Tuesday, May 31, 2011

My Beauty Regime - Skincare

*Tetiba harini rajin update blog sebab nak capai target at least 15 post sebulan*

Ok2, ramai kawan-kawan yang bertanya tentang my daily makeup routine and skin care. So bawah ni I will list down skin care and makeup product which work for my skin tone. First, I would like to explain my skin type sebab tak nak orang lain confused because different product works on different skin. Get it? So jangan nak salahkan aku kalau kulit korang tak sesuai dengan product yang aku gunakan.

SKIN TYPE A.K.A JENIS KULIT

Combination skin type which is oily *I mean super duper oily* kat t-zone which is forehead and nose and very dry at u-zone which is cheek and chin. I'm also tend to prone and acne skin type. Biasalah bila dah berminyak, jerawat pun tumbuh bersepah-sepah. But in my case, I would prefer a water-based skincare, not oily type. So kalau kulit jenis macam aku ni, jangan gatal pakai krim safi ke, fair and lovely whatsoever. My skin also very sensitive so very sensitive dengan produk-produk yang pelik-pelik dan kadang-kadang tak masuk akal.

CLEANSER

Currently I'm using Bio Essence Hydra Spa Energy Clear and Moisturizing Cleansing Foam. Sebab apa guna brand ni? Sebab dia water based. See hydra? See moisturizing? Ianya akan mengelakkan muka anda daripada rasa tengang or kering selepas mencuci muka. In my case, untuk pastikan kulit muka sesuai ke tak dengan jenis kulit, I will make sure yang kulit tak tegang lepas guna cleanser. Kalau agak-agak rasa tegang, kering, pedih, campak je dalam tong sampah.

Pictures credit to theprettystuff.com

TONER

Pun guna sama brand Bio Essence Hydra Spa Energy Refreshing Toning Lotion. Selalunya beli yang set dalam kotak sekali dengan cleanser. Harga dalam RM35-RM39 depend on promotion kat Guardian/Watson. Tapi yang penting lagi murah daripada beli asing-asing. Toner ni pun bagus sebab tolong melempabkan kulit in case kulit rasa kering sikit selepas cleansing.

 
Pic credit to theprettystuff.com

MOISTURIZER A.K.A PELEMBAP

Masih menggunakan brand yang sama,  Bio Essence Hydra Spa Energy  Light Moisturizing Lotion. Jika kulit anda adalah jenis berminyak macam saya, sila guna moisturizer jenis LOTION bukan CREAM. Ini kerana lotion type lebih light/ringan dan sesuai untuk kulit berminyak instead of cream yang lebih heavy dan sesuai untuk kulit jenis kering dan berusia. Kepada sesiapa yang berminat nak beli lotion ini, diingatkan bahawa texture lotion ini sangat light seperti air. So kalau kulit korang kering dan rasa macam tak lembap je kulit walaupun dah sapu moisturizer, follow my petua which is apply twice. Maksudnya mula-mula pakai pelembap satu lapis, pastu kalau rasa masih kering, apply one more layer pelembap tu. Faham?

Also nak tekankan di sini, when your skin get enough moisturizer, then kulit kita akan kurang berminyak. Why? This is because kulit akan hasilkan minyak untuk pastikan kulit sentiasa lempab. Tapi kadang-kadang kulit ni produced extra oil yang menybabkan clog pores yang menjadi punca jerawat. So when you have enough moisturizer on your skin, so your skin tak perlu lagi produce banyak minyak yang menjadi punca jerawat. Get it?



Owh, sebelum terlupa. Currently, I'm using another type of moisturizer since I'm realized yang umur semakin lanjut dan terdapat a few sagging and wrinkles on my face *sedih* You know what? You guys should start an anti-aging routine seawal umur 25 tahun. Since umur I dah pun 27, so I tried this product also by Bio Essence called Bird’s Nest Nutri-Collagen & Whitening Cream. Ya ya, tau... Baru jap tadi mention pasal pakai pelempab jenis lotion bukan cream kan? But you know what? This cream tak berminyak pun! I'm quiet surprised! In fact, cream ni sangat sesuai dengan my skin type and it doesn't makes my skin oily at all. Siap ada rasa velvety lagi kat kulit bila pakai pelembap ni.

 I'm planning to tried all skin care from this series tapi mungkin beli sikit-sikit sebab harganya yang agak *ehem* mahal *ehem* Yang cream tu normal price RM70++ untuk 30ml. Tapi haritu Guardian ada sale dan dapat beli dengan harga RM50.  Jimat 20 ringgit tuuuuuuuuuuuu................


FACE SCRUB A.K.A PENYENTAL?

Honestly, aku jarang pakai scrub sebab muka aku agak sensitif tapi kadang kala ketika pusingan hormon tak normal dan jerawat tumbuh merata-rata, aku suka gunakan scrub dari brand St Ives. My favorite is Apricot Scrub For Blemish and Blackhead Control. Aku cuma guna sebulan sekali atau 2 kali itupun kalau rajin...


MASK A.K.A TOPENG

Yang ni pun jarang-jarang pakai. Just rajin pakai masa nak kahwin aritu... thehee.... My favorite brand is from Laneige called Water Sleeping Pack. This product is so so so famous that everybody keep raved about it and aku pun sekali terjebak dengan ini mask. This is actually a mask yang boleh pakai semasa tidur sampai esok pagi baru cuci and texture dia tak macam regular mask, i mean texture dia macam moisturizer biasa je, very light! You guys boleh baca review kat sini. In term of price, memang agak mahal. Tapi sangat berbaloi sebab kuantiti yang sangat banyak dan boleh tahan lama sebab bukannya kita pakai mask hari-hari kan? I bought my first tube at free duty store at LCCT. It is RM124 for two tub which mean RM62 for one tub which normally cost you around RM90 per tub. Murah kan? So kalau ada kawan-kawan nak naik kapal terbang Air Asia, minta diorang belikan kat balai berlepas LCCT. 



PENJAGAAN KHAS

Penjagaan khas di sini bermaksud menggunakan produk khas untuk tujuan khas. In my case, I do have special eye cream tapi special tu bukanlah maksudnya brand yang  mahal sampai kopak wallet. I mean I have specific cream for my eyes or special treatment for my acne. Sort of... Untuk krim mata, aku ada banyak jenis sebenarnya tapi tak sure mana satu yang berkesan. Currently, I'm using Safi Rania Gold. Tapi ada juga brand lain such as Estee Lauder, Garnier and Laneige. Honestly aku tak tau macam mana nak uji keberkesanan produk-produk ni. So far semua brand yang aku guna ni takde la mendatangkan keburukan, cuma tak berapa jelas keberkesanannya. 

So guys, if you have any question berkenaan product yang digunakan, or nak share pendapat sila la komen di bawah post ini. Again, kulit aku takde la cantik sangat tapi aku pernah lalui saat dan ketika di mana kulit aku sangat horrible sampaikan rasa rendah diri dan malu nak berjumpa dengan orang. Sebab tu aku rasa nak share experience dengan korang so kita boleh sama-sama kongsi pendapat.

GOOD LUCK!

Bloggers' Obsession

 Before you guys read this post, please read this post first.

UPDATE : They are actually making a new collection called

MAC BLOGGERS' OBESESSION COLLECTION

 

 OMG OMG OMG! This is soooooooooooo damn cool!


and


I wish I am one of the blogger. T_T



OMG! This is so cool



For those who knows me, diorang tahu yang aku suka pakai makeup jenama MAC. Pernah sekali tu terlintas dalam kepala "macam mana la rupa kilang MAC tu.. Mesti best kan?"


In fact, aku pernah google MAC factory tapi yang keluar laptop / pc MAC. BUT pagi ni aku sangat gembira kerana one of my favorite blogger Temptalia telah post satu artikel mengenai lawatannya ke kilang MAC di Toronto, Kanada. FYI, MAC is originally from Canada not USA. But some of the product was produce in Canada and China but assemble in USA.


So guys, check out this post. Love!


Kena Langgar Dengan Taxi

Pagi tadi masa nak gerak pergi office, my cas was hit by a taxi. Technically I am the one who hit the taxi. Tapi itu laluan aku dan lampu isyarat pun warna hijau menunjukkan itu laluan aku. Tapi taxi tu tetap salah sebab tempat tu tak boleh buat U-turn, and aku bajet dia yang akan mengelak dari aku bukan aku yang kena elak dia. So bercium lah keretaku dah dengan taxi HWC 7626 itu. 


Tapi, apa yang pelik, si driver taxi tu boleh blah begitu sahaja mungkin sedar yang dia bersalah and after realized that my car was okay. And you know what? Si taxi tu sempat ambil passenger lain dan blah. WTF??


Ada yang mencadangkan suruh buat police report, tapi apa yang aku dapat kalau buat report pun? Boleh claim insuran tak? Thanks God my car okay cuma ada kesan cat kereta bergesel dan fender depan lari sikit. Tapi aku perasan pintu taxi tu kemek sikit but the Indian driver tak tengok pun kereta dia tu. What a dush!

Monday, May 30, 2011

Makeup Majlis Bertandang

Tengah browse-browse facebook tiba-tiba ternampak gamba dari butik pengantin masa majlis bertandang minggu lepas. Ala, yang aku kecoh-kecoh pasal mak andam yang super cerewet yang toreh kening aku jadi separuh tu... Cantik pulak gambar selepas makeup, harus la cantik kan untuk menjaga reputation beliau...



For those yang berminat mendapatkan perkhidmatan beliau dengan syarat harusla bersabar dengan kerenah dia yang superb cerewet dan pelbagai terms lain yang dikenakan ke atas pengantin. Itu tak termasuk attitude mak andam yang SUPER DIVA mengalahkan artis. Kalau agak-agak hati tak kuat macam aku ni, baik tak payah. Cari je mak nyah andam lain. Sekian


Pesanan untuk Cik Iss *jika anda membaca post ini* : Boleh tak maniskan muka dengan sedikit senyuman? Bukan susah pun...

Friday, May 27, 2011

Rasa Macam Tak Percaya

Believe it or not, this pictures was taken on 15 May 2010 on my cousin's wedding. The girl who get the flower is ME. Yeah, the fat one...


Ke udara

I got it!! 



Selepas GENAP setahun... Pada 13 May 2011 & 14 May 2011.......



13 May 2011



14 May 2011

I've been through a lot in my relationship and at one point aku hilang harapan untuk berkahwin dengan lelaki yang aku sayang. But trust me, don't stop believing. Berdoa dan bersabar... Allah sentiasa di sisi hambanya yang bersabar....


Wednesday, May 25, 2011

Teaser....

Nak share a few wedding pics from Oh!Chenta. Overall I loveeeeeeeeeeeeeeee their work art. Sangat-sangat memenuhi taste dan kreteria yang ditetapkan oleh aku.Semua gambar-gambar Oh!Chenta mendapat pujian family aku. Sangat senang bekerja dengan mereka sebab husband aku ni kaku sket kalau bab-bab bergambar ni. I je yg flexible posing ala-ala model gitu. Hehehehe... Sebenarnya diorang agak cerewet dengan hasil kerja mereka. Contohnya gambar I pegang tangan dengan hubby kat bawah ni took more than 10 shots nak dapatkan effect yang macam tu. Penat wehh... Dah la berdiri atas batu kalau terpeleot *apakah* habis la berdarah kepala otak I.

Macam dalam studio kan? Padahal seksa berdiri atas batu yang senget-senget tuh

Paling suka gambar ni. Miss you guys!

Suweetttttttt.....

Ramai puji baju ni cantik tapi aku rasa macam gemuk lah! *memang gemuk pon*

Ni pun sukeeeeeeee!!!!

Tembamnye pipi *ouch*

No comment lah...

Tuesday, May 24, 2011

we are two different people from two different world

Tajuk di atas ditujukan untuk aku dan suami tersayang.. Sejak duduk di rumah mertua selama tiga hari, aku banyak sedar betapa bezanya kehidupan sebenar aku dan Encik Suami. Kami berdua pun basicly came from different background dan cuma ada beberapa persamaan but I guessed that's what makes us a great couple.

First of all,kami sendiri mempunyai sifat/perangai yang berbeza. Aku seorang yang agak perfectionist, moody, boros, bossy, tak penyabar, temper,sombong dan jarang cemburu buta. While my hubby pula seorang yang penyabar, very positive, pengemas, peramah, senang didekati tapi kuat cemburu. Korang nampak kan perangai aku sangat kontra dengan perangai laki aku but that complete each other. Kalau dua-dua sombong, dua-dua kepala angin memang huru-hara la kami dibuatnya.

Selain tu, his mother is full time housewives while my mum is a Goverment Servant yang baru je pencen hujung bulan Februari haritu. Seronok kan ada mak setiap masa ada di rumah dan memenuhi setiap kehendak kita? But I see pros and cons such as bila emak bekerja, anak-anak banyak berdikari lain bezanya dengan emak yang duduk di rumah yang akan menyediakan semua keperluan anak tanpa disedari anak itu kurang berdikari. Ya, suami saya yang umurnya sudah 29 tahun tidak pandai memasak, mencuci dan mengemas kerana semuanya dibuat oleh ibunda kesayangan. Tapi apa yang berbeza ialah, hubungan mereka sangat rapat seperti tiada rahsia antara mereka. It is totally different with me which I like to keep things secret from my mum. I always took charge on everything sebab dah terbiasa duduk seorangan di asrama tanpa bantuan family.

Our lifestyle juga berbeza. Family suami tersangatlah bersederhana di dalam semua aspek terutama bab-bab kewangan. I have to admit, perkara ini mungkin disebabkan MIL tidak bekerja dan FIL bekerja sebagai seorang kakitangan kerajaan di LHDN Klang. Jarang sekali melihat mereka makan makanan mewah seperti seafood etc. In fact, perbelanjaan kahwin kami di Klang most probably 70% husband yang tanggung. The rest baru family dia yang sponsor.Berbeza dengan family aku, majlis perkahwinan aku fully sponsor oleh parent aku except for pelamin and hantaran. Aku sendiri nak bayar sebab aku nak ikut taste aku. Kalau parent yang bayar of course la ikut taste parent. Tak gitu?

Selain daripada itu, my MIL juga seorang very typical melayu type. She is originally from Negeri Sembilan and you knowwwwww......... hihihi. Walaupun my MIL ni duduk kat bandar, tapi she is basicly very ery kampung style emak-emak *you know what I mean* Dia jarang keluar rumah, jarang di ajak berjalan-jalan, kurang minat shopping-shopping, suka duduk kat rumah je. While my mum pula walaupun duduk di kampung, tapi beliau agak modern. Bukanlah modern yang jenis shopping setiap hari, gossip dengan datin-datin. Noooooo... not that type. But my mum agak mudah menerima arus kemodenan anak-anaknya. And you know whattttt??? My mum dah pandai main Angry Bird kat iPad!!!! Now she realized why Iman and all of us addicted to Angry Birds. And then kalau kami ajak gi shopping, my mum ikut je, kalau ajak jalan-jalan, dia pun jalan la, kalau ajak lepak kat mamak, maka berlepak-lepaklah kami semua di kedai mamak. Senang cerita dia ikut je flow anak-anak asalkan tak menyusahkan beliau. Itu sahaja....

Walaupun my MIL is ery typical Malay type, tapi beliau agak sporting bila anak-anak berkawan dengan mana-mana lelaki/perempuan. Tak kisah kalau anak-anak bawa boyfriend/girlfriend datang rumah untuk berkenal-kenalan. While my mum pula sangat strict sangat especially bab-bab berkawan ni. I remember there is one time I was 17 and I was scolded by my mum when I have a boyfriend and  get caught bergayut kat telefon tengah-tengah malam. Hahahaha! 

Selain dari tu, aku juga banyak belajar dari kehidupan yang serba serbi sederhana. Hidup tanpa bibik dan harus buat segalanya sendiri. Aku mengaku yang aku jadi malas bila ada bibik. Kadang kala pinggan lepas makan pun letak je kat sink. Aku jarang basuh pinggan yang melonggok-longgok kat sink sebab dah tau bibik akan cuci dan aku jarang mengemas, cuci baju, gosok baju sebab - Bibik yang buat. Tapi di rumah MIL, aku kena buat semua tu. Memang kekok tiba-tiba kene cuci pinggan banyak-banyak, kena cuci baju sendiri, kena mengemas. Sangat-sangat kekok tapi itu la yang aku kena buat sebab tak ada bibik di rumah MIL *unless aku yg hired lah* and takkan lah aku nak biarkan semuanya MIL yang buat. Apa guna ada menantu yang comel dan ayu ni kalau tidak berfungsi. Tak gitu Encik Suami? Eheh...

Between all the differences, there is one part yang menyamakan kami berdua which is our dad. My dad and my FIL both jenis yang very open minded and sporting. They both have same hobby which is fishing cuma belum ada kesempatan memancing bersama. But my husband always said that my FIL macam segan-segan dengan my dad. For me since we both married already, so takda apa yang nak disegankan. My dad is very friendly and very open minded. So lepas ni boleh la pergi memancing bersama-sama! I also lucky to have very good sister and brother-in law. My sisters-in-law is sangat peramah dan baik yang masa aku belum aku kahwin aku dah anggap diorang macam adik aku sendiri.


Hopefully aku akan belajar banyak dari kehidupan yang berbeza selepas ini. Harap-harap aku dapat cope to each other and dapat spend time dengan in law's family so that aku faham macam mana kehidupan meraka yang serba serbi sederhana supaya aku pun dapat belajar bersederhana. Bukan kah Islam itu mengajar umatnya untuk bersederhana? Chewahhh... So guys, wish me luck!

Bye....

Semuanya telah selesai

Syukur alhamdulillah.... Semua majlis telah selesai dan berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat bumber sini dan sana tapi syukur dapat dihadapi dengan tak berapa tenang. Walaupun kadangkala mengalir air mata, sesak di dada namun masih ada suami di sisi yang sentiasa menenangkan hati si isteri ni.. Chewahhhhh! *ayat poyo je!*

Ok ok... enough berjiwang-jiwang, sekarang back to real life. Semalam adalah hari terakhir aku bercuti bersama suami dan pagi ni terpaksa meninggalkan suami dan back to real life which is kerja kerja dan kerja. FYI, kami masih belum berjumpa dengan rumah idaman hati sebab kami sedang berkira-kira untuk membeli rumah disebabkan kadar sewa yang agak tinggi dan tidak berpatutan. So ada sesiapa di sini yang tahu tentang Skim Rumah Pertamaku? Yang aku tahu syarat-syaratnya adalah pendapatan kurang RM3000, umur bawah 35 tahun dan harga rumah tidak melebihi RM200,000. Tapi kalau dah cukup semua syarat-syarat tu, macam mana pulak prosesnya? Kena register dulu ke untuk dapatkan skim tu? Camne erk?

Now, nak cerita pengalaman duduk di rumah mertua pula... Sebenarnya aku dah lama berkenal-kenalan dengan keluarga mertua since kami dah bercinta lama kan (5 tahun) so dah banyak kali datang dan berjumpa dengan family suami. Tapi bila dah kahwin masih lagi rasa kekok yang amat sangat. Suami asyik bagi signal - tolong mak masak, tolong basuh baju, jangan terperap dalam bilik, jangan itu jangan ini.. Semua benda nak tunggu arahan husband macam tak reti nak buat sendiri. Haihhh.... Susah la. Pagi ni masuk ke office dan bercerita kepada rakan-rakan office dan mereka memaklumkan bahawa ianya adalah normal. Soon or later benda tu akan jadi biasa especially bila dah ada anak... Fuhhh... lega rasanya. Tapi aku harus berusaha untuk tackle hati mertua bukanlah bertujuan nak bodek whatsoever, but i think it's a must untuk mengekalkan hubungan baik antara anak menantu dan mertua. Tak gitu? Eceh....

Btw, have you seen my Facebook profile? My photographer team - Oh!Chenta's blog & Oh!Chenta FB sudahpun meng-upload beberapa keping gamba majlis for both side. I am adore their work art. Memang tak rugi hired diorang ni. Dulu masa mula-mula book harga package diorang agak berpatutan but now harga dah lain since demand dah bertambah *bese la tu....* Menurut En. Bob package yang kitorang ambil dah mencecah RM3k++ sedangkan tahun lepas kami book harga tak cecah pun RM2500 untuk 3 event. In fact, untuk majlis sebelah lelaki, aku tak buat pun outdoor sebab nak cut cost kononnya. Tapi entah macam mana masa nak selesai majlis, tiba-tiba En.Bob bertanyakan soalan ni :-

Bob : Zura nak outdoor tak?
Aku : Nak tu memang la nak, tapi kitorang kan bayar untuk pekej yang takde outdoor..
Bob : Ala, takpe la, lebih kurang jer....
Aku : *dengan nada girang* BOLEH!! Pukul berapa nak outdoor? Kat mana?
Bob : Kat Bandar Botanic sebelah Jusco tu dalam pas Asar la... Redup sikit. 
Aku : *dengan nada girang lagi* Ok2! Set! 
Bob : Oklah, ktorang gerak situ dulu nanti jumpa kat sane

Lalu aku pun berlari-lari mendapatkan sang suami yang sibuk melayan tetamu dan mengkhabarkan khabar berita itu dan terpancarlah wajah kegembiraan sang suami. Hahahahaha! *ayat poyo lagi* Syukur, rezki datang lagi. FYI, basic package yang aku ambil mula-mula ialah RM1500 untuk 2 event nikah dan sanding dan tiada additional cost walaupun majlis dibuat pada hari yang berlainan. Pekej ini termasuk 2 story book dan others additional items such as free outdoor service. Untuk majlis sebelah lelaki aku cuma tambah RM700 untuk cover 1 event - bertandang without outdoor. Untuk tambah outdoor, kami sepatutnya kena tambah RM300 tapi En. Bob dah bagi free!!!! Yeay!! Syukur alhamdulillah...

Tapi disebalik kegembiraan itu, ada rasa marah melekat dalam hati ni. Marah pada siapa? Marah pada mak andam majlis sebelah lelaki. Diakui baju pada majlis bertandang mendapat pujian saudara mara dan rakan-rakan, tapi disebalik itu hanya kami suami isteri yang merasakan peritnya. Dari awal lagi dah ada masalah dengan mak andam yang satu nih sampai la sudah majlis tak sudah lagi. Cerewet yang tersangatlah melampau... Naik pening dibuatnya... Dah la kami kena sain agreement, dah tu kalau lambat pulangkan baju kena bayar penalty. Ingat ni main bola sepak ke apa? Dan apa yang membuatkan aku rasa nak pitam ialah bila aku tersedar yang mak andam itu sudah toreh kening aku jadi separuh kontot! Bukan separuh nipis, tapi kontot! Aku memang tak sedar sebab dah touch up dengan makeup kan, mana la sedar. Aku sedar pun masa tengah cuci makeup sebelum nak mandi untuk solat maghrib. Ce**** punya mak nyah! Senyap-senyap je ko yer... Patut kalau ada error ke apa ke bagitau la, ni tak senyap je! Geram mak!


Malam yang sepatutnya kami pulangkan baju tu kami ada hal. Bila mak andam dok sibuk ding dong ding dong pasal baju kami pun berkejar balik rumah pulangkan baju bagai. Yang aku ni dah pening nak naik pitam memikirkan benda ni. Dah la kami penat, balik outdoor photoshoot je dah maghrib. Mandi-mandi, solat-solat baru plan nak keluar makan tapi mak andam dah bising-bising. Perut dah lapar minta diisi. Dengan nak ke Pandamaran ada hal lagi tak settle... Separuh pitam aku dibuatnya. Kesian husband yang berkejar ke Pandamaran, balik rumah pulangkan baju. Bila nak keluar makan mak andam ding dong lagi ada barang tercicir. Aku ni dah tak larat nak layan, aku terbaring je dalam bilik separuh pitam. Sampaikan nak keluar makan pun husband tolong pegang sebab jalan dah terhoyong hayang dah nak tumbang.

Between all the chaotic I am still great full to have an understanding and patient husband yang melayan semua kehendak dan kerenah aku buat sekian kalinya. Syukur alhamdulillah.... Kadang kala terfikir juga andai kata satu hari Allah tarik nikmat ni dan tiba-tiba hubby tak layan kerenah aku apa agaknya yang aku nak buat? *speachless*

So, oklah... Kena start buat kerja since dah cuti lama sangat. Thanks for all friends and relatives yang datang to my wedding and bagi support yang tidak terhingga.   Moga tuhan sahaja yang menbalas jasa kalian.... 



Thursday, May 19, 2011

Life After Married...

Chewahhh... Kahwin tak sampai seminggu dah nak cerita pasal life after married ye. Poyo sungguh! Oklah, since ramai kawan-kawan dan sepupu sepapat yang bertanyakan tentang hal ini let me list down a few things yang berubah setelah bergelar isteri orang.

1) Rasa pelik tiba-tiba ada orang lelaki dalam bilik ketika hendak menukar baju. Malu siotttt!

2) Rasa tak selesa bila selalunya tidur seorangan tapi sekarang ada orang kat sebelah berdengkur mengalahkan aku!

3) Kena sediakan makan dan minum untuk suami padahal sebelum ni makan minum semua mak yang sediakan. *tetttt!*

4) Kena ikut cakap suami padahal sebelum ni kuat melawan. *berdosa tahu!*

5) Keluar rumah kena minta izin suami. Sebelum berkahwin dah praktikkan benda ni tapi selalunya terlupa dan keluar begitu sahaja tanpa memberitahu encik Tunang *pada ketika itu*

6) Solat berjemaah bersama suami. Selalunya berjemaah dengan parent tapi sekarang berjemaah dengan suami pula.

7) Ini part Encik Suami pula ye. Selalunya beliau agak liat bangun subuh tapi sekarang tidak lagi! *alhamdulillah...*

8) Kena extra rajin sebab Encik Suami tersangatlah rajin mengemas rumah mengalahkan tuan rumah. Malu beb kite yang perempuan ni duduk terkangkang depan TV while Encik Suami mengemas periuk belanga selepas kenduri tanpa henti.

9) Baru faham kenapa orang lepas kahwin gemuk sebab bila hati gembira, makan pun banyak.

10) My parent no longer asked me to do this do that sebab dah tau my main priority is my husband.

Kesimpulannya dari perkahwinan yang mencecah 6 hari (pada 19 May 2011) saya tersangatlah bahagia. Esok sambung cuti untuk majlis bertandang di Klang sampai hari Isnin. Macam mana lah perasaan tinggal di rumah mertua nanti. Mesti kekok gila.. Haa... nanti nak sambung entry pasal kehidupan di rumah mertua pula... Ok tak? 

Suka la gambar ni. Credit to Cik Zool!

Wednesday, May 18, 2011

Back To Work *yawn*

Syukur alhamdulillah... Majlis pihak perempuan dah selesai. Syukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekecewaan pada pengantin *sila rujuk previous post* 

So harini dah memulakan tugas bekerja seperti biasa. Plan asal nak balik KL semalam. Tapi mak aku tak bagi balik and suruh kami suami isteri melawat saudara mara di kampung mak aku kat Bagan Datoh Perak. So terpaksa la membatalkan hasrat tersebut dan pulang ke KL pagi ini. First time hubby drive dari Sg Besar dan hantar ke KL... Hihihihi... Rasa macam Maam besar je..

Sampai-sampai office macam biasalah kena sakat dengan kawan-kawan. Itu aku dah bersedia dari awal sebab dah tau dah mesti jadi bahan punya lah! I think semua orang akan lalui fasa itu dan senyum jela... Kalau korang pandai jawab, korang jawab la habis-habis sampai terdiam mulut diorang tu. Tapi dalam case aku, aku hanya mampu diam dan senyum je sebab hubby dah pesan jangan cerita hal dalam bilik tidur dekat orang... Tak baik...

Oklah, nak balik dah ni.. Next time aku sambung post tentang kehidupan selepas berkahwin or maybe post tentang gambar semasa majlis tu nanti. I will decide soon.. Take care guys...


Thursday, May 12, 2011

Kenapa lah....

It's less than 24 hours before I become someone else's wife. But for some reason I'm having major breakdown... Bangun pagi tengok hand phone and ada 11 facebook notification. Setelah diamati rupanya it's a conversation between cousins. And I am devastated selepas find out ramai cousins tak dapat attend masa majlis nikah nanti. Hati tiba-tiba sebak, bergenang air mata.... Sedih...

My own sister can't attend on my solemnization sebab ada field trip wajib ke Pahang which I can accept. But what I can't accept is some cousins yang tak boleh datang dengan sebab yang tak munasabah. Look, kami sepupu-sepupu dah rapat sangat macam adik beradik. Ok, let me give some examples :

1) Along - Tak boleh datang sebab mak mertua nak datang rumah malam ni. Cmon Nas, you know that ur wife have to attend this ceremony kenapa tak suruh je mak you datang next week? Cmon la!!

2) Ida - Dah apply cuti on Friday but still tak boleh datang atas alasan husband kerja and tak boleh bawak dua kereta sebab pas kenduri nak balik Melaka. Kenapa la time aku nak kawen baru sebok nak balik umah mertua? 

3) Amy - Ini lagi tak boleh terima. Alasan - susah nak dapat cuti. This is FUCKING ANNOYING!

Seriously aku  menangis... Even sampai sekarang pun aku rasa nak menangis. Why don't you guys  make effort to be here with me share the moment. It's a ONCE IN A LIFETIME... Bukan selalu pun aku kawen... You guys know what I've been through but why none of you understand that this is huge moment for me. I didn't asked you guys to come and buat kerja. Just came and enjoy the moment that's all I asked for! As simple as that.... Memang la korang cakap korang akan datang masa sanding tapi tak sama... Masa nikah tu je kita nak gelak-gelak, share the moment sebab masa majlis bersanding, I'll be in my own world.. Layan tetamu, layan kawan-kawan, photoshoot etc2.... Masa tu aku dah takde masa nak layan korang. Ni jela masa yang ada untuk bergelak ketawa sebelum aku jadi milik orang. 

As you guys see, I'll try to make effort on each every one of you when you get married. Sesibuk mana pun, aku akan cuba ambil cuti, datang at least one day before the big event. I came to your nikah ceremony, apatah lagi sanding. Never missed each and everyone of you because we're family! It is a responsible to attend all family gathering because we're family.

:'(

Tuesday, May 10, 2011

Hari Last Bekerja

Yeah or nay? Hari ni hari last bekerja. Esok bersedia untuk bekerja keras di rumah.. Esok juga nak pakai inai setelah lebih 20 tahun tak pakai inai di jari. For those who knows me, diorang tau yang I tak suka pakai inai walaupun inai ukir-ukir sekalipun. I know it's sunnah tapi kenapa entah tak suka and this time dah tak boleh nak elak sebab it's a tradition untuk pakai inai semasa kahwin *sigh*

Alhamdulillah juga sebab harini hampir semua kerja dah selesai. Syukur Allah permudahkan segala-galanya... Walaupun sekejap tadi kena jerit dengan si Una "Kenapa ko tak balik lagi??????" I tetap maintain tenang okayyy.. Hahahahah.... Padahal dalam hati tengah cuak macam tak percaya yang ini adalah majlis perkahwinan aku. Believe it or not, I haven't go to spa or sauna anything yet. NO AT ALL.. I really really REALLY have no time sebab masa yang ada cuma dihabiskan bekerja di office ataupun dalam kereta semasa perjalanan balik ke kampung. 


Ok, let me tell you something. Harini hati tiba-tiba rasa berdebar sangat-sangat. Selalunya takde pun perasaan macam ni. Most of the cuak feeling because of the akad. Risau sangat if fiance tergagap-gagap, kena soal tiba-tiba kaku.. OMG I can't imagine that. *takuttttttttttttt!* Tapi dalam hati cuba memujuk "ala, seminit je akad tu... takde apa nak dirisaukan" Ya Allah, kurniakanlah kesabaran dan ketenangan dalam hatiku ini...


And owh, there is another thing. I think I'm about to get my period any time from now. I'm having PMS such as jerawat everywhere *ohemgee* sore kat breast *oppsss...* and sakit pinggang. Thanks God I'm wearing Premium Beautiful so ada la support kat tulang belakang tu. Tapi kawan-kawan kat office mengusik "abis la laki ko...melepas la dia.." Hahahahaha... I didn't know marriage is about 'that' thing only. But I kinda glad if my period come during 'first night' so that tak perlu gelabah what to do on that night. Boleh ke camtu? Hahahahah.....


So oklah, I'm about to pack up my things and balik rumah to pack some more. Owh, I just remember that I haven't finish doing my chocholate for my friends. Ok, off now.. Wish me luck! Mohon semua mendoakan kebahagian me and my future husband dan mohon supaya majlis berjalan lancar. Amin Ya Rabbal Aalamin

Bye

Thursday, May 5, 2011

Congratulation Along & Nas...

Last week kami sekeluarga berkampung di Sri Manjung Perak kerana perkahwinan sepupu kesayangan hamba Norazreen Syafeena mahu berkahwin dengan Encik Nasree. It such a beatiful wedding and my Paksu really did a great job walaupun ini adalah  majlis perkahwinan anak pertama beliau. Kami sekeluarga tahu yang Paksu ialah seorang perfectionist dan sangat protokol. That's why beliau berjaya membuat  majlis yang gilang gemilang terbilang *lebih-lebih pulak* Believe it or not, Paksu spent RM100k for this wedding (0_0). Mungkin bagi sesetengah orang cakap "ala, baru 100k, anak aku kawen kat hotel abis 200k..." But for us untuk majlis yang diadakan di rumah dengan khemah sebanyak 16 unit itu adalah majlis yang agak grand. Sesuailah dengan status Paksu sebagai seorang chairman syarikat miliknya sendiri. But what I like about this wedding is, Paksu tak kedekut dengan makanan yang dihidangkan. Dengan lauk pauk yang sedap, ada side dish contohnya air gaban. Air gaban ni agak famous di Manjung sebab diorang ni jual air buah 'ori' bukan cordial. Contohnya jus carrot, jus honeydew, dan jus kedondong is purely made with real fruits. Seriously sedap sangat sampaikan air sirap yang disediakan pihak caterer tak dilayan...hihihihih...


Beside that, ada chocolate muffin yang teramatlah sedap siap seludup masuk henbeg makan sekali telan jer. Ada popia basah pun yang sangat-sangat sedap disamping kuih-kuih traditional yang sedapppppp.... Pendek cerita semua sedap. Nak dijadikan cerita sedang sibuk-sibuk layan tetamu, kami terlupa nak makan main dish. Mula-mula nampak ayam masak merah nampak lazat sangat. Tapi bila dah busy lupa nak makan sampai la lauk ayam masak merah tu habis. Tapi kami tak menyesal sebab lepas tu pihak caterer keluarkan pulak ayam goreng rempah yang sungguh delicious dan marvelous. Selesai je majlis kami pun beramai-ramai melantak ayam goreng rempah tersebut... Sungguh yummy....

Ok, abis cerita makan, mari layan gambar pengantin pulak. Sori susunan tunggang langgang sebab gambar-gambar ini dicilok dari FB sepupu sepapat.

Pengatin with parent

The camwhorer cousin

Pengantin potong cake mahal tapi tak berapa sedap

Selesai ijab qabul. Alhamdulillah...

Again, the camwhorer cousins

More camwhorer cousins

More camwhorer cousins

Mereka berada di jalan yang lurus