To be honest, I'm not really a good person. I talk bad about people, I argue a lot, I had a bad temper and I kept loosing control of myself. Among all the siblings, my mum having problems controlling me - the most. Degil, keras kepala, diam-diam melawan, cepat naik angin is the best words describing me in my mother's eye.
But when I'm married, I tried to kept everything low. Tried to be a good wife, less moody, less bossy but apparently it is almost impossible. I've been promising my husband that I would be a better person once I get married and percaya tak, husband berdoa setiap kali lepas solat supaya isterinya ni dilembutkan hati. Yeah, once I get mad, I kinda naik hantu, I will say anything that acrossed my mind. Tak kira la perkataan tu mencarut ke apa ke, it just out of control. Teruk kan? That's why I have a lot of argument among people surround me especially hubby and my co-worker.
When I once get pregnant, I told myself YOU HAVE TO CHANGE! IT'S A MUST OR ELSE ANAK TU IKUT PERANGAI KAU! Kebanyakan orang berpesan begitu. Tapi sebagai seorang yang seumur hidupnya tempered, it's not easy. Korang pernah dengar tak susunan anak mengikut tanah, air, api dan angin. Aku pun tak sure betul ke tak sususannya tapi ramai orang-orang tua cakap aku ni jatuh api. Pantang petik je habis terbakar. To change myself to be a better person during pregnancy is not easy. Aku sentiasa berdoa tapi setiap kali aku cuba untuk berubah setiap kali tu lah Allah menguji aku dengan pelbagai ujian.
Masa mula-mula pregnant, as always aku kerap mabuk, tak boleh bau wangi dan kat situ la Allah menguji aku dengan suami yang gila cologne. Suami aku seorang yang tak boleh keluar rumah tanpa pakai perfume, cologne etc2.. So korang bayangkan lah macam mana ketika aku yang masa tu sedang mengandung 3 bulan yang tak boleh ada bau-bauan itu hidup di samping suami yang gila wangi. Masa mula-mula boleh la tegur, tapi bila dah dekat 10 kali tegur pun husband dok tenyeh perfume banyak-banyak macam lupa yang korang pregnant apa yang korang nak buat? Tak ke rasa macam nak kena maki? Ye, memang ada rasa nak maki tapi tak buat sebab takut derhaka kat suami. Disebabkan tak mampu maki, so mampu marah je. Paling-paling pun bila aku nampak dia pegang botol perfume, aku jerit "keluar, keluar!!"
Memang susah nak bentuk sahsiah diri ni. Pregancy is full with challenge. Ramai orang pesan kat aku, banyak sangat ujian masa mengandung dan kadang-kadang tu ujian tu datang tak diduga-duga. Sebelum ni aku tengok sahabat aku sendiri diuji ketika sarat mengandung. Diuji dengan kerenah ibu dan suami dan dia sebagai anak dan isteri stuck kat tengah-tengah. Masa tu aku fikir, beratnya ujian dia tapi masa tu aku tak terfikir yang aku juga ada ujian untuk diri aku sendiri. Dua tiga bulan lepas tu aku pula diuji, bertimpa-timpa. Masa tu aku dah 5 bulan mengandung, di saat aku mula rasa penat, sakit pinggang, emosi yang tak stabil, tak lena tidur malam, aku diuji dengan ujian-ujian yang aku sendiri tak sangka boleh terjadi.
Pada masa tu baru aku sedar yang sedikit sebanyak ujian tu telah merubah aku menjadi seorang yang sangat sensitif. Aku mudah tersentuh, aku mudah menangis dan percaya tak aku dah tak lagi marah-marah seperti selalu. Sekarang ni aku akui hati aku lebih tenang menghadapi segala masalah dalam hidup aku. Aku cuba jadi positif, cuba mencari ketengan dengan mengucapkan kalimah-kalimah Allah, lebih tenang beribadah berbanding sebelum ni. Kalau dulu susah sangat nak menitik air mata ketika menghadap Allah, tapi sekarang mudah sangat. Mungkin juga Allah turunkan ujian ni sebab nak bagi peringatan kat aku supaya muhasabah diri.
Bukanlah aku nak puji diri sendiri, tapi sekarang ni aku rasa aku malas nak bergossip. Dulu masa mula-mula pregnant cuba juga untuk kurang bergossip tapi alasan aku - mengandung. Bukan sebab kerana Allah SWT. But people change right? So do me... Kadang-kadang bila orang sekeliling mula bergossip aku macam malas nak dengar, kalau aku terpaksa dengar sekalipun rasa mcam bingit je gegendang telinga aku. Kalau dulu rasa malas nak dengar ayat-ayat suci quran, sekarang ni ayat-ayat quran je yang menjadi peneman aku dalam kereta. No longer JLo, Britney, Selena etc2... Dah berapa lama aku tak dengar radio pun aku tak sure tapi syukur alhamdulillah. Konon-konon dulu nak dengar radio sebab nak tau traffic update kalau nak balik Klang tapi nasib baik dah ada twitter kan. Tengok kat handphone je lagi senang..
At the other side is, my relationship among people also getting better. Dulu aku bukan seorang yang rapat dengan parent aku berpunca dengan personal problems yang tak berkesudahan. But now hubungan aku dengan mak aku getting better. Kadang tu aku terfikir, ya Allah, baiknya hati mak aku ni. Betapa banyak masalah aku dah buat tapi kenapa mak aku masih lagi menerima dan menyayangi aku macam aku tak buat apa-apa salah pun kat dia. Mak aku masih support dalam apa jua aspek begitu juga dengan bapak aku. Aku tak pernah rasa nak rapat dengan bapak aku. Aku tak tau macam mana nak ambik hati bapak aku, nak tackle dia, aku memang tak tau. Tapi bersyukur sangat sekarang ni hubungan kami getting better. Tak sangka husband yang bukan pilihan favorite parent aku tu yang telah merapatkan kami semua. See, tak semestinya menantu bukan pilihan tu tak pandai ambil hati mertua! *puji suami lebih-lebih* Dengan orang-orang yang dulu aku anti pun aku dah boleh bergurau senda. Aku kan ada sorang, eh dua orang yang aku tak gemar bercakap *ayat sopan* kat ofis ni. But now aku cuba make a good relationship dengan diorang. Cuba untuk put away all grudge yang ada dalam hati. Lepas ni kena cari balik orang-orang yang aku pernah bermusuhan nak minta maaf sebelum bersalin. Risau juga kalau tetiba susah bersalin ke.. Nauzubillah..
So hopefully this positive changes ni akan berkekalan tapi risau juga kalau sok bila anak dah besar perangai lama ni datang balik. Ujian membesarkan anak ni lagi la tough kan? So macam mana nak stay calm? Kena pregnant selalu. Eh?
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment