Remember this post where I've been talking about gangguan makhluk halus yang mengacau hidup kami sekeluarga? It was on January dan gangguan tu telah berakhir beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan aku.
Tapi, minggu lepas bapak aku mengadu dia sakit lagi. Kali ni sakit menusuk di tulang rusuk belah kiri bapak aku. Malam-malam bapak aku mengadu sakit perut macam yang sebelum ni dia alami. Simptom yang sama... Dulu masa bapak aku sakit benda tu attack perut sebab bapak aku termakan sesuatu yang dalamnya diisi sesuatu dengan tujuna untuk menyakitkan bapak aku. Malam-malam bapak aku sesak nafas. Tapi yang ironic nya, sakit tu datang ketika waktu puncak seperti waktu tengahari semasa matahari betul-betul terpacak atas kepala dan tengah-tengah malam selepas pukul 1 pagi. Sungguh ironic.....
This thing happen last week. My dad told me masa dia tengah duduk dalam office suddenly dia rasa ada benda menusuk kat tulang rusuk. Bila dia baring menahan sakit, dia ternampak kelibat bayang lalu belakang dia. So bapak pun pergi berubat dan kami dapat tau ada rakan sekerja yang hantar 'benda' dekat office. Siapa yang buat kerja kotor tu kami tak pasti, tak berani nak tunding jari sebab kami memang tak tahu siapa musuh dalam selimut tu.
Pada masa bapak sakit, abang aku yang sulung pun ada mengadu kat mak yang dia rasa lemah semangat dan takde semangat pergi kerja. Mak aku pun dah mula risau takut abang aku pun telah dikenakan. So i told mum, kalau Lili (panggilan untuk abang aku) dan bapak kena kacau, tak mustahil aku pun boleh kena. Hubby dah mula risau, siap bagi ayat pendinding. Semalam sebelum balik ke Klang, bapak bekalkan aku air penawar untuk aku dan Lili in case kami terkena tempias benda kotor tu. Mak pesan baca Al-Fatihah, selawat 7 kali dan ayat kursi.
Haritu aku ada tengok rancangan budak mengaji kat tv9. Tak ingat apa rancangan tu, Mari Mengaji kalau tak silap. Ada satu segmen dalam program tu segmen bersama Ustaz Harun Din. Dia ada ajar mengenai ayat Kursi 9 wakaf yang dibaca untuk mengubati sakit gangguan makhluk halus ni. Ayat kursi tu basicly kita baca 8 wakaf. Tapi untuk perubatan dari segi gangguan makhluk halus, kena baca 9 wakaf. So this is how ayat kusi dibaca 9 wakaf.
Next week mak dengan bapak nak pergi umrah. Minta-minta orang yang buat jahat tu dilembutkan hatinya untuk menarik balik segala syaitan jin yang mengganggu hidup kami sekeluarga. Menurut mak, Pak Din (orang yang mengubatkan bapaka aku) nak pulangkan balik 'benda' tu pada si pembuat. Tapi tak tahu la jadi ke tak... Seriously, parent aku tak nak tahu siapa yang buat. Pada mereka, biar la Allah yang balas sebab bukan hak kita nak hukum orang. Itu semua kerja Allah.. Kita sabar je dan anggaplah ini semua ujian Allah sebab Allah sayangkan kita. So guys, mohon doakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga kami serta doakan orang yang buat jahat tu dilembutkan hatinya. Insyaallah...
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment