Friday, January 20, 2012

Tip Perjalanan Jauh Untuk Ibu Mengandung. Alololo....


Bagus jugak jumpa tips ni kat page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Macam tau-tau je kan sekarang ni banyak cuti public holiday so of course la ibu-ibu mengandung yang comel ni banyak travel. Macam aku ni kampung takde la jauh sangat. Dalam dua jam perjalan je dari KL. Tapi since kami ni takde la drive merc ke, porche ke, so kadang-kadang perjalanan tu agak kurang selesa bagi orang mengandung macam aku ni. Last month aku skip trip ke Langkawi sebab memikirkan ketidak selesaan aku nak travel jauh-jauh especially naik kereta.

So, here's the tip. I hope it really help as  much as I do. Have a safe trip everybody!

***************************************************************


Kiut je gambar ni kan? *Picture credit to Google*

Bagi ibu mengandung yang hendak melakukan perjalanan jauh, beberapa faktor penting harus di ambil kira bagi memastikan keselamatan dan keselesaan diri serta bayi di dalam kandungannya. Antara faktor yang perlu di pertimbangakan ialah:-

* Usia kehamilan.
* Keadaan kesihatan kehamilan
* Kesihatan umum ibu yang mengandung
* Persekitaran perjalanan.

Pada lazimnya ibu yang mengandung pada usia kehamilan lebih 32 minggu tidak di galakkan melakukan perjalanan jauh. Ini adalah kerana jantung dan organ tubuh ibu yang mengandung akan bekerja lebih berat dari biasa dan tubuh ibu hamil akan lebih cepat merasa lelah dan daya tahan tubunya menjadi berkurangan.

Walaubagaimanapun, bagi membantu ibu-ibu hamil yang ingin melakukan perjalanan jauh terutamanya pada musim perayaan atau cuti, kami berikan beberapa tip yang berguna agar perjalanan anda akan berjalan dengan lancar seperti yang di rancangkan.

Tip-tip dan panduan ini banyak berhubung kait dengan kaedah perjalanan yang bakal di lalui dan jenis kenderaan yang akan di naiki.

Perjalanan menaiki kereta atau kenderaan darat

* Pilih lokasi tempat duduk yang paling selesa dan memudahkan anda untuk meluruskan kaki.
* Pastikan pengudaraan di dalam kenderaan atau penyaman udara berfungsi dengan baik.
* Bawa bersama bantal kecil untuk di jadikan alas punggung.
* Pakai pakaian yang longgar dan selesa serta mempunyai fabrik yang memudahkan penyerapan peluh.
* Beristirehat setiap dua jam sekali.
* Pilih lokasi istirehat seperti R&R yang mempunyai kemudahan untuk makan, minum, solat dan kemudahan tandas.

Perjalanan menaiki Coach atau Kereta api

* Membeli tiket dengan memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tandas bagi memudahkan pergerakan anda. (Ibu mengandung kebiasaanya akan kerap ke tandas).
* Elakkan dari mengangkat bagasi bersendirian. Sebaliknya mintalah bantuan orang lain untuk membawa dan mengangkat bagasi anda.
* Membawa pakaian sejuk untuk perjalanan malam.

Perjalanan menaiki Feri atau Kapal Laut

* Maklumkan kepada doktor anda berkenaan perjalanan yang bakal anda lakukan.
* Memaklumkan kepada doktor yang berada di dalam kapal bahawa anda sedang hamil. Tunjukkan surat keterangan kesihatan dari doktor anda jika perlu.
* Jika khuatir berkenaan mabuk laut, bawalah ubatan yang di berikan oleh doktor anda bagi mengatasi masalah tersebut.

Perjalanan Menaiki Kapal Terbang
* Usahakan untuk ‘Check in’ lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa dan memudahkan anda untuk berjalan atau untuk ke tandas.
* Tekanan udara di dalam kapal terbang adalah rendah dan anda perlu banyak meminum air bagi menghindari dehidrasi terutamanya sewaktu penerbangan jauh.
* Gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kejang kaki akibat penggumpalan di pembuluh darah balik akibat terlalu lama duduk. Di antara kaedah pergerakan ialah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki dan menggerakkan ibu jari.
* Jangan khuatir tentang mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui di setiap pintu masuk Lapangan Terbang kerana ianya bukanlah sinar X yang boleh menganggu keadaan bayi dalam kandungan anda



0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment