Ehehe...ini post untuk diri sendiri
Pada 25 Ogos 2012 genaplah umur aku 28 tahun. Ye, sudah tua.. Anak baru ada satu sebab kahwin lambat. Tanak salahkan sapa-sapa sebab jodoh pertemuan di tangan tuhan.. Ecehhhh..
So sempenah menyambut hari tua yang ke 28 husband belanja makan. Actually tak harap apa-apa pun dari hubby tapi kalau ada special gift memang dialu-alukan. Hehehe... Dinner pun takde la tempat yang fancy-fancy. Itupun dah lepas trikh 25 Ogos baru nak belanja makan Mana la nak cari tempat makan fancy kat Klang ni. Paling-paling pun Windmill tapi pada hari tersebut tekak tidak la berkenan mahu makan western sebab lapo nasik. Last-last kami pilih Manhattan Fish Market. Sebenarnya tempat ni memang favorite kami berdua especially masa aku pregnant. Tapi sejak dah ada anak ni tak pernah jejak kaki ke sini lagi dah.
Kali ni pergi ke Manhattan Fish Market nampak banyak perubahan pada menu. In fact sekarang dah ada meal set yang termasuk dengan caesar salad, mushroom soup and also drinks. Tapi air tu technically takde la free, tapi buy 1 free 1. Not bad lah kan.. Mari kita cuci mata
For starter disediakan mushroom soup dan caesar salad. Dua-dua sedap especially mushroom soup tu. Terasa sebijik-sebijik chopped onion dengan mushroom dalam sup tuh. Takde la bleh cam sup pizza hut. Terasa lemak berkrim disukai ramai.
sedap sangat. Tak cukup semangkuk |
Ini sangat refreshing. Dressing juga sangat sedap tak macam instant thousand island |
Untuk main dish, kami pilih grill gala platter. Selalunya ambik set yang flaming tu, kali ni nak try yang lain. Sebenarnya tak banyak beza pun.
Sedapppp |
Last but not least drinks. Ceh, patut cerita masa awal tadi, ni dah last baru nak cerita. Yang ni buy 1 free 1. Tapi yang free tu untuk drinks yang harga RM9.50 ke bawah.
Mine - Blue Lagoon |
Hubby's fav - Oreo Kaboom! |
Hahaha... nama kalau tak poyo memang tak sah. Nasib baik semuanya sedap tahap kebaboom..
In the mean time mari layan aksi Rayyan pada hari tersebut. Nampak kan betapa lasaknya dia sekarang. Tu baru 5 bulan, belum 5 tahun. Tsk tsk.. And owh, happy five month old sayang. Semalam seharian meragam selepas amik vaccine. Sakit kot gamaknya...
Kena peluk kuat-kuat tanak duduk diam |
Nak naik atas meja pulakkk |
Nak lari la tu! |
Dapat pun snap, tapi muke aku plak selebet |
Muke aku selebet selepas seharian beraya kat Sg Buloh.
Ok bai..
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment