Last week masa cuti raya cina aku balik kampung, yela laki aku mana ada kampung. Tu yang excited balik. Walaupun balik hari ahad sebab nak elakkan jem but who cares? Cuti kan panjang.. Buat apa nak rushing-rushing at the end spend masa atas jalan 3,4 jam sedangkan ko boleh rehat kat rumah goyang kaki depan tv dengan husband? Ceh, ayat poyo je.
So nak cerita satu ni je, masa balik mak bagi aku buku ni.
Siapa sini tak kenal ustazah ni? Ala yang tagline dia "manisnya kurma itu" Kalau tak kenal memang melampau kan. Tapi tula, kenapa la mak bagi buku ni masa aku dah 7 bulan? Kenapa tak bagi masa awal-awal mengandung haritu? Banyak sangat amalam yang tak terkejar nih. Tsk tsk -_____- *takpela, better late than never*
Buku ni memang sangat berguna, banyak sangat tips dari mencari pasangan sampai la ke melahirkan anak. Banyak sangat tips dari segi agama, saintifik dan juga tradisional. Kiranya semua diorang compile dalam satu buku. I like..... Tapi bab yang aku paling suka adalah bab amalan kerohanian. Ada banyak doa contohnya doa mohon bertaubat, doa untuk anak soleh/solehah, doa nak dekat bersalin, doa selepas bersalin, ish....banyak la doa yang ada. Memang sangat-sangat helpful especially for first time pregger macam aku ni. Aku akui aku agak jahil tentang amalan-amalan orang mengandung ni, yela dah aku pun baru first time mengandung kan. Paling-paling pun aku dengar orang cakap contohnya surah-surah yang bagus diamalkan ketika mengandung. Other than that memang tak tahu!
Tapi syukur alhamdulillah bila mak bagi buku ni sekurang-kurangnya ada juga amalan-amalan yang aku kena praktikkan sebelum baby deliver within 2 months ni. So hopefully, siapa-siapa yang baru pregnant, pergi la kedai buku dapatkan buku ni. Actually kalau korang tanya aku exactly kedai buku mana nak beli aku memang tak tahu sebab buku ni pun mak aku yang beli kan? Aku suggest pergi kedai buku yang jual buku/cd ilmiah. Kalau kat MPH ke, Popular ke itu aku tak sure. Just go out and find one!
Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal!
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment