, while others' get softer or more brittle. What to do: Protect your nails by wearing rubber gloves when you're cleaning, and using moisturizer on them if they're brittle.
  • Skin changes Some pregnant women report that their skin has never looked better. If that's you, enjoy the proverbial "glow." Others find the hormones of pregnancy aggravate skin conditions such as acne. What to do: Wash twice a day with a gentle soap or cleanser, and make sure that any moisturizer or makeup you use is oil-free.
  • Stretch marks As your belly expands to accommodate your growing baby, you may get tiny tears in the supportive tissue that lies just beneath your skin, resulting in striations of varying color. These marks will begin to fade and become considerably less noticeable about six to 12 months after you give birth. There's not much you can do besides trying not to gain more than the recommended amount of weight. Heredity is responsible for the natural elasticity of your skin and plays a role in determining who will end up with stretch marks.
  • Skin discolorations Increased melanin can cause splotchy patches of darkened skin on your face. These pigment changes may become intensified if you spend time in the sun. What to do: Protect your face by using a sunblock that offers both UVA and UVB protection with an SPF of 30 or higher, wearing a hat with a brim, and avoiding the sun during peak hours of the day (10 a.m. to 2 p.m.).
  • Larger and darker nipples and areolas You may find that your nipples and the pigmented area around them (the areolas) are getting bigger and darker. The little bumps on your areolas, known as Montgomery's tubercles, may also be more pronounced. These bumps are oil-producing glands that help fight off bacteria and lubricate the skin. Some women also notice more pronounced veins in their breasts. What to do: Nothing!
  • Larger feet Your feet may go up half a shoe size or more. Lax ligaments may make your feet spread a bit — permanently. Swelling can make your shoes feel tight as well, although it will go away after delivery. What to do: Buy comfortable shoes to accommodate your growing feet.

Thursday, December 8, 2011

Sibuknye....



Waaaa... Nak sangat update post especially pasal baby gender yang dah confirm tapi this week busy sangat-sangat kerja menimbun-nimbun yang tak sudah-sudah!  Dalam kepala otak dah bersusun cerita nak update dalam post tapi kenapalah kerja ni taknak surut-surut.


Oklah, tu je nak bagitau

bye