Some more info about pregnancy which aku sendiri alami. Kalau korang ada baca aku punye pregnancy journey, korang tahu yang aku ada fibroid dan cyst which aku sendiri tak sedar sampai la aku pregnant. So below is the explaination what is fibroid, macam mana boleh terjadi and what tp do when you have one?
In my case, aku memang berada di luar symptom2 yang boleh menyebabkan fibroid but for me and my doctor said, my fibroid is accrued because of pregnancy. When you're pregnant there is some hormone yang bertambah dalam badan dan boleh menyebabkan fibroid. And luckily my fibroid terbentuk di atas rahim, bukan pintu rahim. Korang baca la sendiri kang aku explain korang tak faham pula. 
KETUMBUHAN atau Fibroid lumrah bagi wanita,namun ia bukanlah penyebab  kanser,ia tidak berbahaya namun mempunyai risiko tertentu terutama  kepada wanita hamil.Fibroid merupakan sejenis tumor yang membesar dari  otot tisu dalam rahim
Ia juga dinamakan Uterine Leiomyomas atau  Myomas.Kedudukannya boleh dikesan diluar atau diantara dinding rahim  malah didalam rongga rahim.Saiznya pula dari sekecil biji kacang  sehingga sebesar bola keranjang. 
Sekiranya fibroid atau gugusan  fibroid ini membesar diluar dinding rahim,ia boleh menyebabkan rahim  berada dalam kedudukan tidak normal .ia juga boleh memberi tekanan  kepada pundi kencing dan usus lalu mengakibatkan kejadian kerap  kencing,sakit pada bahagian pelviks ,sakit belakang atau senbelit  .Fibroid juga boleh menyebabkan pengeluaran darah haid yang banyak. 
Kehadiran fibroid boleh menggangu kesuburan wanita malah secara tidak  langsung ia menyebabkan komplikasi sewaktu hamil.Misalnya fibroid yang  membesar akan menghalang bukaan rahim ,akibatnya wanita hamil terpaksa  melalui proses pembedahan untuk mengeluarkan bayinya. 
FAKTOR LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN FIBROID 
1.Sejarah Keluarga 
Genetik keluarga yang pernah disahkan mempunya ibroid membolehkan anda  juga berisiko untuk mengalaminya.Sekiranya nenek atau ibu anda pernah  mempunyai fibroid,anda juga berpeluang untuk mengalaminya. 
2.Umur 
Fibroid biasanya dialami oleh wanita dalam usia 30-an.Namun dalam  kajian yang dijalankan diluar negara,wanita Afrika-Amarika mengalami  dalam usia yang lebih awal dari 30-an.Biasanya fibroid akan mengecut  apabila wanita itu telah melalui proses menopaus. 
3.Paras hormon 
Tumbesaran fibroid banyak dipengaruhi oleh hormon estrogen atau  progesteron atau kedua-duanya sekali.Setengah kajian mendapati fibroid  akan jadi mengecil apabila paras estrogen semakin berkurangan(iaitu  apabila menghampiri saat menapous). 
4.Berat badan 
Sesetengah kajian yang dijalankan menyatakan obesiti memainkan peranan penting dan tumbesaran fibroid. 
5.Wanita yang telah melahirkan 
Kajian mendapati wanita yang telah meklahirkan bayi kurang berisiko  untuk mengalami fibroid.Risikonya juga semakin berkurangan apabila  wanita itu telah melahirkan lebih dari dua orang bayi. 
6.Gaya hidup 
Sesetengah kajian menunjukkan senaman dan pengambilan makanan yang  seimbang boleh mengurangkan risiko fibroid.Kajian juga menunjukkan  pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko mengalami fibroid. 
SOALAN KALANGAN WANITA HAMIL 
1.Perlukah saya mendapatkan pemeriksaan fibroid sebelum merancang untuk hamil? 
Bagi wanita yang berisiko untuk mengalaminya,anda dinasihatkan untuk  mendapatkan pemeriksaan awal.Ujian imbasan akan dijalankan untuk  mengenalpasti masalah itu.Sekiranyabanda disahkan mengalami  fibroid,doktor pakar akan memberikan panduan mengenai cara-cara untuk  anda berhadapan dengan masalah itu.Apatah lagi jika anda mahu meneruskan  kehamilan,anda perlu tahu apakah komplikasi yang bakal berlaku sewaktu  kehamilan anda itu nanti. 
2.Adakah fibroid menyebabkan masalah kesuburan?. 
Ya,fibroid boleh mengganggu masalah kesuburan,terutama fibroid yang  berada didalam rongga rahim.Ia juga boleh memesongkan bahagian dalam  rahim lantas menghalang kehamilan.Fibroid yang berada didinding rahim  juga mungkin juga boleh menghalang kesuburan namun ia tidak memberi  kesan yang besar kepada kesuburan wanita. 
Bagi wanita yang tahu  keluarganya pernah mengalami fibroid ,mereka perlu mengambil langkah  segera untuk hamil.Hal ini kerana ,tumor itu berpontensi untuk membesar  lalu menyebabkan masalah kepada anda dikemudian hari.
XUYAN MALAYSIA EARLY BIRD TICKET
1 week ago




 






0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment