Monday, September 24, 2012

Sista E-Day


This will be  the last entry about my sister's engagement ceremony.. FYI, bakal adik ipar lelaki pertama aku ni orang Balik Pulau. Selama ni asyik terima akak ipar je, kali ni terima adik ipar lelaki pulak. Pasni balik kampung kena bertudung la sentiasa. *pasti gembira encik suami*

Kita buat cerita bergambar jela ye.. Takde idea nak karang story mory panjang berjela.  Gambar yang ada ni pun sebahagian je. Kalau nak hapload semua memang pengsan la....

Ini lah dia pelamin yang book pakai phone je tuh. Tak tengok design pun, nasib baik cantik *fuhhh*


Sebelum menjadi tunangan orang

Si penyambut tetamu. Kebetulan pulak semuanya berbaju biru. Bak kata Kak Ati "sehati sejawa"

Orang belah sana sampai dengan 10 biji kereta

Baju biru tu emak pengantin lelaki

Tu dia pakcik songkok kemain tinggi naaa



Menyusun hantaran dari pihak lelaki


Hantaran dari pihak perempuan

Buat pengetahuan semua, tradisi keluarga kami hantaran persalinan serba satu dihantar pada majlis bertunang supaya pada majlis nikah nanti takde la kelam kabut sibuukan hantaran banyak-banyak. Hanya perlu bawa yang wajib sahaja seperti mas kahwin dan barang kemas untuk batal air sembahyang.



Gabungan kedua-dua belah hantaran


Baju biru tu bapak saye. Kami macam dah pakat pakai baju biru padahal takde pun. Sehati sejawa katakan


Sesi perbincangan, wakil dari belah sana


Selesai perbincangan, bacaan doa selamat. *ke tido bapak aku tu?*



Cincin tanda yang hilang seketul batu selepas habis majlis *kena mintak duit hantaran lebih nih!*

Future mother-in-law
Sesi cam whoring bersama sepupu

Sepupu yang masih single yang berangan nak kawin

Ini bukan si tunang. Ini pun sepupu yang dah berangan, al maklumlah majlis dia hujung tahun ni.

Sepupu yang merangkap adik susuan kami

Tangan tu over, so mami jarum

Our baby sister

Ini la dia Mr F. Malu-malu konon.. Tengok tu gelabah sampai ketibas *ketiak+basah*
Last but not least, Rayyan dan mama Kuyat sedondon berbaju biru *sehati sejawa*

Jika tiada aral melintang, majlis nikah akan diadakan pada bulan 3 tahun hadapan. Semoga dipermudahkan semua urusan sebab bukan senang nak buat majlis kahwin ni. Banyak sangat drama... Kan??

Wish us the best!


0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment