Thursday, September 29, 2011

Cerita Makan-Makan

Dah alang-alang cerita pasal makan, meh aku tambah lagi entry pasal makan. Banyak sebenarnya aku snap gambar tapi tak terupload dalam blog. Sekarang amik nih!


Manhattan Fish Market




Mango Chilli






Ikea



Jom Bali




Pizza Hut



Dah tu je.



Full House @ Wangsa Walk



Ye ye, harini dapat juga makan kat restoran Full House yang baru je buka kat Wangsa Walk ni. Sebenarnya dari dulu dah teringin tapi fikir jauh sangat nak pergi. Yang terdekat dekat Jalan Yap Kwan Seng, nak merempuh jammed tak sanggup weh. Aku pun sebenarnya tak sedar yang Full House ni dah buka cawangan kat Wangsa Walk. Almaklum lah, bulan puasa memang jarang-jarang pergi Wangsa Walk. Bulan raya ni pun jarang-jarang.. Tau-tau je dah ada! 


Since nak tunggu hubby datang ajak makan lambat sangat, Puan Maisarah offer la nak bawa mak buyung ni pergi sana. Dia siap cakap "tak payah tunggu laki ko datang, pergi je dengan aku time lunch hour" Pucuk dicita, ulam mendata, umpama orang mengantuk disorong bantal. Cewahhhh..... 


So tak nak bebel-bebel panjang-panjang, kami sampai sana kami order lunch set yang bagi aku harganya agak berpatutan.  Kami order set no 3 which is Wok Sear Chicken Chop With Daily Vegetables. Set ni termasuk Iced Lemon Tea, Soup of the day dengan desert yang ciput comel sangat. Kalau tak silap aku ada dalam 7-8 lunch set menu tapi ni jela gambar yang sempat snap itupun pakai hp bb yang cikai nih.


Menu dia macam majalah. Kiut sangat!

Set Lunch 1 Spaghetti


Lunch set 3 : Chicken Chop

Lunch set 2 : Dory Fish

Lunch set 6 : Chicken Burger

Ini pilihan desert tapi tak boleh pilih pun. Dia main bagi je apa yang ada (T_T)


Tak lama order, air dengan chicken soup pun datang. Actually sup tu depend apa yang special pada hari tu. Kalau nasib korang baik, korang boleh dapat mushroom soup yang dengar cerita lagi sedap dari chicken soup. 


Iced Lemon Tea & Chicken Soup

Air iced lemon tea tu nothing special. Macam biasa jela. Sup ayam tu ada rasa manis-manis sikit. Maisarah makan tak habis pun. Bagi aku oklah sebab ada rasa creamy yang aku memang suka dan sup pun pekat bukan pekat campur tepung macam kat Pizza Hut tu. Tapi iced lemon tea tu portion memang besar walaupun ada promotion free flow tapi yang ada ni pun tak habis minum.Tak lama tunggu lepastu chicken chop pun sampai. Memang cepat servis kat sini! Bagus!


Ayam takde la besar sangat. Tapi tak la kecil sangat.

Tumbang pulak pokok rosemary aku tuh


In term of taste, the chicken itself rasa tawar je sebab takde seasoning. Tapi kuah dia tu memang sedap. Rasa tak cukup je nak cicah-cicah dengan ayam tu. Tapi aku suke sangat mash potato dia, sedap, lembut, berkrim. Kalau korang suka rasa yang berkrim yang memnuakkan ni ok la, tapi kalau tak suka tak dapek nak nolong. Sayur-sayur tu takde apa, sayur celur je..


Elok je kami habis makan, cepat je waiter datang collect pinggan and terus hantar desert. Peka betul diorang nih... Bila masa diorang nampak kitorang habis makan pun tak tau, tau-tau je dah muncul angkat pinggan. 


Chocolate Mint

Green tea, tapi pulangkan balik tukar dengan yang chocolate mint tadi tuh

Yang ni aku tak sure pulak perasa apa. Coklat kot

Tapi part desert ni agak mengecewakan. Ciput sangat.. Sekali ngap dah boleh habis. Lepas tu tak boleh pilih flavour, dia bagi je ikut suka dia tu yang mula-mula aku dapat green  tea pastu aku minta tukar tapi dia bagi chocolate mint. Bagi la yang betul-betul chocolate, taknak la mint-min tuh.


So far aku bagi 3.5/5 bintang. Dari segi rasa biasa-biasa je, dari segi value kalau korang beli lunch set memang berbaloi la sebab chicken chop tu kalau ala carte harga RM16.90 tapi dengan set ni campur air, campur sup, campur desert baru RM18.90. Service charge 10%. Kalau korang suka kedai-kedai romantik, kiut miut macam aku ni boleh la selalu datang. Lepas ni nak ajak hubby datang sini lagi sebab aku nak rasa spaghetti yang dengar-dengarnya sedap jugak.



Last but not least aku tempek lagi gambar kedai  ni yang santek sesangat. Enjoy!












Notakaki : Hubby jeles kitorang gi Full House tak ajak dia and also Puan Didie yang last-last minute tak dapat join sebab mabuk-mabuk. Takpe, lain kali pergi lagi hopefully sebelum bersalin la ye!







Sengal

Harini rasa semua seperti bullshit!


Nak marah pun ada, bengang pun ada. Fikir la sebelum nak bercakap atau menuduh tu. Last-last kena balik kat batang hidung ko dan rasa la diri kau tu seperti orang bodoh. Menggelabah tak tentu pasal.


Aku nak berhenti kerja, nak cari kerja yang dekat dengan laki aku.


Bye!

Tuesday, September 27, 2011

10 & 11 Weeks



Dah dekat seminggu tak update blog. Nak update yang ni pun rasa malas sangat. Tapi takpe la, kena update juga. Ok, kalau nak ikutkan sekarang ni dah nak masuk 12 minggu. Tapi perubahan tak banyak berbanding minggu 8 dan 9.


Antara perkara yang tak berubah dari minggu 9 ke minggu ke 11 ialah :

- Loya-loya sepanjang hari
- Kuat tidur
- Cepat letih
- Cepat lapar & haus
- Kerap kencing


Tapi ada sedikit perubahan yang agak meringankan diri aku which is aku dah tak demam waktu malam, dah takde seram sejuk secara tiba-tiba, dan suhu badan pun dah back to normal. Dah takde panas-panas dah. So dah boleh tidur peluk-peluk dengan husband. Hehehe... Dan Mr Blanket dah mula menjalankan tugas seperti biasa. Kalau tak buat hiasan je atas katil tu.


And then perasan juga sekarang ni dah kerap sakit pinggang. Haritu rumah parent-in-law buat open house. Si mak buyung ni sibuk juga nak tolong-tolong kat dapur. Konon-kononnya nak tolong potong nasi himpit dengan potong buah tembikat jela. Duduk la atas lantai, malam tu tuhan jela yang tahu betapa sakitnya pinggang aku. Sampai la ni kalau buat kerja berat sikit je mesti effect kat pinggang dengan tulang belikat ni ha. Malam-malam En Abg yang kena urut dengan sapu minyak angin. Tidur pun dah kena letak bantal bawah lutut. Baru la lega sikit.


Sekarang ni perut pun dah mula membesar. Banyak kain baju kurung yang dah muat. Kalau nak pakai pun kena zip separuh jalan je. Seluar jeans lagi la, tak boleh kancing dah. (T_T) So terpaksa heret En Abg pergi jusco cari seluar maternity sehelai dua. Ngeh3


So hari jumaat ni baby dah masuk 12 weeks which is first trimester is going to be over. Hopefully lpya-loya pun akan berakhir sebab aku nak qada' puasa yang aku ponteng masa bulan puasa haritu. Puasa 6 pun aku tak buat sebab memang tak larat. Btw, jumaat ni juga aku dah buat appointment dengan Dr Wan untuk buat details scan. Aku agak nervous sebab masa ni aku akan tahu sama ada aku confirm dapat kembar atau tak. Kalau ikutkan aku dengan husband memang nak sangat kembar. At least jimat sikit masa kitorang nak buat anak since husband cakap nak 5 orang anak kan. Tapi Allah lebih tahu mana yang baik mana yang buruk untuk hambanya. Mudah-mudahan ada rezeki untuk kami timang anak kembar. Insyaallah. 


Oklah, nanti hari Jumaat aku update lagi tentang perkembangan baby. Stay tune!



Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday : Si Demok




Si demok kesayangan auntie

Did You Know.......


..... that I am CRAZYYYYY for twilight guys? Dulu masa mula-mula tengok twilight aku separuh gila la kat si Edward Cullen tu. Sampai laki aku pun tak larat nak layan sebab bila tengok je cerita tu dalam wayang aku menjerit-jerit histeria. Sian laki aku * mase tu boyfriend lagi*


Tapi, adakah anda  tahu selepas Twilight Eclipse aku telah jatuh cinta pada si serigala Jacob itu? Kepada hard fan Twilight mesti korang tau ada dua team yang power. Sama ada korang Team Edward atau Team Jacob. Selalunya masa filem ni tengah tayang kat pawagam, aku adik beradik sepupu sepapat bergado-gado pilih team apa dan sebab apa team tu bagus. Kiranya masa Twilight  dengan New Moon aku masuk Team Edward, tapi bila je masuk Eclipse aku terus belot dan masuk ke Team Jacob. Eh, tapi aku still suka Edward, ke 50-50 ek? Bule tak?


Tahukan anda bahawa bulan November ni Breaking Dawn Part 1 akan keluar? Aku memang suspen gila ar sebab Edward nak kahwin dengan Bella siap pregnantkan anak puntianak tuh. Tapi kesian Jacob kan? Dah la hot nak mampus tapi sebuk nak kat Bella yang muka macam takde perasaan tuh. Jacob! Pick me pleaseeeee!! FYI jugak, aku memang tak baca novel twilight tu. Walaupun hati meronta-ronta nak beli tapi karang tak suspen pulak..  Eceh...






Tapi tapi main point nak buat post ni sebab terjumpa gambar Jacob atau nama sebenarnya Taylor Lautner yang super duper hawt nih. Kenapalah engkau ni hot sangat? Apsal la muda-muda lagi dah hot macam bapak orang? Kenapa la body ko berketul-ketul macam tu sekali? Bikin hati tak keruan betul la... Jiwa kacau!


Hot tak?

Hot kan??

Machonyeeeeeeee..... *cair*


Tapi sebagai ahli Team Edward, aku tetap nak share gambar ni yang aku simpan dalam fesbuk aku. Yang ni pun bikin cair gak.. 

Mekasih la bebanyak sapa yang buat gambar nih.


Oklah, penat dah merepek melalut. Aku lapar, bye!


Notakaki : Eh korang, aku dah naik 2 kg la. Padahal aku baru peknen 2 bulan setengah. Takpe ke? Sok kalau dah 9 bulan macam mana pulak? Ish, riso!

Monday, September 19, 2011

Baby Stroller



Dari tadi syik survey je mende alah ni macam dah takde kerja kat office. Monday blues kunun.. Chet... 




Ok ok, andai ditakdirkan anak aku kembar, aku tak tau mana satu yang bagus untuk baby stroller ni. Ada dua option which is side by side dengan back and front. Contohnya macam kat bawah ni.

Side by side stroller


Aku suka yang ni. Tapi muat ke nak masuk pintu rumah nanti? Kalo pintu shopping complex muat la! 



Front back stroller

Yang ni pulak agak practical, tapi takut baby yang kena duduk belakang tu tak selesa. Aku nak mencapainya pun macam susah. Btw, gambar diambil dari sini. So what do you guys think? Sila bagi pendapat di comment box below. Tenkiu!





 

Kuala Pilah


Semalam aku, husband, parent-in-law (PIL), dengan Mak Long belah husband ke Kuala Pilah untuk melawat Tok Lang kesayangan mereka. Actually this is my first time pergi ke Kuala Pilah. FYI, my MIL berasal dari Pilah dan telah berhijrah ke Klang. But the rest of arwah Wan's siblings masih lagi tinggal di Pilah. So semalam kami ke rumah Tok Lang dan rumah Atok Rock which is dua-dua adik arwah Wan. 


Perjalan semalam memang mencabar. Dah la malam sebelum tu rumah PIL ada open house. Bangun pagi tengahari terus siap-siap ke Pilah pulak. Kalau ikutkan hati kami malas nak pergi tapi husband rasa tak sedap hati pula sebab Tok Lang selalu datang especially kalau kami buat event. Tapi ktorg yang muda-muda ni jarang sangat nak pergi jenguk Tok Lang kat Pilah. Masa kat USJ je jalan dah jammed, kat Seremban jammed lagi. Sudahnya perjalan dari Klang ke Pilah makan masa 3 jam. Penat weh! Tapi kepenatan tu hilang bila sampai rumah Tok Lang. Sebab apa? Sebab Tok Lang masak sedap! Sebab apa sedap? Sebab Tok Lang ada catering sendiri rupanya! Laa.... Patut la sodap! Dia punya lemang memang terbaik. Rondang daging pun sodap yang teramat! Daging pun rasa fresh sangat! Berbaloi-baloi datang jauh-jauh. Lain kali kami datang lagi ye Tok Lang! Tok Lang walaupun nampak garang, tapi sangat la mesra dengan cucu-cucunya. Tak habis-habis suruh makan siap cakap "kalau tak makan atok sebat!" Ala tok, atok tak offer pun kami dah telan. Sampai-sampai je aku dengan muka tak malu cakap "lapar lapar!"


Lepas pergi rumah Tok Lang, kami ke rumah Atok Rock. Kenapa Atok Rock? Sebab atok ni sempoi giler siap suruh kitorang karaoke kat rumah dia! Boleh la dia cakap dia nak dengan semua orang nyanyi termasuk aku. Kalau tak nyanyi tak boleh balik! Ayooooooo! Menurut husband, ni atok yang bongsu dalam adik beradik arwah Wan and atok ni yang paling cool sebab atok-atok yang lain semua serious je termasuk Tok Lang. Anak-anak Atok Rock pun semua sempoi, peramah. Walaupun kami datang dihidang cekodok ikan bilis, tapi rasa sangat-sangat dialukan.Dah habis semua memekak-mekak dalam pukul 7 malam kami beransur balik. Tu pon Atok Rock tak bagi balik sebab tau jalan jem. Tapi nak buek macam mano. Esok kojo.. Ehehe..


Pada aku yang pertama kali jejakkan kaki ke Kuala Pilah, aku rasa Kuala Pilah sangat cantik dan mendamaikan. Tengok rumah-rumah tepi jalan yang unik, yang pelik-pelik pun ada! Tapi yang paling best is view dia. Disekelilingi bukit-bukau yang sangat cantik dan mendamaikan. Rasa macam nak naik Cameron Highland. Patut la ada sesetengan orang very proud to be orang nogori. Cuma satu je downside kat Pilah ni. Jalan kocik bebenor. Main road dia cuma satu line tapi kereta banyak macam kat highway! Mungkin orang-orang sana  tak expect Pilah will be this huge sebab asalnya cuma kampung je kan. Nak besarkan jalan dah tak boleh sebab kanan kiri dah rumah orang. Whatever it is, it's a fun journey. Kami berjaya sampai rumah pukul 10 malam walaupun tengah-tengah hiway jammed tanpa ada sebarang excident. Memang psycho (T_T)


To hubby yang tersayang, tq kerana melayan kerenah isterimu yang sikit-sikit nak makan, sikit-sikit nak kencing. Love u, muahhhh!!!


Thursday, September 15, 2011

Mak Datang


Tadi mak datang office bawak banyak makanan untuk staff office ni. Ada macam-macam... Rendang, nasi himpit, kari ikan nasik dagang style, burung puyuh goreng, sambal kerang, sambal paru, kek butter, last but not least kuih raya! Tapi takde gambar nak tunjuk sebab sibuk makan pastu budak-budak office prank org yang makan dengan snap gambar diorang tengah ternganga. So terpaksa aku makan cover-cover ayu gitu.. Hahahahaha!


Tq mak!



I Miss My Baby Girl


Baby girl? Bila masa aku ada anak perempuan? Sebenarnya budak kecik ni yang menjadi kesayangan bukan aku sorang je tapi kesayangan semua orang dalam family aku. Atuk sayang, Nanny sayang, Pak Long & Maklong sayang, Auntie Wa, Auntie Lun, Acu Una, ngan Pas Su Iman pun semua sayang Sofieya. 


Tapi apa yang membuatkan aku rindu ialah aku tak sempat jumpa budak kecik ni dari raya. Hari first raya diorang kat Sabah sampai la hari Sabtu baru balik Sg Besar. Tapi by the time diorang on the way dari airport, aku dah bergerak balik ke Klang. Sampai sekarang ni tak jumpa lagi. Dengan jemputan open house yang banyak every week, memang lepas raya la baru dapat jumpa budak kecik ni. 


Pagi tadi masa lepas subuh aku belek-belek pictures gallery dalam hp aku ni. Alahai...rindunya dekat budak ni. Rasa nak cium-cium gambar dalam hp tu... Kalau la adik ada sekarang ni, habis kene gomol-gomol dengan aku. Amik kau!



Her latest pictures before hari raya

Paling geram bila dia sengih macam ni



Kenapa adik buat muka macam ni?

Tertonggeng-tonggeng botol susu

Amoi arrr



Ju- On





Semalam Maksu Una pun keluar status kat fb, dia pun cakap rindu kat adik Auntie Wa pun rindu... :(




Bila nak balik kampung ni? Cepat la habis raya!!!



Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday : My First Raya Pictures With Hubby

Saye gemuks.....

Candid!

My lovely cousins!

Laki aku over excited