Wednesday, June 6, 2012

Rayyan, Mama Rindu... :(


Setelah lebih 2 bulan bercuti to be exact 2 bulan 2 minggu sebab bercuti awal semasa kena warded kat hospital haritu so semalam officially start bekerja seperti biasa. *sigh*

Semalam juga buat pertama kali meninggalkan Rayyan pada MIL *MIL je pun, bukan pengasuh ponnn* tapi dalam hati ni tuhan jela yang tahu. Rasa nak meraung-raung. Drive dari Klang ke KL rasa kosong je. Apa DJ kat radio tu bebel-bebel pun satu aku tak ambil port. Dalam kepala otak asyik teringat Rayyan Rayyan Rayyan... Ya Allah, macam ni rupanya perasaan seorang ibu bila berpisah dengan anaknya. Hati yang penuh gundah gulana, rindu usah cakap la. Mengalahkan berpisah dengan boyfriend. Tapi bila sampai ofis perasaan tu dapat dibedung *bedung la sangat* bila happy jumpa kawan-kawan berborak tak ingat dunia. Bercerita yang jamak 2 bulan tersimpan tu nak sekali cerita dalam satu hari. Lagi-lagi dengan si Maisarah.. Hahahaha.

Harini pergi kerja buat pertama kali juga husband yang hantar Rayyan. Memang plan kami sebelum Rayyan lahir begitu which mean pagi husband yang hantar Rayyan pergi rumah MIL dan petang kalau salah sorang dari kami balik awal then one of us yang akan pick up Rayyan. Semalam masa bagitau MIL yang plan kami macam tu MIL boleh cakap "boleh ke si Along tu?" Pastu aku dengan selamba menjawab "kalau tak belajar dari sekarang bila lagi?" Takkan la semua benda nak harap aku yang buat? Aku yang hantar, aku yang ambil, aku ni dah la kerja kat KL, hari-hari berulang 100km dari KL ke Klang. Aduhai...

Tapi so far Rayyan memang tak banyak songeh. Semalam kena tinggal pun MIL cakap dia tak nangis. In fact semalam aku balik awal sebab nak pick up Rayyan pun MIL aku cakap cepatnya  nak balik. Sudahnya aku lepak rumah MIL sampai pukul 7 sebab menunggu FIL aku balik kerja nak main-main dengan cucu. Layankan jela. Aku rasa selamat bila tinggalkan Rayyan kat MIL aku sebab aku tau dia seorang yang teliti especially sekarang ni Rayyan cuma minum susu ibu dan aku sediakan EBM (express breast milk) untuk dia setiap hari. Dan aku bersyukur orang-orang disekeliling aku support aku bagi exclusive breast feed (bf) kat Rayyan. Sebab menurut sepupu-sepupu dan kawan-kawan office bukan senang nak cari pengasuh yang sanggup buat kerja remeh temeh panaskan susu, cairkan susu etc2.. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan benda ni untuk aku.

Bercakap pasal EBM ni, rugi sangat kepada sesiapa yang mampu nak beri tapi  taknak bagi atas alasan malas, nanti cik B kendur, leceh, bla3.. Ya Allah, tuhan je yang tahu betapa bahagianya aku dapat beri susu badan yang cukup untuk Rayyan. Bayangkan ye, hari Isnin sehari sebelum aku start kerja aku bawak Rayyan untuk monthly checkup dan berat Rayyan dah cecah 6 kg! Itu dengan hanya minum susu ibu tanpa campuran apa-apa pun. Subhanallah.. Besarnya kuasa Allah. Nanti la kita cerita panjang-panjang pasal EBM ni. Tak sabar nak share tapi kena tunggu masa free baru boleh cerita panjang-panjang. 

Oklah, kena continue buat kerja. Silap hari betul la masuk office sebab habis je cuti masuk office time tengah banyak kerja. Otak ni dah berkarat so kena la polish pelan-pelan. Semalam nak masuk office password pun boleh lupa. Hahahahaha... Malu kat diri sendiri. Last but not least, disertakan gambar-gambar Rayyan yang debab bagi membuktikan bahawa susu ibu itu sangat-sangat berkhasiat dan tiada tolok bandingnya dengan susu-susu lain di luar sana. Sekian :)



Gambar-gambar separa bogel di atas diambil atas alasan cuaca di tahap melampau di Malaysia. Harap maklum




0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment