Friday, September 9, 2011

8 & 9 Weeks

Kalau ikut kan ticker kat sebelah tu harini genap 9 minggu baby duk dalam perut ni. Walaupun calculation doctor cepat seminggu tapi takpela, ni senang nak guide. Perubahan yang paling ketara ialah :








1) Loya dan muntah-muntah makin kuat. Aku akui aku mabuk tak la seteruk orang lain tapi kalau nak compare to 6&7 weeks aritu yang ni lagi teruk. Masa puasa haritu ingatkan larat puasa penuh tapi sebenarnya tak larat. Total-total ada la 5 hari aku ponteng.


2) Suhu badan tak menentu especially waktu malam. Kejap-kejap rasa nak demam, menggigil badan tapi kejap lagi rasa panas. Sapa pun tak boleh duduk dekat. Lagi-lagi hubby.. So kalau tidur malam tu selimut kejap-kejap on, kejap-kejap off. Penat lah! In fact badan aku pun automatik jadi panas macam demam walaupun sebenarnya aku tak demam pun.


3) Lapar! Aku selalunya makan malam sebelum pukul 7 ikut saranan nabi. Chewahhh.. Tapi by the time pukul 11 je perut aku dah vibrate. Wahhh kuat gila anak aku makan! *salahkan anak pulak* kadang-kadang kalau tdur awal, pukul 3 pagi mesti terjaga sebab lapar. Kesian kan?


4) Kerap kencing. Aduhh... Yang ni pun seksa gak lagi-lagi bila waktu malam. Asyik terjaga sebab nak kencing je padalah sebelum tidur minum air seteguk je tapi yang keluar sebaldi!


5) Cepat letih, mengah dan sewaktu dengannya. Kalau kat office tu park kereta memang jauh, so terpaksa menapak bila sampai office rasa nak semput dada ni. Rasa makin pendek lak nafas aku ni.. Ni baru 9 minggu, belum lagi 20 minggu!




Last but not least...




6) Baju, kain, seluar dah ketat! Masa hari selasa haritu saja nak pakai baju kurung cotton so bila sarung kain tengok-tengok dah tak boleh kancing kain tu. Nak zip pun susah so terpaksa zip separuh jalan dan lock kan dia. Mula-mula nak salahkan kain sebab kecut tapi esoknya pakai seluar slack and I find out seluar tu pun susah nak butang. Kena tarik sampai atas pinggang baru butang dan zip. Dah serupa Mr Bean dah! So next month dah kena beli maternity cloth. Nasib baik en hubby dah tukar kerja baru. Boleh paw!! Weeeeee!!!




Oklah, tu je nak cerita. See u later guys! Bye!




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment