Thursday, July 14, 2011

Sedihnya

*sigh*


Banyaknya dugaan lepas kahwin... Kadang-kadang rasa macam tak patut je aku diduga sebegitu. Bila bergaduh dengan husband rasa macam setiap kata-kata tu menusuk dalam hati. Lepas tu terasa hati, merajuk tak sudah-sudah. Padahal aku kalau marah tak fikir pula menusuk ke tak hati suami aku tu. Sama je...


Kadang tu aku fikir maybe sebab tu kami belum dikurnikan anak. Mungkin kami belum mampu nak handle diri kami sendiri. Kami masih lagi gaduh-gaduh macam masa bercinta padahal dah kenal lebih 5 tahun. Walaupun hakikatnya kami nak sangat anak secepat mungkin, tapi Allah maha mengetahui kan?


*sigh lagi*


Kadang kala aku fikir ada bagusnya kami berjauhan macam ni. Sebabnya bila duduk dekat-dekat kalau gaduh mesti susah kan? Macam mana nak tidur sekatil? Sorang pandang kanan, sorang pandang kiri? Ish.... Tak boleh tu, dilaknat malaikat nanti tidur membelakangkan suami.


Minggu ni je dah dua kali kami bertekak pasal benda-benda kecil je. Perangai aku pula kalau orang tiba-tiba cari salah aku memang aku jerit je. Memang la bukan calon ibu mithali kan? Macam mana la nak jadi seorang yang penyabar... Nak kena pregnant macam Nicole Ritchie kot baru hilang penyakit-penyakit mental tu.


*sigh sigh sigh*


Eh, tak baik mengeluh, tapi tak mampu tak mengeluh. Walaupun Didie cakap gaduh-gaduh tu akan menambahkan kemesraan suami isteri tapi tula, nak lalui gaduh-gaduh tu penat la. Tried to be positive dan mengatakan pada diri sendiri Allah hanya uji seseorang mengikut kemampuannya dan menandakan tuhan sayangkan kita. Mudah-mudahan... Tapi aku takut kalau gaduh-gaduh macam ni tiba-tiba jadi isteri derhaka ke, lepas tu tiba-tiba mati tak sempat minta maaf dengan suami macam mana? Aiyookkkkk.... Takot! Baik mintak maaf dengan suami sekarang jugak!


Oklah, nak sambung kerja. Bai!

1 Komen sikit-sikit sudah:

deqnoor said...

Sabar ye.. Insyaallah everthing gonna b alrite. Istighfar byk2 sebelum nak marah2. insyaallah akan cool semula... :)

Post a Comment