Assalamualaikum semua...
Berjumpa kita di tahun baru, buku baru, umur baru, life baru.. Ecehh... I've been neglecting my blog a lot lately. Update post pun seminggu sekali. Tapi since sekarang ni dah masuk new year so I hope it's not too late to wish you guys Happy New Year! Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2012.
I've remembered pada 3 January 2011 aku telah memulakan hidup sebagai serious blogger. So masuk harini genap setahun aku menulis pada blog kesayangan ni walaupun dengan post yang entahapehape. Dulu nak buat blog sebab nak rekod ala-ala journal persiapan nak kahwin. Lepas kahwin journal pasal pregnant pulak sampai la sekarang ni dah masuk tahun ke 2 so mudah-mudahan diberi kerajinan dalam mengupdate blog ni.
Kalau korang perasan last month which is bulan disember aku ada 8 post je. I have a very hectic life yang aku sendiri tak sangka-sangka. Dengan ujian bertubi-tubi *alhamdulillah* dengan pindah rumah baru, dengan kerja menimbun-nimbun, there just so many happening within one month. Tapi alhamdulillah masuk new year ni sikit demi sedikit aku mula nak adjust kehidupan baru aku. Dah mula nak adapt dengan situasi baru, top up sana top up sini. Syukur alhamdulillah Allah turunkan ujian buat kami suami isteri sebab those ujian makes us stronger.
Anyway, baby is coming in less than 90 days which mean kurang dari 3 bulan. Fuhh... aku dah start nervous fikir pasal bersalin ni. Still can't decide kat mana nak bersalin. Kalau ikutkan kehendak hati, aku nak bersalin kat private. TAPI bukan sebab aku demand berlagak banyak duit macam orang kaya, NO! Tapi sebab aku mencari hospital yang menyediakan doktor wanita muslimah yang bakal menyambut kelahiran anak aku. There's a lot of debate tentang perkara ni sama ada memilih doktor perempuan atau lelaki especially untuk kita yang muslimah ni tapi bagi aku itu pendapat masing-masing aku tak nak argue. Yang aku pasti I'm willing tp pay as long as there's doktor wanita islam yang menyambut anak aku. Aku hanya mampu berdoa yang anak aku lahir normal bukan melalui caesarian sebab bajet aku tak cukup untuk caesar. In case aku terpaksa caesar juga so terpaksa la lari ke hospital gov.
Bila dah bercakap pasal baby ni tak lari dari persiapan baby especially barang-barang dia lah. Nasib baik lah banyak sale sekarang ni, memangd apat jimat banyak. So far takde la banyak yang aku dah beli, boleh dikatakan dalam 30% je dah beli yang lain masih tercari-cari dah masih membanding harga. Di saat-saat genting seperti ini belanjawan harus bajet dari semua aspek. Dan sekali lagi mak bapak aku support dengan contribute sikit sebanyak barang baby untuk cucu yang ke 7 ni! Syukur alhamdulillah...
So guys, mohon doa kalian semua semoga semuanya berjalan dengan lancar. In fact nama baby pun tak cari lagi. We really have no idea nak letak nama apa sebab dulu berangan nak anak perempuan sekali tengok-tengok boy pulak. Mudah-mudahan Allah turunkan ilham tak gitu? Silap-silap atoknye yang bagi nama mak bapaknye ye kan aje... So again, doakan semuanya berjalan lancar dan semoga tahun baru ni memberi sejuta kehidupan yang lebih bermakna dan rezeki yang berkat yang melimpah ruah untuk kami suami isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Insyaallah
NOTAKAKI : Kena review balik azam tahun lepas sebelum set azam tahun baru kali ni.
MICHELIN Guide Ceremony 2025 KL Penang
4 weeks ago
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment