Adoi... dah 3 hari aku tak sihat start dari kat Cameron Highland hari tu. Masuk harini dah 3 hari tapi macam takde tanda-tanda nak baik. Semalam dah jumpa doktor minta ubat yang powerful sebab I can't afford MC sebab kerja terlampau banyak dan kena backup kerja orang lain yang sedang bercuti.
Kali ni sakit rasa lain macam sikit. Selalunya kalau setakat batuk selesema tu takde hal la... Kerja jalan macam biasa. Tapi kali ni batuk selesema tapi badan pun ikut lembik. Jalan laju-laju pun tak larat, selera makan kurang. Aku ni jenis orang yang jarang sakit dan selalunya kalau aku sakit pun aku malas nak layan demam aku tu. Tapi sekarang ni aku rasa lembik rasa nak balik rumah baring atas tilam je.
Kenapalah nak sakit time aku sibuk-sibuk ni? Dugaan sungguh..... Ya Allah, berilah aku kekuatan settlekan semua kerja-kerja aku ni. Semalam doktor dah offer nak bagi MC tapi aku yang tak nak. Aku mintak ubat yang high dose supaya aku cepat sembuh. Ambik kau kena cas RM84 untuk pekej demam batuk selesema. Nak sangat ubat powerful kan.. Memang power harga dia bagi. Nasib baik boleh claim kat office.
Tapi yang kelakarnya semalam hubby suruh check kat doctor kot-kot aku pregnant. Kalau ikutkan cycle period aku minggu depan aku period. So apa kata tunggu je minggu depan aku datang period ke tak. Ni si hubby siap suruh beli pregnancy test lagi! No no no... masih awal lagi. Aku tau hubby mengharap aku pun mengharap juga tapi semuanya bergantung pada rezeki kan? Harap-harap ada la rezeki untuk kami dapat baby cepat.
Owh, btw... Harini hubby pergi job interview. Minta-minta dapat la job tu.... Amin. Kalau dapat boleh la kot nak timang baby cepat-cepat sebab dah ada budget lebih. Aku pun boleh la paw macam-macam. *lom apa-apa dah ada niat buruk*
Oklah, nak sambung buat kerja. Bye!
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment