skip to main  |
      skip to sidebar
Last week ada seorang penjual alat-alat 
kesihatan datang ke office untuk mempromosikan produk kesihatan beliau. 
Tapi di sini bukan nak cerita tentang produk yang dijual tetapi satu 
statement yang dikeluarkan oleh beliau iaitu "kalau anda marah pada 
waktu pagi, seluruh aura pada keseluruhan hari akan hilang dan aura itu 
hanya akan kembali selepas kita bangun dari tidur pada keesokan 
harinya" 
Ya, memang statement itu sangat-sangat benar. Contohnya pada hari ini seawal jam 7 pagi aura aku dah hilang. 
First, it's Monday and i'm having a tiring 
weekend. Travel all the way from Klang to Sri Manjung and back to Sungai
 Besar and back to Klang the next day. Travel with baby is exhausting.
Pada
 pagi Isnin itu juga si suami telah request si isteri untuk menggosok 
baju sedangkan si isteri ada 10 tugasan yang perlu dilakukan sebelum 
pergi ke kerja sedangkan si suami hanya tidur dan bangun sahaja dari 
tidur terus sahaja meminta si isteri menggosok baju tanpa rasa serba 
salah sedangkan kami semua telah terlewat dan ingin diingatkan bahawa si
 isteri perlu pergi bekerja di Kuala Lumpur dan rumah kami berada di 
Klang.  
Si isteri faham akan patuhnya si isteri 
akan perintah suami, TETAPI si suami fahamkah anda bahawa si isteri 
sudah kepenatan menjaga si kecil di tengah-tengah malam, perlu 
menyiapkan brang keperluan si kecil, perlu memastikan keadaan rumah rapi
 dan selamat sebelum pergi keluar bekerja sedangkan si suami hanya tidur
 pada waktu malam TANPA DIGANGGU oleh si kecil just because my little is
 only breast feeding me. 
Adakah tindakan si isteri melampau?
Ok, done with that....
Second thing is - si suami telah menukar 
sport rim kereta si isteri dengan yang baru tanpa pengetahuan si isteri.
 Sport rim pulak saiz macam tayar trektar. Besar, gabak sampai terkeluar
 dari body. Ala-ala wide body konon. Bila pagi ini si isteri buat 
pertama kali drive, rupanya tayar tu tak sesuai. Tayar besar tapi 
absorber/spring tidak ditukar. Makanya bila si siteri yang gemuk ini 
menaiki kereta tersebut maka tersangkut-sangkutlah tayar tersebut lalu 
menyumpah seranah la si isteri sepanjang perjalan dari Klang ke KL. Dan 
perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang sejam telah menjadi 
sejam setengah kerana si isteri terlalu berhati-hati ketika membawa 
kereta tersebut ditambah lagi dengan traffic jam yang melampau-lampau.
Third - despite all above, maka 
terganggulah emosi si isteri sampaikan nak pergi kerja tadi lupa nak 
cium anak *sorry sayang!* Sampai je office jam hampir-hampir menunjukkan
 jam 11 pagi. Gila melampau. Dahlah park kereta jauh, sampai je office 
baru tersedar pumping beg tertinggal dalam kereta. So during lunch hour 
menapaklah semula si siteri ke kereta dan mengampil pumping bag 
tersebut. 
Bila proses assemble pump ingin dimulakan 
baru perasan yang one of the main accessories tiada. Ingatkan  
tertinggal kat rumah, rupanya tertinggal kat 
KAMPUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!
Macam mana aku nak mengepam ni? Sakit down cik B aku nih. Habis la stok untuk Rayyan nanti! 
Seriously, harini memang aura aku habis, 
totally out! So kena request boss balik awal sebab cik B rasa nak 
meletup. And of course akulah yang kena ambil Rayyan balik harini sebab 
nak direct feed dia. 
Sekian sahaja cerita pada hari ini. Sekian.. *mood - bengkek*
 
 
 
  
 
 
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment