Hi guys... Harini nak cerita sikit pasal favorite products yang aku guna setiap hari. Cuma kebetulan banyak stok dah habis so I went to Watson Jusco AU2 untuk topup stok-stok yang telah kehabisan.
1) Johnson's pH 5.5 Nourishing Body Wash.
Aku adalah pengguna setia sabun mandi ni sejak 2 tahun yang lepas. First time bau sabun ni kat kedai aku dah suka and terus la guna sampai sekarang. Bau dia sangat lembut so kalau korang suka bau yang strong or fruity, this is not for you. The main thing yang aku suka sangat ialah ianya membuatkan kulit rasa lembut je lepas mandi. Encik husband pun suka tahu! In fact sabun ni tidak meloyakan aku yang tengah sarat pregnant ni! Aku beli sabun ni dan letak kat port favorite aku which is rumah emak aku, rumah abang aku and rumah MIL aku.
The downside is, diorang takde travel pack. Semua pack dalam pump bottle yang gedabak tuh. Kalau nak travel terpaksa aku beli brand lain. Tsk tsk..
2) Kotek Fresh Liners
Dalam banyak-banyak brand panty liner yang ada kat Malaysia ni aku cuma percayakan Kotek walaupun in fact aku tak suka Kotek pad. Favorite aku adalah yang color purple which is longer and wider. Kenapa longer and wider? Sebab dulu aku ada masalah keputihan yang serius. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok, tapi still nak guna yang ni. In fact pelekat dia agak kukuh berbanding brand lain. So I've been using this since universiti kot so dah lebih 5 tahun. Kadang-kadang beli yang dalam kotak yang ada 100 pcs tu sebab nak kotak je, bukan isinya.. Hik3
3) Dove Deodorant Spray
Yang ada dalam gambar ni ialah perisa lemon grapefruit dan serai. Sebenarnya aku suka yang original yang cap warna biru. But since aku pregnant tiba-tiba tak suka bau yang ori tu. So tadi decide nak tukar bau so I find out aku boleh terima perasa lemon grapefruit dan serai ni.
Masa zaman anak dara, aku adalah pengguna setia Rexona roll on. Tapi bila dah kerja aku rasa aku tak suka yang roll on sebab melekit. So aku try yang spray and I love it until now. Sampai la satu ketika Dove ada offer and harga sebotol cuma RM10 instead of RM14.90. FYI, harga dove spray memang agak mahal dan aku sendiri pun tunggu ada offer baru beli. So sejak aku guna Dove, I never turn into Rexona anymore. Seriously, ketiak aku lebih gembira bersama-sama dove kerana ianya tak memedihkan ketiak kerana level pelembap yang tinggi dan akan membuatkan ketiakku happy.
4) Bio Essence Aqua Boost Hydra Nourishing Lotion
Aku rasa aku dah pernah mention pasal product ni sebelum ni. But it's ok. Meh sini aku explain kenapa aku suke product ni. Ianya ialah sejenis pelembap/moisturizer yang mengandungi kandungan air yang sangat tinggi berbanding kandungan krim. FYI jenis kulita aku adalah combination skin which is oily kat T zone and dry at U zone. So the only pelembap yang sesuai untuk kulit aku ialah jenis yang berair not creamy. Aku dah try banyak brand and I stick to this one sebab ianya sesuai untuk kulit aku dan senang didapati at local drug store.
The only downside about this product is, botol dia kaca! Berat! Dah tu takde pump. Setiap hari aku kene tonggeng-tonggeng botol dan ianya menyeksakan bila dah nak habis. Ketik-ketuk kat tapak tangan tapi at the end tangan sakit sebab botol dia keras, kan kaca. (T T)
So setakat ini sahaja shopping haul kita harini. Oh btw, for those yang ahli Watson yang kad color kuning tu ada special sale untuk anda. There is additional 10% on selected products only for members. Aku rasa tak rugi kot register RM12 sebab banyak faedah. Last time aku redeem RM10 guna point tu je.
See u later, bye!!
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment