Wednesday, July 27, 2011

Selamat Pergi Dan Selamat Pulang

Semalam mak, bapak, paksu, cikdah, opah, pakde dol, mbokde timah dan mbokde sah selamat berangkat ke Makkah. Penerbangan mereka straight ke Jeddah instead of Madinah. Semalam kami beramai-ramai menghantar mereka ke airport dah macam family reunion pula sebab semua adik beradik mak turun termasuk la sepupu sepapat kami yang kecoh melampau. Kalau anak mak, anak Cik Mah, anak Mak Long kalau dah berjumpa memang kecoh+bising+memekak tak sudah-sudah. Sampai pelik orang-orang rombongan tu tengok kitorang. Heheheh.....


Ditambah lagi dengan topic hangat of the day iaitu baju kurung manik, lagi la kecoh sampaikan berhenti kat R&R Dengkil sebab nak tengok baju kurung lagi! Memang la semalam aku ponteng kerja lagi.. Kelmarin aku dah cuti sebab hantar kereta pergi workshop. Semalam pula ingatkan nak halfday, tapi sudahnya sampai petang tak masuk office. Lepas tu boleh pergi Jusco shopping sorang-sorang 


Sekarang ni terasa rindu kat mak ngn bapak. Apa la diorang tengah buat sekarang ni.... Hmmm... Seronoknya dapat pergi sana. Mudah-mudahan aku mampu sampai sana sekali lagi... Insyaallah..



Seperti iklan gigi

Banjir woo kat airport

Hj Ihsan's clan

Seperti kanak-kanak riang *sambil pegang cup mekdi*

Baju kurung manik madness

Cuba teka mana satu anak dara kat sini

The king and the abang long

Keluarga kami yang berangkat ke Mekkah

Babai mak

Babai bapak!




Doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang dan semoga amal ibadah mereka diterima Allah swt. Moga-moga semua doa meraka di sana diperkenankan Allah swt juga. Amin Ya Rabbal Aalamain





0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment