Dah dekat seminggu tak update blog. Nak update yang ni pun rasa malas sangat. Tapi takpe la, kena update juga. Ok, kalau nak ikutkan sekarang ni dah nak masuk 12 minggu. Tapi perubahan tak banyak berbanding minggu 8 dan 9.
Antara perkara yang tak berubah dari minggu 9 ke minggu ke 11 ialah :
- Loya-loya sepanjang hari
- Kuat tidur
- Cepat letih
- Cepat lapar & haus
- Kerap kencing
Tapi ada sedikit perubahan yang agak meringankan diri aku which is aku dah tak demam waktu malam, dah takde seram sejuk secara tiba-tiba, dan suhu badan pun dah back to normal. Dah takde panas-panas dah. So dah boleh tidur peluk-peluk dengan husband. Hehehe... Dan Mr Blanket dah mula menjalankan tugas seperti biasa. Kalau tak buat hiasan je atas katil tu.
And then perasan juga sekarang ni dah kerap sakit pinggang. Haritu rumah parent-in-law buat open house. Si mak buyung ni sibuk juga nak tolong-tolong kat dapur. Konon-kononnya nak tolong potong nasi himpit dengan potong buah tembikat jela. Duduk la atas lantai, malam tu tuhan jela yang tahu betapa sakitnya pinggang aku. Sampai la ni kalau buat kerja berat sikit je mesti effect kat pinggang dengan tulang belikat ni ha. Malam-malam En Abg yang kena urut dengan sapu minyak angin. Tidur pun dah kena letak bantal bawah lutut. Baru la lega sikit.
Sekarang ni perut pun dah mula membesar. Banyak kain baju kurung yang dah muat. Kalau nak pakai pun kena zip separuh jalan je. Seluar jeans lagi la, tak boleh kancing dah. (T_T) So terpaksa heret En Abg pergi jusco cari seluar maternity sehelai dua. Ngeh3
So hari jumaat ni baby dah masuk 12 weeks which is first trimester is going to be over. Hopefully lpya-loya pun akan berakhir sebab aku nak qada' puasa yang aku ponteng masa bulan puasa haritu. Puasa 6 pun aku tak buat sebab memang tak larat. Btw, jumaat ni juga aku dah buat appointment dengan Dr Wan untuk buat details scan. Aku agak nervous sebab masa ni aku akan tahu sama ada aku confirm dapat kembar atau tak. Kalau ikutkan aku dengan husband memang nak sangat kembar. At least jimat sikit masa kitorang nak buat anak since husband cakap nak 5 orang anak kan. Tapi Allah lebih tahu mana yang baik mana yang buruk untuk hambanya. Mudah-mudahan ada rezeki untuk kami timang anak kembar. Insyaallah.
Oklah, nanti hari Jumaat aku update lagi tentang perkembangan baby. Stay tune!
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment