Thursday, October 27, 2011

Susu Awal Ibu (bukan lembu)



Ok, this is my second time I've heard about this actually. Dulu ada terbaca dalam majalah Pa&Ma and now terbaca dekat internet pula berkenaan susu awal ibu. Selalunya kita dengar susu awal lembu or susu kolustrum yang banyak sangat khasiatnya. Jangan ingat lembu je ada, ibu mengandung pun ada tau! Read this article below and now you know. Hopefully, aku sendiri dapat menyusukan anak as soon as she/he deliver and keep he/she bf exclusively.





Kenali Cecair Emas Berharga

Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan berwarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.


Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progestron yang sangat tinggi kadarnya.

Pada hari kedua dan ketiga, kolustrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatannya berterusan mengikut keperluan bayi.

Ketika susu peralihan mengambil tempat, payu dara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolustrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran.

Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalamnya terkandung protein,vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum berwarna kekuningan.


Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan.

Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A(SlgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia. Istimewanya, ia hanya boleh diperolehi dari susu ibu. SlgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Ransang Sejak Hamil

Pada minggu 37-38 kehamilan, sebarang ransangan ke atas payudara akan menyebabkannya bersiap sedia mengeluarkan susu. Namun, anda perlu sentiasa bertenang. Dengan itu, dapatlah susu keluar dengan lancar setelah bayi lahir nanti. Susu tidak aka keluar jika persekitaran bising, hiruk-pikuk atau fikiran terganggu.

Ketenangan boleh terhasil apabila suasana aman dan anda hanya menumpukan perhatian kepada bayi. Jadi, otak menyampaikan mesej kepada payu dara supaya mengeluarkan susu.

Keadaan ini dikenali sebagai let down reflex (LDR) dan berlaku setelah anda benar-benar bersedia walaupun pada ketika itu bayi belum lahir. Oleh yang demikian sentiasalah menenangkan diri jika tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan ibu yang gagal mengalami LDR akibat mood yang tidak menentu.

Keistimewaan tiada tandingan

Kolostrum sering kali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel-sel hidup terkandung didalamnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan untuk menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

Oleh kerana kolustrum sangat kaya dengn vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.



Monday, October 24, 2011

Dear Hubby...



Dear hubby, 

I just found a perfect song for you when we're in love not long time ago. Do you remember the challenge, the onak ranjau berduri that we've been through? Yeah, I think this song is perfectly for you. Nasib baik lagu ni tak keluar masa kita bercinta dulu kan? Kalau tak mesti kita nangis sesama sambil dengar lagu ni. And you know what? This song is the new soundtrack for the new Twilight movie Breaking Dawn Part 1. Tak sabar nak tengok Edward dengan Jacob! Nak anak hansome macam Edward boleh tak? Hehehe... Gatai!


I will always love you! Muahhh!!





If you ever leave me baby,
Leave some morphine at my door
‘Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don’t have it anymore.

There’s no religion that could save me

No matter how long my knees are on the floor
So keep in mind all the sacrifices I’m makin’
Will keep you by my side
Will keep you from walkin’ out the door.

[Chorus]

Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same, if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...

I’ll never be your mother’s favorite

Your daddy can’t even look me in the eye
Oooh if I was in their shoes, I’d be doing the same thing
Sayin there goes my little girl
Walkin’ with that troublesome guy

But they’re just afraid of something they can’t understand
Oooh well little darlin’ watch me change their minds
Yeah for you I’ll try I’ll try I’ll try I’ll try
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make you mine

[Chorus]
Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...

[Bridge]
Don’t just say, goodbye
Don’t just say, goodbye
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make it right

[Chorus]
Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...



Friday, October 21, 2011

Quote Of The Day : Anita Prediction

Korang pernah tak guna Anita Prediction kat FB? Bukan lah aku nak cakap aku percaya sangat dekat ramalan-ramalan ni. Tapi kadang-kadang tu apa yang dia cakap tu kebetulan jadi. Tapi kebanyakannya 80% salah! Ahahaha...!!


Tapi pagi ni ramalan dia macam betul je. Bukan ramalan lagi dah kalau dah jadi kan? Memang kebetulan. So harini si Anita ni cakap macam nih


"Noor sweetheart, you're very emotional and take any arguments to heart - especially when it happens amongst people close to you. You are always there with a helping hand. It makes you feel good to be needed and giving time to those you care about."



Memang pun minggu ni aku emo sikit dengan laki aku. Dia tak layan sikit je aku merajuk, lepas merajuk menangis. Asal malam je mula nak buat perangai..Nak kata PMS dah ada anak dah pun dalam perut. Hormon kot! *ceh, salahkan hormon pulak* Sebenarnya nak mengada-ngada dengan husband. Nak perhatian macam budak kecik.

Thursday, October 20, 2011

Welcome To The World Adam Danish!




Macam muke Azim la!

Setelah 8 hari Adam warded kat hospital, baru harini Adam dibenarkan balik. Syukur alhamdulillah.. Berkat doa semua orang dan berkat susu mama Adam yang terpaling berkhasiat. The best in the world lah senang cerita!



Sekejap tadi Mama Ifah upload gambar Adam. OMG semua auntie-auntie Adam excited okay! Termasuklah Mama Wa ni. Esok Adam kawan baik-baik ngn baby Mama Wa tau! Weekend ni Mama Wa balik ngn Uncle, Adam duk diam-diam kat rumah tunggu Mama ngan Uncle datang tau!


Sayang Adam selalu.. Muahhhhh!!!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Fibroid During Pregnancy

Some more info about pregnancy which aku sendiri alami. Kalau korang ada baca aku punye pregnancy journey, korang tahu yang aku ada fibroid dan cyst which aku sendiri tak sedar sampai la aku pregnant. So below is the explaination what is fibroid, macam mana boleh terjadi and what tp do when you have one?




In my case, aku memang berada di luar symptom2 yang boleh menyebabkan fibroid but for me and my doctor said, my fibroid is accrued because of pregnancy. When you're pregnant there is some hormone yang bertambah dalam badan dan boleh menyebabkan fibroid. And luckily my fibroid terbentuk di atas rahim, bukan pintu rahim. Korang baca la sendiri kang aku explain korang tak faham pula. 








KETUMBUHAN atau Fibroid lumrah bagi wanita,namun ia bukanlah penyebab kanser,ia tidak berbahaya namun mempunyai risiko tertentu terutama kepada wanita hamil.Fibroid merupakan sejenis tumor yang membesar dari otot tisu dalam rahim

Ia juga dinamakan Uterine Leiomyomas atau Myomas.Kedudukannya boleh dikesan diluar atau diantara dinding rahim malah didalam rongga rahim.Saiznya pula dari sekecil biji kacang sehingga sebesar bola keranjang.


Sekiranya fibroid atau gugusan fibroid ini membesar diluar dinding rahim,ia boleh menyebabkan rahim berada dalam kedudukan tidak normal .ia juga boleh memberi tekanan kepada pundi kencing dan usus lalu mengakibatkan kejadian kerap kencing,sakit pada bahagian pelviks ,sakit belakang atau senbelit .Fibroid juga boleh menyebabkan pengeluaran darah haid yang banyak.


Kehadiran fibroid boleh menggangu kesuburan wanita malah secara tidak langsung ia menyebabkan komplikasi sewaktu hamil.Misalnya fibroid yang membesar akan menghalang bukaan rahim ,akibatnya wanita hamil terpaksa melalui proses pembedahan untuk mengeluarkan bayinya.


FAKTOR LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN FIBROID


1.Sejarah Keluarga


Genetik keluarga yang pernah disahkan mempunya ibroid membolehkan anda juga berisiko untuk mengalaminya.Sekiranya nenek atau ibu anda pernah mempunyai fibroid,anda juga berpeluang untuk mengalaminya.


2.Umur


Fibroid biasanya dialami oleh wanita dalam usia 30-an.Namun dalam kajian yang dijalankan diluar negara,wanita Afrika-Amarika mengalami dalam usia yang lebih awal dari 30-an.Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita itu telah melalui proses menopaus.


3.Paras hormon


Tumbesaran fibroid banyak dipengaruhi oleh hormon estrogen atau progesteron atau kedua-duanya sekali.Setengah kajian mendapati fibroid akan jadi mengecil apabila paras estrogen semakin berkurangan(iaitu apabila menghampiri saat menapous).


4.Berat badan


Sesetengah kajian yang dijalankan menyatakan obesiti memainkan peranan penting dan tumbesaran fibroid.


5.Wanita yang telah melahirkan


Kajian mendapati wanita yang telah meklahirkan bayi kurang berisiko untuk mengalami fibroid.Risikonya juga semakin berkurangan apabila wanita itu telah melahirkan lebih dari dua orang bayi.


6.Gaya hidup


Sesetengah kajian menunjukkan senaman dan pengambilan makanan yang seimbang boleh mengurangkan risiko fibroid.Kajian juga menunjukkan pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko mengalami fibroid.


SOALAN KALANGAN WANITA HAMIL


1.Perlukah saya mendapatkan pemeriksaan fibroid sebelum merancang untuk hamil?


Bagi wanita yang berisiko untuk mengalaminya,anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan awal.Ujian imbasan akan dijalankan untuk mengenalpasti masalah itu.Sekiranyabanda disahkan mengalami fibroid,doktor pakar akan memberikan panduan mengenai cara-cara untuk anda berhadapan dengan masalah itu.Apatah lagi jika anda mahu meneruskan kehamilan,anda perlu tahu apakah komplikasi yang bakal berlaku sewaktu kehamilan anda itu nanti.


2.Adakah fibroid menyebabkan masalah kesuburan?.


Ya,fibroid boleh mengganggu masalah kesuburan,terutama fibroid yang berada didalam rongga rahim.Ia juga boleh memesongkan bahagian dalam rahim lantas menghalang kehamilan.Fibroid yang berada didinding rahim juga mungkin juga boleh menghalang kesuburan namun ia tidak memberi kesan yang besar kepada kesuburan wanita.


Bagi wanita yang tahu keluarganya pernah mengalami fibroid ,mereka perlu mengambil langkah segera untuk hamil.Hal ini kerana ,tumor itu berpontensi untuk membesar lalu menyebabkan masalah kepada anda dikemudian hari.

My Happiness Moment With Olympus



Everbody has their own happiness moment right? But do you have it captured on pictures? For me my best happiness moment is on my wedding day. It's like all the feelings, all the challenge and all dreams captured in one precious moment. It's one in lifetime moment that I think everybody should enjoy and  have fun! No bridezilla, just me having fun.



So here is my happiness moment captured by my wedding photographer. I couldn't forget this moment. It's been five months since I took this pictures and everything seem goes so fast! Now I have baby coming on April 2012 and it will be my second happiness moment and I wish I can captured my happiness with my own Olympus PEN Lite E-PL3 Kit. I always want my own digital camera so I think this is it the best time to grab this opportunities. So if you want to stand a chances to win this super cool, super chick camera, click this link http://www.nuffnang.com.my/olympus2011/ . Follow their simple step and if you're lucky, you will win this super cool camera too!


The prizes is cool right? I told ya!




My Happiness Moment





Enjoy!





Wednesday, October 19, 2011

Quote Of The Day : Milikmu

Tuesday, October 18, 2011

Quote Of The Day : Nonsense People




It so pathetic when someone talk about nonsense - benda tak masuk akal tapi masih lagi nak tegakkan benda yang tak masuk akal tuh. Dia rasa dia pandai but actually they are just making fool out of themselves. So damn pathetic. 




Bayi Pramatang @ Premature Baby

Last week cousin aku Ieda bersalinkan anak dia yang kurang bulan. Kalau nak ikutkan baby dah 36 weeks tapi masih ada complication pada baby. Kesian Adam, ibu dah balik tapi Adamkena stay kat hospital sebab paru-paru tak kuat. So baru-baru ni aku ada terbca info mengenai bayi yang kurang matang ni. Jom kita share sama-sama.



BAYI PRAMATANG PERLU PENJAGAAN RAPI

BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?


* Haba atau
kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
* Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.


Apakah makanan untuk bayi pramatang?

Susu
ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.


Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang

* Jaundis (penyakit kuning)

Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

* Apnea

Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

* Anemia (kurang darah)

Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)

Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.

Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

* Jangkitan

Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

* Patent Ductus Arteriosus(PDA)

Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

* Masalah Retina

Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi

Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.
 
 
This post taken from page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Sila like page ni sebab ada banyak sangat info mengenai ibu mengandung. Tak rugi pun like page ni. 



12 & 13 weeks



Kalau ikutkan sekarang dah 14 weeks so nak update sikit tentang perkembangan bayi dan 'pengembangan' ibu. Kui3....

Mula-mula nak cerita pengeembangan ibu dulu lah. Tak banyak perubahan pun dari minggu-minggu sebelum ni.

- Masih lagi loya sepanjang hari

- Mabuk dan loya tu rasa-rasa macam makin kuat la. Macam kerap muntah pulak sekarang ni. Mungkin baby dah memebesar dan hormon badan dah berubah

- Lapar melampau tahap gaban *sudah semestinya* Kalau lambat makan sikit je, mesti perut masuk angin kaw-kaw lepastu malam-malam kau tak boleh tidur rasa sesak nafas pedih ulu hati bagai. Amekaw!

- Masih lagi tak boleh bau wangi-wangi. In fact aku rasa segala jenis bau-bauan pun aku tak boleh bau sebab aku rasa deria bau aku makin kuat. Sampaikan haritu aku cakap kat officemate aku yang aku tak boleh la bau si polan2 ni. Padahal officemate aku cakap "eh si polan polan tu mana ada bau apa-apa!" 

- Perut dah semakin membesar *ofkos lah* Lepastu dah boleh dengar heartbeat baby tau! Asben aku suka sangat sebelum tidur letak telinga dekat perut aku sebab nak dengar heartbeat anak dia. Excited lebih-lebih laki aku nih.

- Kadang-kadang rasa cramping kat bawah perut nih. Kalau rasa baby dah besar, takde la besar mana pun. Takut je rahim jatuh ke apa ke tapi bila tanya doc, doc cakap takde apa-apa. Hopefully cramping ni sebab perut tengah stretching nak bagi ruang kat baby kot. Ececehhhh...


NOTAKAKI : Aku ni tak gi lagi register kat klinik kesihatan. Nak set appointment pun belum lagi. Apsal la sistem kerajaan ni macam complicated sangat. Nak register pun nak set appointment bagai. Itu belum checkup lagi.




Friday, October 14, 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung

Jom share :)


[INFO] KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.


4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...


5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.


7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


Info selanjutnya - http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/


Subhanallah.. Besarnya pahala. Syukur alhamdulillah Kau pinjamkan nikmat ini kepadaku Ya Allah..






Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Daily Quote


Found this quote on twitter which is exactly describing myself. Never found this type of quote sebab bila orang bercakap tentang Virgo, semuanya yang baik-baik, yang lembut-lembut, yang perfectionist but unfortunately I'm not. 




Thanks a lot for those who create this quote, they're really understand the 'real' Virgo inside of me. 


Sekian, terima kasih





Thursday, October 13, 2011

Ya Allah, Kau Tunjukkanlah Kebenaran

This is short post
Or maybe emo post




Aku tak tau kenapa aku rasa aku kerja dengan syarikat bapak aku, hasil titik peluh bapak aku, duit bapak aku tapi aku rasa aku ni macam nothing dalam syarikat nih. Kenapa manusia tu yang aku benci tu selalu nak cari pasal dengan aku. AKu cuba taknak benci manusia ni, sebab aku fikir anak dalam perut aku ni. Tapi setiap kali tu la manusia ni cuba tekan butang marah aku. 




Aku tau ko pon anak boss tapi ko sedar tak ko suke kuasa veto ko tanpa memikirkan anak-anak share holder yang lain? Ko sedar tak syarikat ni bukan besar sangat pon. Dua orang je pon share holder tapi ko buat pengarah-pengarah ni macam patung mainan ko. Termasuk la aku aku ni skali ko buat macam sampah! Ko campak, ko buat je ape ikut suke ko!




Aku tau ko tak adil, aku tau ko banyak tindas orang aku tau apa yang ko buat selama ni. Aku tau muslihat korang laki bini tapi aku malas nak bongkar sebab bagi aku tuhan je yang balas semua perbuatan korang tu. Tapi tuhan tu adil, kebodohan korang memakan diri. Orang yang selama ni korang percaya, korang timang-timang macam nak rak tu buat taik kat muka korang. Dia selet-selet taik tu kat muka korang, sampai tak terkata korang. Ya Allah, kau bukakanlah segala yang terlindung, yangs salah, kau tunjukkanlah kebenaran kepada manusia-manusia ni. AKu dah tak mampu nak marah-marah aku dah tak mampu nak mengamuk sebab semua orang fikir aku ni gile. Sikit-sikit nak mrah sikit-sikit nak emo. Memang aku emo sebab aku perempuan. Bila orang tak percaya cakap aku what do u expect???!!




Dulu aku pernah bangkitkan satu isu tentang laki ko. Tapi ko bermati-matian backup laki ko bermati-matian percaya kat laki ko. Takpe, aku sabar je... Tapi harini tuhan dah tunjukkan keadilan. Orang yang ko percaya, yang juga adik ipar ko aka adik kepada laki ko tu buat taik terang-terang dan dengan bangganya mengatakan perbuatan dia tu tak salah masa tu baru ko tercengang depan semua panel. Aku nak sangat cakappadan muke ko dpn muke ko sendiri. Tapi biarlah, itu kerja tuhan nak balas semua perbuatan ko. 







Monday, October 10, 2011

The X Factor USA : Bootcamp Group


Harini memang malas buat kerja, so kerja aku tengok YouTube dengan update blog. So, after first audition, those selected contestant dibahagikan mengikut group dan akan membuat persembahan mengikut tema lagu yang diberikan. So kat sini aku nak post group yang jadi favorite aku. 



Group 8 nih aku tak pernah dengar lagu apa diorang nyanyi tapi first time dengar dah rasa best sangat. Lagu by Snow Patrol - Run. LEpas dengar lagu ni terus download masuk dalam henpon. Hihi..



Group 7 ni lagu memang best gile. Lagu I have Nothing by Whitney Houston. Tetibe rasa minat pulak kat budak kecik gemuk rambut kerinting Rachel Crow tuh. Tak padan umur 13 tahun tapi suara power gile. Sape la mak dia nih. Mesti mak dia bangga gila dengan talent yang dia ada nih.




Last but not least Group 2. OMG, kenapa suara diorang ni semua best-best tapi kenapa ramai yang tak selected into the next round? Aku suka gila Kingston yang dua orang tuh. Korang tengok muka Paula bila Kingston nyanyi. Priceless! Bestnya suara diorang bila bergabung but they didn't make it to final round. Yang pakcik gemuk pendek Thomas Well tu pun sama. Dia pun tak selected padahal suara best giler wehh! Budak perempuan Hannah Bettel tu pun suara best. Suara macam Carrie Underwood. Judges cakap diorang impressed tapi only one of them selected. Kesian kan?



Personally ada beberapa peserta yang aku rasa tak layak masuk final round tapi siapalah aku (T_T) Kenapa judges pilih diorang pun aku tak sure. Adakah kerana kasihan ataupun kerana nak bagi chances sebab ada bakat terpendam kah? I really donno. 


Ok lah, nanti aku update lagi okay! Bye



The X Factor USA



Korang tengok tak reality show The X Factor versi USA? Aku sebenarnya takde la minat tahap fanatic rancangan yang macam ni. Tapi last two weeks masa aku dok bosan-bosan duduk rumah MIL, aku layan la tv sorang-sorang sebab husband kerja balik lambat. Lepas tu aku tukar channel 8TV so ada la rancangan X FActor nih. Sebenarnya rancangan ni originally from UK tapi since reality TV ni dah jadi macam phenomena di seluruh dunia, so keluar la macam-macam version dari pelbagai negara. Aku pernah tengok yang UK version tapi entah, rasa mcam tak best pon.


But out of no reason, yang US version ni rasa terlampau la bestnya. Selalunya kalau American Idol tu kalau sesiapa nak masuk ada had umur. Tapi yang X Factor ni tak kira umur. Budak umur 12 tahun sampai la mokcik pokcik umur 80 tahun pun boleh masuk asalkan suara mantop! Lepas je aku tengok kat tv aku terus cari kat YouTube dan in fact diorang ada channel TheXFactorUSA dan terus je aku subscribe. Sampai la ni tak habis-habis tengok. Baru je sampai episode boot camp. Itu pun curik-curi tengok sambil buat kerja *konon* Aku sangat amazed dengan talent yang diorang ada padahal diorang ni suri rumah la, unemployed la, budak skolah la... But I have to admitted US memang banyak talent sebab negara diorang besar kan. So banyak orang banyak la talent tak macam Mesia nih. Kocik je.. Kalau tengok audition kat Malaysia ni rasa malu je kalau nak compare dengan negara diorang nih. Memang tak setarap. (T_T)


Kalau korang tanya favorite peserta masa audition, aku suka dua orang nih. 

Josh Krajcik


Stacy Francis



Sebab ape? First of course suara diorang best nak mampus lepas tu diorang ni background sangat humble. Contoh nye si Josh ni, keje dia buat burito kat kedai makan yang datang audition dengan muka busuk-busuk baju pun selekeh tapi bila nyanyi mak cair nak! Sampaikan Simon cakap "...when you start singing it just blew me away...." Oh judges, I felt the same way too. Simon Cowel yang korang tau bukan senang nak impressed dia. Korang tengok la video kat bawah ni.




Ok, Stacy Francis pulak. Aku suka sebab first of all dia ni full time mother of two children. Selama ni dia termakan dengan hasutan bf dia yang mengatakan dia terlalu tua untuk masuk pertandingan menyanyi-menyanyi ni sampai la satu hari dia tinggalkan bf dia ni and persuade to her dreams. Again, Simon cakap "...this is one of the best audition I ever heard in my life.." Hebat tak hebat? Korang tengok la sendiri. Kalau korang tak nangis korang menang takde prasaan.



So, aku akan update siri ni dari semasa ke semasa ikut tahap kerajinan. Peserta yang lain pun hebat-hebat so persaingan memang banyak. Andai kata diorang ni terkeluar, so terpaksa cari favorite contestant yang lain. (T_T). Anyway, jangan lupe subscribe to TheXFactorUSA channel on YouTube. 



Bye



Saya Dah Ada Biras



Pada hari Sabtu bertempat di Masjid Sungai Udang Klang, adik ipar saya Angah selamat menjadi suami kepada Nurul dengan dua kali lafaz dan dinikahkan dengan bapa Nurul sendiri. Majlis bersanding pula minggu depan dan majlis pada belah lelaki bulan 11 nanti. Entah larat ke tak si mak buyung ni nak merewang-rewang kenduri nanti. Sekarang ni pun dah sakit pinggang bagai... Entahla... Tolong mana yang mampu jela.

Anyway, tak banyak gambar yang aku snap pun. Aku cuma snap sekeping pakai hp cabuk aku ni. Yang lain banyak kat asben. Malas lak nak transfer-transfer semalam. So ni jela gambar sekeping tu pun dengan biras je. FYI, si Angah ni pemalu sikit. Nak berborak dengan aku pun segan-segan lagi. 


Si pengantin yang kurus bersama akak ipar yang gemuks


Anyway, congrats guys. Semoga selamat menempuhi alam perkahwinan yang serba mencabar ini. Semoga kalian dapat membimbing dan mendidik antara satu sama lain. Please please please make baby so that tahun depan kita sama-sama ada baby ok! Biar riuh rumah mak tu sampai pening kepala diorang melayan anak-anak kite. Hahahaha



Monday, October 3, 2011

Takziah & Tahniah


Harini nak bagitau ada satu good news dan satu bad news for me and my family.  First nak cerita yang good news dulu. My cousin Ieda who also my adik susuan *sebab masa kecil menyusu dengan mak* sudah admitted to the hospital sebab baby dah nak keluar. Cuma masalahnya baby tak cukup matang so doctor tepaksa tahan baby sampai la dia cukup 35 weeks. Nampak ganyanya baby dah tak sabar-sabar nak keluar jumpa mama dia dan auntie-auntie dia sebab semua orang tak sabar tunggu baby yang ni keluar. Al maklumlah, dua-dua belah cucu sulung. Berebut la nenek-neneknya nanti.



Ieda on her wedding day


Sekarang ni nak cerita bad news pula. Dalam masa kami excited nak tunggu baby Ieda keluar, kami dikejutkan dengan berita seorang lagi sepupu aku iaitu Enon yang sangat rapat dengan aku keguguran lagi - for the third times. In fact anak dia dalam kandungan tu sebaya anak aku. Dan kami selalu berangan anak  kami akan membesar bersama. Pak Long pun sangat excited sebab dia tahu cucu dia akan sebaya dengan anak aku. Entah la, kali ni bila aku dengan Enon keguguran lagi hati aku sayu sangat. Aku dapat rasakan kesedihan di hati dia sebab aku sendiri fikir apa jadi kalau benda tu jadi kat aku. Silap-silap aku boleh jadi gila. Aku tak setabah dia, aku tak mampu kehilangan orang yang aku sayang dalam hidup aku. Tapi Allah lebih tahu segala-galanya. Dia dah aturkan semuanya untuk hambanya. Kita je yang sedar atau tidak. 


Walaupun Pak Long dan Mak Long sangat jaga kandungan Enon kali ni, bagi cuti sebulan supaya rehat kat rumah tanpa berbuat apa-apa. Tapi nak dijadikan cerita tiba-tiba satu hari mereka terlibat dalam kemalangan kecil dan menyebabkan hentakan dan keesokan harinya Enon disahkan keguguran. Pak Long menangis ketika menyampaikan berita tu kepada mak aku. Ya Allah, beratnya ujian Kau berikan pada sepupuku ini ya Allah.... Kau berilah balasan yang setimpal di atas ujian yang Kau berikan kepadanya. Amin ya rabbal aalamin...



Enon on her wedding day. In fact we share the same anniversary date!



As time goes by, kami tak sedar yang semakin hari kami semakin dewasa. Contohnya sepupu-sepupu dalam gambar di atas tu. Dulu sibuk bercerita pasal study, pasal boyfriend. Tak lama lepas tu bercerita pasal kerja, pasal perkahwinan, pasal suami, pasal keluarga. Sekarang kami bercerita pasal anak, tapi ada yang baru kahwin dah mengandung, ada yang dah lama kahwin tapi  takda rezeki, ada pula yang keguguran, ada yang terpaksa hold pregnancy atas sebab-sebab tertentu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui atas segala-galanya. Sebagai hamba rela tak rela kita kene redha dan anggaplah semua ini ujian dari Allah SWT. Semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran, ikhtibar dan peringatan untuk aku sendiri.



Sekian, Assalamualaikum....





Saturday, October 1, 2011

My Happiness


Bersyukur kehadrat Ilahi, semalam berjaya juga kami husband and wife jumpa Dr Wan untuk details scan. Dah alang-alang buat details scan tu buat la check up sekali.

Semalam ada rasa sedikit kecewa sebab my twin baby didn't survive. Sorang je yang survive tapi everything turn into something yang sangat menggembirakan. I know hubby memang nak sangat twin, tapi itu semua kuasa Allah. Insyaallah lain kali ada rezeki twin. What makes up happy to the moon is bila kami sama-sama nampak our baby for the first time. Ya Allah, gembiranya tengok anak bergerak-gerak dalam perut, aktif betul! Dr Wan cakap anak you ni tengah shuffle ke? Show off betul! Hahahah!! Anak mama ni memang aktif.. Tapi takpe, you know why? Doc cakap bagus la baby aktif sebab bila dia aktif, dia bijak! Siapa taknak anak bijak kan?


Mula-mula Dr Wan scan pakai yang 2d nampak la si kecik tu gerak-gerak. I am totally surprised! Eh, doc dia dah boleh gerak-gerak ke?? Lepas tu dia diam. Bila doc nak tengok selaput kat bawah tengkuk tu dia diam lagi. Doc cakap dia saje je diam, bagi kita semua tunggu dia. Lepas tu doc tukar yang 4d scan. Haaaa... Masa tu dia show off! Bershuffle dalam tuh.. Mak aih, terkejut mama! Habis riuh satu klinik tengok gelagat si kecik tu. Bila doc tukar ke 2d scan dia diam lagi, tukar balik ke 4d, dia shuffle lagi. Memang show off! Comel je anak mama ni. Doc cakap tu ikut perangai sape la tu? Sapa lagi kalau bukan ayah dia! Ayah dia memang suke berjoget bergonjeng. Hihihi... 


Overall baby normal, tiada symptom down sindrom. Syukur alhamdulillah.. Kalau ikutkan machine tu baby dah 12 weeks ++ tapi doc kata belum 12 weeks lagi sebab tempurung kepala tak habis terbentuk lagi. Tak kisah la berapa-berapa pun. Yang penting baby sihat walafiat. And you know what? Sebelum habis scan tiba-tiba doc cakap " saya rasa saya nampak sesuatu la. Nampak k*** dia la!" Anak mama boy la! Tapi doc cakap don't be so sure sebab kecil lagi. Tapi from what the doc seen, macam k*** je. Atuk Sg Besar mesti happy sebab Atuk suka cucu boy. Mesti Atuk bawak naik motor keliling kampung. 


Apa yang paling penting my healthy is at top condition. Blood preasure normal, sugar level pun normal. Cuma diri sendiri kena control makan sebab berat badan naik melampau-lampau. Semalam tengok scale dah naik lagi 2 kg. Oh my oh my! Bila tanya doc macam mana nak control berat bdan, doc cakap tak payah fikir sebab time pregnant ni memang berat badan naik. Tak boleh nak buat apa.. Kalau nak kurus tunggu lepas bersalin! Sempoi je Dr Wan ni. 


Nampak gayanya ramai la geng bila baby ni keluar. Anak Didie pun boy, anak cousin yang sekarang ni tggu masa nak keluar tu pun boy. Habis la tunggang langgang rumah nanti. Apa-apa pun doakan kami sihat ok?

See you on next entry, bye!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone