Monday, September 19, 2011

Kuala Pilah


Semalam aku, husband, parent-in-law (PIL), dengan Mak Long belah husband ke Kuala Pilah untuk melawat Tok Lang kesayangan mereka. Actually this is my first time pergi ke Kuala Pilah. FYI, my MIL berasal dari Pilah dan telah berhijrah ke Klang. But the rest of arwah Wan's siblings masih lagi tinggal di Pilah. So semalam kami ke rumah Tok Lang dan rumah Atok Rock which is dua-dua adik arwah Wan. 


Perjalan semalam memang mencabar. Dah la malam sebelum tu rumah PIL ada open house. Bangun pagi tengahari terus siap-siap ke Pilah pulak. Kalau ikutkan hati kami malas nak pergi tapi husband rasa tak sedap hati pula sebab Tok Lang selalu datang especially kalau kami buat event. Tapi ktorg yang muda-muda ni jarang sangat nak pergi jenguk Tok Lang kat Pilah. Masa kat USJ je jalan dah jammed, kat Seremban jammed lagi. Sudahnya perjalan dari Klang ke Pilah makan masa 3 jam. Penat weh! Tapi kepenatan tu hilang bila sampai rumah Tok Lang. Sebab apa? Sebab Tok Lang masak sedap! Sebab apa sedap? Sebab Tok Lang ada catering sendiri rupanya! Laa.... Patut la sodap! Dia punya lemang memang terbaik. Rondang daging pun sodap yang teramat! Daging pun rasa fresh sangat! Berbaloi-baloi datang jauh-jauh. Lain kali kami datang lagi ye Tok Lang! Tok Lang walaupun nampak garang, tapi sangat la mesra dengan cucu-cucunya. Tak habis-habis suruh makan siap cakap "kalau tak makan atok sebat!" Ala tok, atok tak offer pun kami dah telan. Sampai-sampai je aku dengan muka tak malu cakap "lapar lapar!"


Lepas pergi rumah Tok Lang, kami ke rumah Atok Rock. Kenapa Atok Rock? Sebab atok ni sempoi giler siap suruh kitorang karaoke kat rumah dia! Boleh la dia cakap dia nak dengan semua orang nyanyi termasuk aku. Kalau tak nyanyi tak boleh balik! Ayooooooo! Menurut husband, ni atok yang bongsu dalam adik beradik arwah Wan and atok ni yang paling cool sebab atok-atok yang lain semua serious je termasuk Tok Lang. Anak-anak Atok Rock pun semua sempoi, peramah. Walaupun kami datang dihidang cekodok ikan bilis, tapi rasa sangat-sangat dialukan.Dah habis semua memekak-mekak dalam pukul 7 malam kami beransur balik. Tu pon Atok Rock tak bagi balik sebab tau jalan jem. Tapi nak buek macam mano. Esok kojo.. Ehehe..


Pada aku yang pertama kali jejakkan kaki ke Kuala Pilah, aku rasa Kuala Pilah sangat cantik dan mendamaikan. Tengok rumah-rumah tepi jalan yang unik, yang pelik-pelik pun ada! Tapi yang paling best is view dia. Disekelilingi bukit-bukau yang sangat cantik dan mendamaikan. Rasa macam nak naik Cameron Highland. Patut la ada sesetengan orang very proud to be orang nogori. Cuma satu je downside kat Pilah ni. Jalan kocik bebenor. Main road dia cuma satu line tapi kereta banyak macam kat highway! Mungkin orang-orang sana  tak expect Pilah will be this huge sebab asalnya cuma kampung je kan. Nak besarkan jalan dah tak boleh sebab kanan kiri dah rumah orang. Whatever it is, it's a fun journey. Kami berjaya sampai rumah pukul 10 malam walaupun tengah-tengah hiway jammed tanpa ada sebarang excident. Memang psycho (T_T)


To hubby yang tersayang, tq kerana melayan kerenah isterimu yang sikit-sikit nak makan, sikit-sikit nak kencing. Love u, muahhhh!!!


0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment