Tuesday, January 25, 2011

Dugaan Demi Dugaan

"Sesungguhnya Allah tak uji seseorang itu jika tidak mengikut kemampuannya"

Ya Allah, sesungguhnya aku tak mampu menghadapi ujian Mu ini Ya Allah..........
Aku sangat lemah, aku tak terdaya..
Ya Allah, Kau lindungilah keluargaku
Sembuhkan lah penyakit bapaku
Jauhkan dirinya daripada perbuatan dengki dan khianat sesama manusia
Lindungilah keluarga kami Ya Allah
Kuatkan lah semngat kami
Kuatkan lah iman kami
Janganlah Kau anjakkan iman kami walau seinci
Jadikanlah kami hambamu yang beriman dan bertaqwa
Serta redha dengan ujianMu

Amin Ya Rabbal Alamin........


Dua dugaan besar menimpa keluarga kami. Bukan lah niat di hati mahu mengeluh dengan ujian ini. Mohon tuhan kuatkan semangat keluarga kami terutamanya emak aku. 1st skali, bapa ku sakit tapi sakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor. Mula2 aku tak percaya dengan sakit buatan makhluk halus ni. Tapi bile dah rawatan doktor tak berkesan, dah buat x-ray, scan satu badan tapi still doctor tak dpt detect ape sakit bapak. Tapi mak cakap kite sbgai orang Islam kne percaya kewujudan makhluk halus ni aka syaitan, jin dsb. Makhluk2 ni kalau nak ganggu manusia dia akan berjalan di setiap salur darah manusia ni bagi manusia sakit. Buat mase ni mak ngn Nini masih gigih hantar bapak berubat ke sana ke sini. Kesian mak... Dh la kene kerja, kene jaga bapak, kene amik hantar Iman balik sekolah. Blah petang je baru Nini baru tlg mak sbb Nini keje half day jer. Nasib baik ade anak menantu cikgu, ade banyak mase kt rumah. Ya Allah, Kau kuatkan semangat ibuku, berilah kesihatan yang baik seupaya dia dapat menjaga bapaku. Aminnnn...... Sapelah manusia yang tergamak buat keluarga kami mcm ni? Ape je yang ko dapat kalau ko buat mcm ni? Kalau bapak aku sakit ke, mati ke, ape yg ko dpt? Ade ko dpt harta bapak aku? Satu sen pun ko tak dpt. Ko rugi duit mase tenaga lagi ade. Kalau puas pun puas sekejap jer... BODOH!

Masa hari ahad lepas bapak disahkan sakit terkena buatan orang, Una pulak accident tgh2 highway. Mase tu aku ngn Lili kt kg... Call Cik Mon *pakcik yang duduk kt dengkil* tapi Cik Mon pulak takde kt rumah. Mase tu harapan cuma kt en. tunang. Aku call dan dia sanggup tinggalkan kerja dan berlari menuju ke tempat kejadian. Alhamdulillah Una selamat... Cuma lebam2 sket sbb terhantuk kt stereng kete. Smpai kul 2 pg ktorg settle kat balai. Dahla orang yang menjadi punca accident tu lari. Yang terlibat pn entah ke mana. Nak claim insurance atas sape pun tak tau... Payah.


NOTAKAKI : Muhasabah diri sendiri, setiao dugaan mesti ada balasan yang setimpal dengan ujian ini. Dugaan orang nak berkahwin agaknye.... Moga2 Allah sembuhkan sakit bapak aku, kurniakan rezki yang berkat, dan kurniakan pahal yang besar kepada kami. Amin....


0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment