Monday, July 30, 2012

Parenthood Expo 2012 Haul


Seperti yang dijanjikan, nak buat post tentang parenthood haul minggu lepas. Ingatkan nak update masa weekend, tapi bila dah balik kampung memang tak jenguk laptop pun. Berborak sesaje anak beranak. Ok, taknak bebel panjang-panjang, mari cuci mata walaupun tak seberapa pun yang aku beli.


Aku datang orang tak ramai, supplier pun baru nak  angkut stock barang

Masa aku sampai around 9.45 tak ramai pun orang

Bajet macam banyak padahal kotak je besar

Jingle Jungle storage bottle RM19.90 (6 pcs) - dari booth Fabulous Mom
Jingle Jungle Sterilizer RM95.50 - booth Sara Kids
Jingle Jungle Ice Pack - RM12.70 (3 pcs) - pun dari Fabulous Mom

Nursing Bra - Fabulous Mom RM27.95, Autumnz RM26

Poncho - RM28++ from Sara Kids booth

MAM pacifier RM24.48, Silk Teat - RM19.20 both from MAM booth

Pureen baby wipes RM9.00 twin pack from Pureen booth
Yang ni tak beli, snap untuk kawan. Tapi harga RM20 untuk 270 ml non colic bottle

Ni pun sama, RM23.60 untul 330 ml

There's also a few things yang aku belikan untuk kawan. Tapi takde dalam gambar

- Diapex Premium RM60 untuk 2 pack
- Diapex Basic RM52 untuk 2 pack
 
So itu aje yang sempat disambar semasa expo sebab berkejar masa. Ambil cuti haf day so suppose masuk offfice before 2 pm. Tapi dah expo pun start dekat pukul 10.30 so bape jam jela sempat aku merayau-rayau. Memang tak puas. Next time memang kena ambik cuti satu hari pusing puas-puas.

Ok bai

Friday, July 27, 2012

Parenthood Expo 2012



Just back from Parenthood Expo at Midvalley. Gembira tak terhingga sebab semua wish list dapat dipenuhi dengan harga yang amat-amat berpatutan. Sesetengah tu beyond expectation!

Nanti kalau rajin nak post shopping haul kat expo ni.

Anyway guys kalau berminat boleh pergi ke Midvalley Exhibition Center. Expo start from 27th July - 29th July 2012. For more info click sini Parenthood Expo FB juga dinyatakan jenama-jenama yang join expo kali ni. Agak kecewa Mamy Poko tak join this time around.

Happy shopping!


Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Buffet 2012


Sebenarnya saje je gatal google ramadhan buffet tahun ni nak survey harga la kononnye. Kot-kot la tetiba bapak nak belanje makan hotel keww... kih3. Setiap tahun harga makin lama makin naik. Kalau 4-5 tahun lepas aku rasa kalau satu kepala RM50 dah mahal. Tapi sekarang ni kalau sekepala RM50 tu jatuh paling murah ... Tsk tsk... 

Anyway, here's your ramadhan buffet guide. Enjoy!

Click to enlarge

Click to enlarge

Credit to Calendata

Tuesday, July 24, 2012

Kuak Lentang



Rayyan's favorite action - for now

Asal letak je tangan pun terlentang

Gaya titanic tapi atas tilam ye mama?

Mama rindu la... haishhh

Daging Masak Black Pepper Ala Mango Chili


Pergh pergh pergh......

Semalam dengan jayanya memasak daging black pepper ala-ala Mango Chili kat Wangsa Walk tuh. Ini semua gara-gara laki aku mengidam itu ini mengalahkan budak kecit. Nasib baik aku tak puasa semalam. Boleh la lari-lari pergi carefour beli daging. Ya Allah, kenapalah mahal sangat daging tuh? Minggu lepas aku pergi harga daging import lagi murah dari local, tapi semalam yang import dari mahal dari local. Ape kes??

Tapi disebabkan impian si suami yang mahukan si isteri memasak lauk berkenaan walaupun aku tak pernah masak sebenarnya lauk tuh. Sebelum pergi beli barang basah, google dulu resepi yang berkenan di hati, buat check list, angkut beg, start enjin, chowww....

Niat di hati nak masak ala-ala macam ni........

Picture credit to google

Tapi bila versi aku jadi macam ni.........

Buruk betul gamba henpon aku nih

Tapi dia punya rasa tak banyak beza. Aku punya lagi sedap kot! Hahahaha.... Rupenya senang je masak lauk ni. Campak-campak je siap. Kalau la ku tahu sebegini mudahnya, sumpah aku tak makan dah kat Mango Chili tuh. Makan sepinggan dah 10 ringgit. Ni aku modalkan sepuluh ringgit boleh makan 2, 3 orang.  Kalau letak kerabu manga dah sebijik macam kat Mango Chili.

So kawan-kawan ini adalah resipi daging masak black pepper version Puan Ayu punya

Bahan-bahan :

1 biji bawang besar yang kaler kuning tu. Kalau tak suka yang itu, guna bawang besar yang biasa pun boleh
3 biji bawang putih yang diketuk 
Daging lembu hiris nipis-nipis *kuantiti ikut suke korang*
1 biji cili capcicum *kaler pun ikut suke nak hijau ke, merah ke, kuning ke*
1 sudu sos tiram *untuk rasa dan pekatkan kuah*
Garam
Serbuk pasti sedap / secukup rasa
Serbuk black pepper *kuantiti pun ikut suke*
Minyak masak untuk menumis


Kaedah :

- Gaulkan daging dengan garam dan serbuk pasti sedap/secukup rasa.Kalau nak seasonkan last-last  nanti pun boleh jugak. Ikut cara memasing ye
- Kalau rasa daging lembu tu liat, rebus sampai empuk
- Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang dah diketuk tadi sampai naik bau
- Masukkan daging tu gaul sampai separuh masak
- Masukkan bawang besar, cili capcicum dan sos tiram
- Kalau nak kuah banyak, masukkan air
- Masukkan serbuk black pepper 
- Ejas rasa ikut suke korang. Kalau nak masin tambah garam, kalau nak manis tambah gula
- Yang ni optional - letak daun bawang 
- Dah siap! tak sampai 10 minit dah siap

Semalam mintak review dari husband dia ckp marvelous weh... Kembang punggung si isteri ni. Lain kali boleh masak lagi.

Selamat mencuba!

*ketika menulis entry ini, perut pun berkeriut*

Sunday, July 22, 2012

Berpangku

Budak tembam ni sekarang asyik nak tidur berpangku je. Letak jap mula la mengeliat lepas tu menangis. Letak kat pangku senyap balik.. Kalau hari-hari macam ni sakit pinggang mama ni sayang.. Ni mama ada boleh la layan, esok kena tinggal rumah Wan sapa nak layan? Rayyan... Rayyan...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, July 21, 2012

First Pumping on First Ramadhan

Tahun ni adalah tahun pertama bf baby dalam bulam Ramadhan. Pagi tadi sahur nasi x 2 + kari daging + kurma + roti seketul +air bergelen-gelen. Lepas subuh sambung tidur tapi pukul 9.30 perut dah lapar. *sadis*

Bangun je tidur rasa lemau. Haih, mana la perginya nasi 2 pinggan aku tu. Sudahnya melepet je atas katil. Tetapi tiba-tiba datang motivasi selepas baca komen-komen kat group KIM lalu bangun mandi dan terus mengepam susu. Tadi lepas sahur sempat mengepam satu sesi. Kiranya pagi ni dah sesi ke dua. Lately perasan yang Rayyan tak suka minum cik B belah kiri. So terpaksa mengepam dan hasilnya agak lumayan.. Ehehe..

First session tadi dapat 4 oz, second session pulak dapat 3 oz. Sebenarnya dalam hati ni ada sesuatu yang mengganggu. Rasa agak down. Tapi harap-harap susu tak down. Nanti la kita cerita bila ada banyak masa nanti. Sedihnya tak terkira.. Situasinya lebih kurang macam ni - ditelan mati mak, diluah mati bapak. Payah, memang payah..

Kepada mommies-mommies yang juga firstimer macam aku ni, good luck. Mintak-mintak Allah beri kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak sampai la ke waktu berbuka nanti. Good luck!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday : Photostate

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Japanese Cheese Cake


Aku selalu rasa Allah sentiasa je bagi rezeki yang banyak kat aku. Ada je rezeki yang tak disangka-sangka datang bergolek-golek. Walaupun bukan dari bentuk wang ringgit tapi dalam pelbagai bentuk. Makanan, minum, pakaian, anak, umur dan iman. Alhamdulillah....*eceh*

Semalam adik aku kat kampung ada la tag gambar japanese cheese cake yang dia buat semalam. Terliur aku dik nengok kek ko tuh. Dah la sekarang ni nafsu makan membuak-buak mengalahkan orang mengidam. *owh aku tak peknen ok!* Takpela, sabar.. Tunggu nanti rumah ada over kite masak la puas-puas *hati ku berkata-kata*

Tapi tula, nak dikatakan rezeki, pagi ni bapak aku datang kl dengan membawa sebungkus plastik yang berisi kek yang semalam telah di tag oleh adik aku. Walaupun aku tak request seperti yang biasa aku lakukan tapi tula nak kata rezeki datang tergolek-golek. Ada 4 pieces sebenarnya tapi sekeping telah dibaham tanpa banyak bicara oleh dahku.. Dah telan baru teringat nak letak dalam blog. Sedapnyeeeeeeeeeee......

Inilah gamba yang di tag semalam

Inilah sebahagian dari kek di atas.


Untuk tempahan ... eh, mandai-mandai je aku padahal adik aku pun baru je try test. Kang order datang bertalu-talu mampus nak siapkan. Oklah, nak sambung habiskan kek ni. Tanak share ngan orang lain bole? #dasartembolok


Okbai!


Tuesday, July 17, 2012

Susu Merundum & Power Pumping



This kinda serious topic but still nak share dengan reader yang menghadapi masalah seperti dalam title di atas. 

So you guys know yang aku pernah tekankan tentang pam mengikut jadual untuk mengoptimumkan penghasilan susu. Tapi kan langit tak selalu cerah, kadang-kadang bila bumps on the road stok susu kadang-kadang boleh merundum. Same goes to me.

For the last two weeks beban kerja *bebabn la sangat* sangat la banyak dan meletihkan. Semua kerja nak cepat, nak urgent so jadual mengepam tu agak la berterabur. Kadang-kadang termiss satu session, terlajak, kadang-kadang mengepam tak sampai 5 minit dah kena interupt, kejap boss panggil, kejap nak itu, kejap nak ini. Benda ni berlarut sampai la dekat 2 minggu. Masa tu baru aku tersedar yang stok susu dan mula berkurangan. This happen before aku beli Avent manual bp and it also one of the reason yang menyebabkan aku beli manual bp. 

So this is symptom(s) susu merudum yang aku alami

- Satu sesi pumping for both breast cuma dapat 2 oz je (10 minutes on each side). *Tak boleh pump lama-lama kan kat ofis*

-Setiap malam Rayyan bangun setiap sejam sekali sebab nak df. Dia sampai mengamuk-ngamuk sebab tak puas df. Kalau dapat LDR (let down reflect) ok la, tapi kalau tak dapat terpaksa keluarkan stok EBM bagi kat dia.

- Selalunya kalau dapat LDR during bf, sebelah cik B basah meleleh-leleh tapi sekarang tidak lagi. *sedih*

- Bila bangun pagi cik B dah tak rase full macam selalu. Rasa macam kosong je

- Stok EBM dah semakin berkurang. Satu hari dapat less than 10 oz je sedangkan Rayyan perlu minum at least 16 oz. Terpaksa korek stok EBM sedangkan itu stok untuk bulan puasa nanti. Sedih T_T

Dalam hati ni risau tak terkata. Runsing bila memikirkan kenapa susu dah semakin berkurang. Setiap hari jugak berdoa kat Allah mintak banyakkan susu dan bersyukur Allah bagi panduan macam mana nak banyakkan stok susu dengan cara Power Pumping (PP). For those yang tak tahu PP adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah kemeruduman susu yang biasa dialami oleh ibu-ibu yang bf anak dia. Mula-mula aku pun agak was-was dengan kaedah ni. Tapi bila aku sendiri buat aku, effectnya sangat la bagus. Pasni aku cerita.

Bermulalah sesi PP pada weekend yang lepas. Kami husband and wife decide tak nak pergi mana-mana dan stay je kat rumah. So since hari Sabtu husband kerja half day aku lepak kat rumah jela dengan Rayyan. Bila time Rayyan tidur aku ambil manual bp, aku start buat PP. Cara aku ialah aku buat 10 minit on each side selama sejam which mean 3 kali for each side. Aku buat dua hari berturut-turut (sabtu & ahad) dan tambahan dari PP tersebut aku start pumping every 2 hours. Tak kisah la pam kosong ke, ada susu ke, aku pam je.

Effect from PP ni memang sekejap. Hari Isnin *semalam* aku start mengepam aku dapat hampir 6 oz satu sesi. Dah lama tak dapat banyak tu untuk satu sesi. Second session dapat 5 oz, third session dapat 4 oz, fifth session dapat 2 oz je sebab dah mengantuk. Hehehe... Tapi yang paling best pagi ni *which mean hari kedua selepas PP pada hari ahad* bangun pagi je cik B rasa full! Ya Allah bersyukurnya. Walaupun pagi tadi dah df Rayyan, sampai je office terus capai bp dapat 4 oz untuk sebelah je. Syukur alhamdulillah.... Gembira yang tak terhingga.

Sekarang aku dah tak was-was lagi. PP is the solution untuk masalah susu merudum, kalau tak caya sila la buat. Tapi jangan cengkelat ok, kalau aku kata buat PP dalam masa sejam, then do it properly. Ala, memang la lenguh sikit but it's for your own good ok. No pain no gain kan?


And owh, last but not least. Please set dalam kepala yang susu akan cukup / dapat banyak susu setiap kali mengepam. Macam aku sendiri kalau tengah mengepam dalam kepala otak dok pk "ala, macam dapat sikit je" memang susu keluar sikit. Tapi bila aku set kan dalam kepala "mesti dapat at least 5 oz" memang dapat 5 oz automatically. Nampak macam tak logic tapi itulah kuasa minda *cehhhh* Stay positive dan tenangkan hati semasa mengepam. Insyallah susu keluar melimpah ruah. 

To mommies out there, good luck and happy pumping!


Monday, July 16, 2012

Rayyan Over The Weekend

Eh, pakai mitten lagi?

Gelak takde gigi

Excited

Eh, encik itik pun ade?

Bila excited gelak dengan ayah macam ni la rupenye

Bulatkan mata, besarkan lubang idong

Ikut mama ngan ayah bekpes mekdi

Saya suke kain busuk

Rayyan, tengok ape tu?? Tengok camera la!

Susahnye nak tegakkan kepala, pipi berat sangat

Ha tengok tu!

Love you both!


Thursday, July 12, 2012

Dah OK Dah!

gamba miau terbalik pulak

Ingat tak haritu aku pernah bagitau yabg Rayyan tak berapa suka ngan Avent pacifier?

Nak tau tak, sekarang ni dia dah ok dah. Nak pulak dia ngan pacifier tu. So satu bawak gi umah Wan, satu letak rumah.

Kalau tengok gambar nampak macam besar sangat kan? Compare to MAM yang kecik comel je.. Asalkan Rayyan ok hati mama dah cukup senang.

Love you son!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 11, 2012

Avent Manual Breast Pump Review / Testimoni



Harini datang office berkobar-kobar nak review pasal breast pump (bp) nih. Walaupun semalam balik try sekali terus rasa tak sabar nak buat review on the next day.

Okay, this is a love at first sight. Baru try sekali dah terus jatuh cinta. Patut la ramai yang pilih manual instead of electronic bp sebab selesa sangat-sangat! Semalam try mula-mula kekok sangat yela selama ni ada benda tolong sedutkan, tapi sekarang ni kena tekan sendiri kalau tak takde la dia menyedut. 

Let us start with the component inside the packaging.

Yang ni dah tunjuk semalam kan



Dalam kotak tu dia bagi :-

1 breast pump
1 storage bottle
1 travel size teat
1 sealing disc
1 set spare valve

Bila dah cabut semua part, cuci-cuci, keringkan sikit, pasang balik parts aku pun terus la try sambil tengok tv balik keje semalam. Baru pam 2,3 kali susu dah keluar. Dalam hati "eh, cepatnye! Kalau pakai Pureen kena tunggu lama sikit baru dia keluar" Aku ingat Pureen lambat sebab nak bagi stimulate dulu tapi dengan yang ni takyah stimulate pun, terus je susu keluar. 

Lepas tu aku ni kan takde experience pakai yang manual. Aku ye ye la tarik paddle sampai nak lenguh jejari aku ni lepas tu aku baru teringat yang aku pernah terbaca review dari internet yang mengatakan bila susu dah memancut keluar, ko tak payah la tarik-tarik paddle dia tu. Tarik je sekali dan biarkan susu tu keluar sampai habis lepastu lepas, lepas tu tarik lagi sampai la penuh botol tu. Rupanya memang betulllllllllll.... Aku salah teknik, patut la lenguh cik jejari aku nih. Tapi bila dah dapat rentak memang syok la. Rilek je, tau-tau  botol dah penuh! Yang paling best cik N tak sakit pon. Memang la aku akui kalau pakai Pureen cik N sakit tapi sebab dah biasa kan, so takde la rasa sakit sangat. Tapi bila dah pakai yang ni ya Allah, selesanya... Cik N tak sakit langsung jauh berbeza dengan Pureen. *ceh, masa ni la ko nk kata Pureen itu ini ye*


Harini mengepam kat office dah takde bunyi mesin potong rumput dah

Kan senang boleh campak je dalam cooler bag termasuk la storage bottles ngn ice pack

Tadi dah cerita pros kan, sekarang nak cerita pasal cons pulak. Sekarang ni aku cuma buat perbandingan dengan Pureen aku tu so aku takde perbandingan dengan yang lain. Kelebihan Pureen ialah parts dia sangat-sangat minimal. Cuma ada prt motor, adapter, corong, silicon cushion dengan storage bottle. Itu sahaja. Tapi dengan Avent pulak banyak la part yang kena cabut, cuci, assemble balik. Makin banyak keje pulak jadinya. Dah la nak kena cuci satu-satu part dia nih. Jenuh, dah macam bukak spare part enjin kete je rupenye.Ke memang semua manual pump macam ni?

The other cons is, bila kita tengah mengepam, susu yang keluar tu boleh menjejeh-jejeh sampai la ke belakang petal cushion tuh. Kalau korang nak tau, Pureen pun pakai petal cushion tak macam Medela. Tapi bila susu dah keluar, takde la susu tu menjejeh sampai ke belakang lapik cushion tu. Ish, nampak macam serabai je aku  nengok. Mungkin korang yang dah biasa ok la kot. Entah aku je rasa pelik.

Overall aku sangat berpuas hati dengan pembelian kali ni. Rasa tenang je dalam hati bila dah ada manual bp yang senang angkut ke hulu hilir dan boleh campak dalam cooler bag tanpa memikirkan electronic part yang akan basah bila bercampur gaul dengan ice pack. 


Happy pumping mommies!




Tuesday, July 10, 2012

Terharunya...



Thehehe... weekend haritu kan, boring-boring tengok la FB kat henpon. Entah macam mana terbaca satu post dari Little Kids ni. Tekejut mak sebab dia dok mention nama kite dalam fan page diorang. Lepas tu siap link blog kite dalam fan page diorang. Hik3 terharu... Blog buruk ni pun ada orang nak jengah. Ingatkan buat blog ni saje nak syok sendirik... Anyway, thanks for stopping by!




Philip Avent Manual Breast Pump



Akhirnya, setelah mengira-ngira dan berfikir panjang akhirnya aku memutuskan *ceh* untuk  membeli manual breast pump. Mula-mula aku stuck between Medela dan Avent. Dua-dua pun review bagus, dua-dua pun dari jenama yang berkualiti, dua-dua pun menjadi mommies favorite. Tapi at the end aku pilih Avent sebab harga yang lagi murah dari Medela. Sekali lagi Little Kids menjadi pilihan sebab harga dari website ni yang paling murah aku jumpa. Normal price is RM160 tapi after additional FB discount using LIKEFB-10 code, dapat lagi additional 10% discount yang menjadikannya hanya RM144 termasuk free postage. Best kan?

Seperti biasa juga, shipping sangat-sangat la cepat. Semalam order, pagi ni aku dah terima in a tip top condition. Oleh kerana harini baru terima, so takde la harini jugak nak bagi review kan. Balik rumah petang nanti nak cuci-cuci dulu, sterilize dulu lepas tu kita try test ok? Review coming soon. Owh, if you're wondering kenapa aku pilih manual instead of electric is just  because aku nak sesuatu yang mudah untuk dibawa ke hulu hilir. No need nak pasang plug la, letak battery la, anak terkejut-kejut time tidur la. Lagipun aku boleh campak je dalam cooler bag aku tu tanpa risaukan electronic part tu basah kena ice pack. Betul tak?

Sebenarnya aku nak sangat  invest untuk electric double pump. *Rumble Tuff itu sangat-sangat menawan* tapi since aku sekarang kena tersangat-sangat la badget, so kena dulukan yang mana dulu then kalau ada budget lebih kita beli Rumble Tuff okay? Lagipun bp Pureen itu masih lagi menjalankan tugan dengan cemerlang so no need membazir kan? *ayat sedapkan hati*


Hot from the oven

The packaging

Content


See you soon!


Friday, July 6, 2012

Siapa Cakap Makan Kat Hospital Tak Sedap?

Ini buktinya... But it doesn't mean aku suka duduk hospital ok. Apa yang aku boleh rumuskan ialah, hospital government ni boleh tahan juga. Tak seburuk yang aku sangka. Layanan pun ok, kalau ada yang korang tak puas hati boleh report kat Sister *ala, nurse yang pakai baju biru tu* Sebabnya pernah sekali tu ada nurse bagi salah information kat aku, lepas tu Sister tu gi marah kat nurse tuh.. Hihihi sukeeeeeeeee...




Kuih kasuwi ni sedap, tak tipu!
Rendang ayam kau!
Nasi minyak beserta ayam goreng rempah okay!





Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednessday : Ngantuk Sangat





Nite2 sayang