Tuesday, May 24, 2011

we are two different people from two different world

Tajuk di atas ditujukan untuk aku dan suami tersayang.. Sejak duduk di rumah mertua selama tiga hari, aku banyak sedar betapa bezanya kehidupan sebenar aku dan Encik Suami. Kami berdua pun basicly came from different background dan cuma ada beberapa persamaan but I guessed that's what makes us a great couple.

First of all,kami sendiri mempunyai sifat/perangai yang berbeza. Aku seorang yang agak perfectionist, moody, boros, bossy, tak penyabar, temper,sombong dan jarang cemburu buta. While my hubby pula seorang yang penyabar, very positive, pengemas, peramah, senang didekati tapi kuat cemburu. Korang nampak kan perangai aku sangat kontra dengan perangai laki aku but that complete each other. Kalau dua-dua sombong, dua-dua kepala angin memang huru-hara la kami dibuatnya.

Selain tu, his mother is full time housewives while my mum is a Goverment Servant yang baru je pencen hujung bulan Februari haritu. Seronok kan ada mak setiap masa ada di rumah dan memenuhi setiap kehendak kita? But I see pros and cons such as bila emak bekerja, anak-anak banyak berdikari lain bezanya dengan emak yang duduk di rumah yang akan menyediakan semua keperluan anak tanpa disedari anak itu kurang berdikari. Ya, suami saya yang umurnya sudah 29 tahun tidak pandai memasak, mencuci dan mengemas kerana semuanya dibuat oleh ibunda kesayangan. Tapi apa yang berbeza ialah, hubungan mereka sangat rapat seperti tiada rahsia antara mereka. It is totally different with me which I like to keep things secret from my mum. I always took charge on everything sebab dah terbiasa duduk seorangan di asrama tanpa bantuan family.

Our lifestyle juga berbeza. Family suami tersangatlah bersederhana di dalam semua aspek terutama bab-bab kewangan. I have to admit, perkara ini mungkin disebabkan MIL tidak bekerja dan FIL bekerja sebagai seorang kakitangan kerajaan di LHDN Klang. Jarang sekali melihat mereka makan makanan mewah seperti seafood etc. In fact, perbelanjaan kahwin kami di Klang most probably 70% husband yang tanggung. The rest baru family dia yang sponsor.Berbeza dengan family aku, majlis perkahwinan aku fully sponsor oleh parent aku except for pelamin and hantaran. Aku sendiri nak bayar sebab aku nak ikut taste aku. Kalau parent yang bayar of course la ikut taste parent. Tak gitu?

Selain daripada itu, my MIL juga seorang very typical melayu type. She is originally from Negeri Sembilan and you knowwwwww......... hihihi. Walaupun my MIL ni duduk kat bandar, tapi she is basicly very ery kampung style emak-emak *you know what I mean* Dia jarang keluar rumah, jarang di ajak berjalan-jalan, kurang minat shopping-shopping, suka duduk kat rumah je. While my mum pula walaupun duduk di kampung, tapi beliau agak modern. Bukanlah modern yang jenis shopping setiap hari, gossip dengan datin-datin. Noooooo... not that type. But my mum agak mudah menerima arus kemodenan anak-anaknya. And you know whattttt??? My mum dah pandai main Angry Bird kat iPad!!!! Now she realized why Iman and all of us addicted to Angry Birds. And then kalau kami ajak gi shopping, my mum ikut je, kalau ajak jalan-jalan, dia pun jalan la, kalau ajak lepak kat mamak, maka berlepak-lepaklah kami semua di kedai mamak. Senang cerita dia ikut je flow anak-anak asalkan tak menyusahkan beliau. Itu sahaja....

Walaupun my MIL is ery typical Malay type, tapi beliau agak sporting bila anak-anak berkawan dengan mana-mana lelaki/perempuan. Tak kisah kalau anak-anak bawa boyfriend/girlfriend datang rumah untuk berkenal-kenalan. While my mum pula sangat strict sangat especially bab-bab berkawan ni. I remember there is one time I was 17 and I was scolded by my mum when I have a boyfriend and  get caught bergayut kat telefon tengah-tengah malam. Hahahaha! 

Selain dari tu, aku juga banyak belajar dari kehidupan yang serba serbi sederhana. Hidup tanpa bibik dan harus buat segalanya sendiri. Aku mengaku yang aku jadi malas bila ada bibik. Kadang kala pinggan lepas makan pun letak je kat sink. Aku jarang basuh pinggan yang melonggok-longgok kat sink sebab dah tau bibik akan cuci dan aku jarang mengemas, cuci baju, gosok baju sebab - Bibik yang buat. Tapi di rumah MIL, aku kena buat semua tu. Memang kekok tiba-tiba kene cuci pinggan banyak-banyak, kena cuci baju sendiri, kena mengemas. Sangat-sangat kekok tapi itu la yang aku kena buat sebab tak ada bibik di rumah MIL *unless aku yg hired lah* and takkan lah aku nak biarkan semuanya MIL yang buat. Apa guna ada menantu yang comel dan ayu ni kalau tidak berfungsi. Tak gitu Encik Suami? Eheh...

Between all the differences, there is one part yang menyamakan kami berdua which is our dad. My dad and my FIL both jenis yang very open minded and sporting. They both have same hobby which is fishing cuma belum ada kesempatan memancing bersama. But my husband always said that my FIL macam segan-segan dengan my dad. For me since we both married already, so takda apa yang nak disegankan. My dad is very friendly and very open minded. So lepas ni boleh la pergi memancing bersama-sama! I also lucky to have very good sister and brother-in law. My sisters-in-law is sangat peramah dan baik yang masa aku belum aku kahwin aku dah anggap diorang macam adik aku sendiri.


Hopefully aku akan belajar banyak dari kehidupan yang berbeza selepas ini. Harap-harap aku dapat cope to each other and dapat spend time dengan in law's family so that aku faham macam mana kehidupan meraka yang serba serbi sederhana supaya aku pun dapat belajar bersederhana. Bukan kah Islam itu mengajar umatnya untuk bersederhana? Chewahhh... So guys, wish me luck!

Bye....

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment