Thursday, January 5, 2012

My Prenatal Multivitamins and Supplement


Dah nak masuk 7 bulan pregnant tapi tak pernah pun cerita pasal pregnancy supplement. Macam aku ni first time pregnant so memang tak banyak pengalaman pasal supplement ni. So apa yang doctor bagi itu la yang aku telan.


Masa mula-mula disahkan pregnant aku check kat Klinik Family Dr Wan Kamariah kat area Setiawangsa ni. Aku memang dari zaman anak dara suka pergi klinik ni walaupun bil agak mahal. Kalau mintak ubat demam, batuk, selesema pun boleh cecah 60 - 70 ringgit. Tapi masa belum kahwin aku perasan gak orang pregnant selalu checkup kat sini sampai la time aku pregnant aku diberitahu oleh office mate aku yang klinik ni memang famous untuk prenatal chekup. Mungkin sebab doktornya ramai perempuan dan belah malam je ada doktor lelaki. Kalau nak jumpa Dr Wan kena datang pagi macam yang aku selalu buat sebab aku suka sangat jumpa Dr Wan sebab dia ni macam mak-mak je. Tapi mak yang sempoi, so takde la segan silu ke hape ke.. Memang chill, memang relax sampai boleh pecah perut melayan Dr Wan.


Ok, aku dah melalut, back to topic. Masa mula-mula pregnant, Dr Wan bagi acid folic je. Yang aku ingat masa first chekup aku dah 7 minggu tapi bila scan tak nampak apa pun sebab perut tebal bak kata Dr Wan. Dalam erti kata lain, tebal dengan lemak T_T. So dalam masa sebulan aku telan acid folic je without others supplement. Aku pun tak pandai-pandai makan benda lain takut la jadi apa-apa kan. 


Next checkup dengan Dr Wan masa tu aku dah 12 minggu. Masa tu Dr Wan bagi Obimin Pluz dan sebagai first time pregger aku ni telan je tanpa menyoalkan apakah itu obimin. Bila kat ofis baru la kawan-kawan ofis bagitau obimin tu supplement untuk orang pregnant. Tapi kenapa namanya ada pluz itu tidak diketahui sebab kat ofis ni takde sorang pun yang consume Obimin Pluz yang diorang selalu makan namanya obimin je. 


Picture credit to Google

Sampai la haritu borak-borak dengan sepupu aku yang juga pregnant. Rupanya dia pun makan obimin pluz tapi hospital DEMC yang provide. So aku pun berfikir, kalau spital mahal pun bagi ubat ni so memang elok la kot! Almaklumlah I kan checkup kat klinik bese-bese je mana la mampu gi spital private. Tsk tsk... Tapi kan aku nak cerita tentang benefit ubat ni pada badan aku. Aku dah realize benda ni sampai la satu hari aku jumpa Dr Wan kenapa dia suggest Obimin Pluz instead of obimin biasa. 


Satu hari ni aku tak sihat. Aku kena selesema yang tahap ting tong gaban la. Kebetulan masa tu aku dah register kat klinik kesihatan so aku ada review chekup dengan doctor pasal darah tinggi aku yang kejap up kejap down tu. Aku ingatkan kat situ ada provide ubat macam selesema tapi rupanya takkkkk. So aku pun lari gi klinik Dr Wan untuk mintak ubat. Sambil-sambil tu Dr Wan pun bagitau la, you makan la Neurogain, It's good for baby and mommy too sebab Neurogain tu ada minyak ikan/omega. Omega tu untuk baby's DHA dan omega tu bagus untuk mommy's antibody. Lepas tu Dr Wan bagitau kalau you consume Obimin Pluz, dalam tu dah ada omega oil which is contain DHA and EPA so tak perlu telan banyak supplement. Masa tu baru aku terdetik, "ooooo patut la aku kena selesema sebab aku dah tak consume Obimin Pluz since checkup kat klinik ibu dan anak tu" Bukan nak kata ubat yang klinik kesihatan tu tak bagus tapi sejak-sejak pregnant ni aku memang kerap kena demam dengan selesema. Tapi aku perasan bila aku makan Obimin Pluz, aku dah tak kena demam selesema. So since that moment walaupun aku pergi chekup kat klinik kesihatan, aku pergi juga chekup kat klinik Dr Wan untuk dapatkan stok Obimin Pluz. 



Ok, there's another supplement yang aku makan namanya Obical. Yang ni pun aku dapat dari klinik Dr Wan. Masa chekup yang 12 weeks tu Dr Wan cakap buat masa ni no need calcium supplement sebab baby kecik lagi cuma dia mintak aku  minum susu tak kisah la susu apa walaupun dia suggest enfamama. So sebagai seorang yang patuh pada arahan doktor, aku pun beli la enfamama yang mahal tapi  tak sedap tuh. Tsk tsk... Obical ni aku start makan masa 20 weeks kot. Tapi lepas tu aku tak minum susu dah sebab bajet dah cukup calcium padahal malam-malam selalu sakit tulang belakang T_T. Yang aku mampu telan ialah susu dutch lady perisa stoberi. Yang lain tak boleh rasanak muntah. Tapi kan, walaupun tak minum susu aku rasa aku belum lagi kena kaki cramp. Tak kisah la tengah-tengah malam ke, siang ke, subuh ke so far ok je. Mungkin aku makan benda alah ni at least it's help okay! Sakit tulang belakang tu sebab baby dah tarik perut ke depan memang la sakit *ayat sedapkan hati*


Picture credit to Google

Mesti korang tertanya-tanya aku makan ke ubat yang klinik kesihatan bagi. Masa yang mula-mula checkup kat klinik kesihatan tu memang aku ada makan tapi seriously rasa azabnya la sebab banyak sangat nak kena telan walaupun pilnya kecik-kecik. Yang dalam botol kaler putih tu ape ek? Sebabnya menurut akak-akak senior kat ofis aku dulu takde menatang tuh. Yang aku tau dia bagi folic acid, vitamin b, vitamin c,dengan benda yang dalam botol tu. Calcium kot... Entahla. Bila dah malas tu aku pergi farmasi beli obimin biasa so start dari tu aku kerap kena selesema. Asal penat je mesti penyakit pekej ni datang padahal masa zaman anak dara kalau demam tu ada la setahun sekali. Bajet antobodi buat sekali dah pregnant amik kau!


Rasanya tu je yang aku amik masa pregnant ni. So far so good tapi aku masih tak faham statement "jaga makan masa pregnant" Aku tak faham tang mana nak kena jaga tu. Masa mula-mula dulu ada la pantang minum air gas, makan nanas, dengan air tebu tu. Tapi sekarang semua aku belasah. Theheee... Doakan baby sihat dan selamat. Minggu ni nak masuk 27 weeks and still there's a lot of things to learn. Everyday is a new day, new experience for me and hubby.



0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment