Chewahhh... Kahwin tak sampai seminggu dah nak cerita pasal life after married ye. Poyo sungguh! Oklah, since ramai kawan-kawan dan sepupu sepapat yang bertanyakan tentang hal ini let me list down a few things yang berubah setelah bergelar isteri orang.
1) Rasa pelik tiba-tiba ada orang lelaki dalam bilik ketika hendak menukar baju. Malu siotttt!
2) Rasa tak selesa bila selalunya tidur seorangan tapi sekarang ada orang kat sebelah berdengkur mengalahkan aku!
3) Kena sediakan makan dan minum untuk suami padahal sebelum ni makan minum semua mak yang sediakan. *tetttt!*
4) Kena ikut cakap suami padahal sebelum ni kuat melawan. *berdosa tahu!*
5) Keluar rumah kena minta izin suami. Sebelum berkahwin dah praktikkan benda ni tapi selalunya terlupa dan keluar begitu sahaja tanpa memberitahu encik Tunang *pada ketika itu*
6) Solat berjemaah bersama suami. Selalunya berjemaah dengan parent tapi sekarang berjemaah dengan suami pula.
7) Ini part Encik Suami pula ye. Selalunya beliau agak liat bangun subuh tapi sekarang tidak lagi! *alhamdulillah...*
8) Kena extra rajin sebab Encik Suami tersangatlah rajin mengemas rumah mengalahkan tuan rumah. Malu beb kite yang perempuan ni duduk terkangkang depan TV while Encik Suami mengemas periuk belanga selepas kenduri tanpa henti.
9) Baru faham kenapa orang lepas kahwin gemuk sebab bila hati gembira, makan pun banyak.
10) My parent no longer asked me to do this do that sebab dah tau my main priority is my husband.
Kesimpulannya dari perkahwinan yang mencecah 6 hari (pada 19 May 2011) saya tersangatlah bahagia. Esok sambung cuti untuk majlis bertandang di Klang sampai hari Isnin. Macam mana lah perasaan tinggal di rumah mertua nanti. Mesti kekok gila.. Haa... nanti nak sambung entry pasal kehidupan di rumah mertua pula... Ok tak?
Suka la gambar ni. Credit to Cik Zool! |
3 Komen sikit-sikit sudah:
selamat pengantin baru Ayu..
haha... ok lh tu. Selamat menempuh hidup baru sebagai suami isteri... :)
Wida & DN : Thx! Doakan kami tabah menempuh alam rumah tangga
Post a Comment