Remember my yesterday entry tentang pam mengikut jadual. So harini tiba-tiba rasa nak bercerita tentang jadual mengepam. Masa mula-mula masuk kerja like one month ago aku pernah dengar orang cakap jadual mengepam / pam ikut jadual untuk mengoptimumkan penghasilan susu ibu. Mula-mula aku pun tak percaya. Bagi aku kalau breast dah penuh mesti la banyak susu. Tapi bila aku buat macam tu aku selalu dapathasil yang tidak konsisten. Harini dapat banyak, esok dapat sikit dan seterusnya.
Bila dua minggu sudah aku mula pam ikut masa yang aku tetapkan, masa tu baru aku perasan yang kuantiti yang aku boleh dapat agak konsisten. In fact kadang-kadang beyond expected. So dari situ baru aku faham betapa pentingnya pam ikut jadual.
Dalam previous post aku juga aku pernah post tentang entry di mana aku berpuasa dan hasil susu aku sangat la sedikit. Masa tu dalam kepala aku fikir "aku puasa kot, sebab tu susu sikit" Tapi sebenarnya tak. Buktinya Khamis lepas dan semalam (khamis) aku berpuasa dan hasil susu aku masih banyak seperti biasa. Now I understand!
Bila kita mengepam secara konsisten, badan kita akan adapt dengan situasi itu dan akan menghasilkan susu dengan consisten walaupun kita sedang berpuasa. Mungkin situasi aku di sini tak sama dengan orang lain which mean mungkin ada orang lain yang pam secara konsisten tapi susu tetap sikit bila berpuasa. Lain orang lain jenis. Tapi apa yang boleh aku rumuskan pada diri aku sendiri dan mungkin berguna juga pada orang lain ialah - pam secara konsisten dan mengikut jadual. In fact aku tak pakai pun pam mahal such as Medela, Avent, Spectra etc2. Aku cuma pakai Pureen je. So jenama pam tidak mempengaruhi yang penting usaha anda sendiri *cakap macam penceramah motivasi*
Ok, sekarang ni nak cerita pasal jadual mengepam aku plak. Selalunya aku pam pagi pukul 7, tengahari pukul 12, petang pukul 4 dan last sekali malam pukul 8/9. Kadang-kadang aku akui yang aku terskip waktu mengepam especially waktu pagi. Lagipun sebelum pergi kerja aku akan direct feeding kat Rayyan. Tapi aku akan pastikan yang pukul 12 tgahri, dan 4 petang tu aku tak skip. Belah malam pun kadang-kadang skip jugak sebab bila Rayyan balik awal, aku df je kat dia.
Kalau korang bertanya tentang stok yang aku ada, takde la banyak sampai 1000oz macam yang dalam group KIM tu. Lagipun storange bottle aku tak banyak dan peti ais aku adalah jenis 2 pintu yang kecik. So banyak mana jela yang boleh ditampung ditambah lagi dengan ikan, ayam dan ais batu yang berasak-asak di dalam peti tersebut. Tsk tsk... Nak beli deep freezer dapur pula kecik. Nak letak kat hall tak molek bebenor.. Mungkin akan diusahakan satu hari nanti insyaallah.
Last but not least, banyakkan usaha. Kalau perlu mengepam 10 kali sekalipun, buat la. Kita nak the best untuk anak kita kan? So kalau nak yang terbaik kena la berusaha sikit. Walaupun kalau satu sesi mengepam tu dapat sikit, takpe. Lama-lama nanti makin banyak la, insyaallah.
Good luck guys!
*Dengar cerita kat HKL tengah kempen yang mengatakan susu formula beracun. Betul ke?*
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment