Wednesday, August 10, 2011

My First Prenatal Visit




Ni bukan la nak cerita first time pergi klinik, tapi nak cerita first time pergi klinik untuk pregnancy test. Aku harini pergi klinik Famili Dr Wan Kamariah. Aku memang suka jumpa doctor ni sebab dia macam emak-emak je. So masuk je bilik doctor, Dr Wan suruh baring sebab dia nak scan. Ni first time weh scan baby bagai nih. Selak-selak kain sampai kat *tut* tu, nak malu tapi semua perempuan kan, so tried to be relax. Hahahah...



Dr Wan cakap baby aku dalam 4 weeks tapi at this point memang susah nak nampak tu yang kena scan sampai ***** tu. Tapi malangnya memang tak nampak apa-apa lagi. So takpe la, sebab doc cakap memang standart la baby tak nampak apa-apa masa ni. So doc suggect datang lagi next week so maybe dah nampak sikit.


Tapi yang nak cerita sikit kat sini ialah, nak scan benda lain, jumpa benda lain. Doctor jumpa ada cyst and fibroid. Menurut doc fibroid aku terletak pada dinding rahim which is common untuk semua perempuan dan tak merbahaya. Saiz pun baru 2 cm. Dr Wan cakap ianya hanya akan bahaya kalau fibroid tu dekat pangkal rahim ataupun luar rahim. But for now fibroid aku ni masih normal. Cuma ianya akan membesar bila orang start pregnant. 


Ok, tu cerita pasal fibroid. Sekarang ni nak cerita pasal cyst. Aku selalu dengar orang perempuan ada cyst sampai besar buah tembikai dalam perut. Dr Wan detect ada cyst kat luar rahim aku tapi saiz pun masih kecil. Tapi apa yang membingungkan Dr Wan is, ada cecair mengalir di luar rahim aku. Menurut Dr Wan, dia tak boleh detect cecair tu apa. Kalau ianya air, mungkin cyst aku pecah. Tapi kalau cecair tu adalah darah, kemungkinan aku mengandung luar rahim. By the time Dr Wan cakap benda tu, aku rasa macam nak berhenti jantung aku. Tak pun sebenarnya aku tak pregnant sebab cyst tu pun boleh menyebabkan pregancy test tu jadi positive.


But again, Dr Wan tanya aku, adakah aku rasa aku pregnant? Aku rasa ya sebab aku ada pregnancy symptoms dan ada perubahan pada badan. Dan aku yakin yang aku pregnant sebab aku lewat period which is tak pernah jadi for the whole year. Lepas tu Dr Wan ada bagitau symptoms cyst yang serius dan symptoms mengandung luar rahim. If only this symptoms happen to me, then jumpa doc immediately. But for now symptoms tu tak ada lagi pada aku dan aku berharap yang aku betul-betul pregnant dan cecair di luar rahim aku tu hanyalah air, bukan darah. 



Ya Allah,  Kau permudahkan segalanya. Perkenankanlah doa-doaku ini ya Allah. Kawan-kawan doakan baby ok, sihat tanpa sebarang masalah. Juga doakan mamanya sihat, tanpa sebarang complication. Nanti ada masa aku upload gambar scan dari doc. 



Assalamualaikum






1 Komen sikit-sikit sudah:

Noor Azura Ayu said...

testing

Post a Comment