Mengeluh lagi..... Baru je 2 hari dapat berita gembira tapi dugaan datang bertimpa-timpa. Aku stress sampai rasa nak resign je dari office ni. Entah la, aku sebenarnya dah fed up kerja dengan company bapak aku ni. Aku tak nampak masa depan aku dekat sini. Aku sebenarnya tak happy pun kerja kat sini. Hari-hari adalah paksaan untuk bekerja. Aku stay kat sini pun just because bapak aku. Kalau bukan kerana bapak aku, dah lama aku cabut. Aku sanggup duduk rumah buat kuih, jual baju, jual tudung sebab aku gembira dengan cara yang begitu.
Kami sekeluarga akui, bekerja di syarikat ni memang mencabar. Lagi-lagi bila ada dua orang share holder dan sorang lagi share holder anak beranak macam nak conquer. Banyak sangat makan hati, makan dalam, terasa, tak puas hati sampai satu tahap bapak aku nak jual share dia. Tapi jumlah yang di offer tak logic sebab terlalu sedikit dengan nilai syarikat ni yang dah mencecah jutaan ringgit. Entah la, sampai bila kami dapat bertahan pun tak tahu.
Minggu ni je dah dua kali aku kena hentam sampaikan tadi aku kena warning kalau tak perform, aku kena keluar dari finance dept. Aku rasa macam segala doa aku didengar Allah. Aku dah tak larat buat finance, semuanya tunggang langgang, berterabur sebab dulu kami tak sangka this company will be this big so finance exec dulu buat kerja berterabur. Bila dia dah blah and this company getting bigger, semua orang menggelabah. Nak salahkan aku? Aku pun takde basic finance. Zero knowledge. Aku sanggup lagi di campak ke HR dept or Operation dept daripada duduk kat Finance. Sekrang ni kerja yang berterabur tu aku yang kena clearkan sampaikan aku bergaduh-gaduh dengan head management. Bila tak puas hati cakap-cakap belakang. Hmmm... buat tambah dosa je.
Entah la, dulu aku rasa nak blah dari company ni. Aku buat istikharah tapi aku dapat petunjuk untuk stay kat sini. Tapi sampai bila tu aku tak sure.. Kena buat istikharah lagi kot. Dengan baby dalam perut sekarang ni aku rasa dah tak mampu nak handle semua stress-stress ni. Penat, and sangat bahaya untuk baby.
Doakan yang terbaik untuk aku dan keluarga aku.
1 Komen sikit-sikit sudah:
Sabar Ayu.. Better ko stay in Finance dept. At least ko leh tau perjalanan comp tuh! Dorg saje la nk kick out ko dr Finance so dorg leh conquer lbh besaaar lg!! Ish.. Ish.. Manusia kan? Xpenah puas ng apa yg dia ada..
Post a Comment