Monday, January 9, 2012

Berat Badan Turun?

Sekarang ni aku dah hampir ke minggu ke 27 which mean dah lebih 6 bulan. Pagi tadi pergi monthly checkup kat Klinik Sri Rampai. As usual, it took about 3 hours untuk selesaikan satu checkup yang kadang-kadang amat menyeksakan.


Tapi harini ada dua perkara baru yang aku lalui dan ianya adalah perkara biasa bagi orang-orang mengandung which is :-


1) Anemia (kurang darah merah) / bacaan HB rendah.
* kalau nak ikutkan tadi bacaan HB aku takde la rendah sangat. 10.8 instead of 11 kurang 0.2 je. Tapi nak kata aku kurang makan ubat, rasanya jarang skip. Nak kata tak makan daging/buah/sayur dah cukup banyak dah aku telan. Tapi aku tak pernah la rasa pitam or mata kabur. So nurse suggest tambah pengambilan iron tablet instead of obimin sahaja. So sekarang kena makan obimin berserta 2 biji iron tablet untuk tambah darah.


2) Berat badan tak naik
* last month checkup berat badan 93.5 kg. Ye, aku memang gemuk even sebelum pregnant pn aku memang dah obes (╥﹏╥)
. TAPI, this month checkup berat badan jadi 93.3 kg which mean kurang 200gm. Ye,aku tau 200 gm tu memang tak seberapa. Tapi aku bajet berat badan akan naik sebab baby akan membesar ditambah lagi dengan selera ibu yang makin melampau-lampau. Tapi tadi memang surprised gila bila tau berat badan tak naik. Kemungkinan aku penat dan tak cukup tidur. Itu memang betul, lately aku kerap terjaga tengah malam menyebabkan aku sentiasa tak cukup tidur.


Tapi tadi aku risau la jugak sebab bila berat badan tak bertambah aku fikir, eh anak aku tak membesar ke? Nanti lahir-lahir kecik tulus mulus je. Sian dia.. Kalau boleh lahir-lahir at least 3.0 kg. Macam mana ye nak bagi baby cepat besar dalam perut? Ada petua tak? Ke biarkan je sok dia nak deliver tau-tau je dah 3.5 kg. Boleh tak?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment