Tak, tak... Bukan aku yang pergi Austria.
Aku nak cerita pasal sorang kawan aku ni. Diorang ni husband and wife, eh dua-dua pun kawan aku sebab dua-dua pun kawan satu faculty mase kat UKM dulu. Si wife - Aida, si husband - Lim. Lim sekarang kerja kat KPJ, tapi bukan sebagai doctor, tapi sebagai software engineer. *eh yeke? tapi lebih kurang macam tu la*
So sekarang ni Lim dihantar ke Austria untuk training. Lalu bawak la anak isteri ke sane. Untuk mengisi masa lapang Aida pun buat la blog mengisahkan kehidupan diorang kat sana. *hahahaha...pandai-pandai je aku buat cerita. Mampus kalau Aida baca blog aku nih*
Tapi point aku kat sini ialah, best sangat baca cerita diorang kat sana. Lifestyle orang-orang kat sana yang pada aku totally different dengan Malaysia. Kan bagus kalau Malaysia ada budaya macam orang-orang kat sana.
Kalau nak tau apa yang best tentang Austria, sila baca blog beliau.
P/s : Danial comel sangat. Geram.. Bila la nak jumpa dengan Rayyan nih?
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment