Friday, September 28, 2012

Mari Memasak : Spicy Seafood Aglio Olio


Ehem2... sekarang rajin masak semenjak-menjak dah pandai beli barang basah kat pasar Chow Kit. Murah giler kau... Menyesal aku berabis duit beratus-ratus kat Careefour ngan Jusco. Pasni tanak dah beli barang basah kat sane. 

Jom kita share resipi, ampun gambar tak cantik dan mungkin nampak tak menyelerakan. Tapi percayalah rasanya sangat lah sedap. Resipi ni menggunakan banyak sangat garlic so jangan terkejut. Kalau korang tak caya korang google resipi mat salleh / orang italy. Tapi rasa garlic  ni la yang menyedapkan resipi ni.




Bahan-bahan :

1/4 peket spaghetti. *kuantiti ikut suke*
7 biji bawang putih dicincang *lebihkan bawang kalau guna banyak spaghetti*
1/2 biji yellow onion dicincang  *kalau nak lebih pun boleh*
Udang *ikut suke*
Sotong *ikut suke*
Cili capsicum *sayur pun ikut suke apa nak letak*
Chili flakes *kalau takde pakai cili padi pon boleh. Kalau tanak letak pun takpe*
Seasoning powder *pasti sedap / secukup rasa/ pak aji/ kiub ayam*
Garam
Olive oil untuk menumis
Mixed herbs *oregano + thyme*


Cara-cara :

1. Didihkan air dalam periuk, rebus spaghetti sampai lembut
2. Panaskan kuali, masukkan olive oil
3. Tumis garlic, yellow onion sampai separa garing. Jangan sampai hangus okey...
4. Masukkan udang, sotong, dan cili capsicum
5. Masukkan bahan seasoning - garam, serbuk perasa, chili flakes & mixed herbs
6. Masukkan spaghetti yang dah direbus, masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi tu dalam 3-4 sudu.
7. Kacau rata-rata, tutup api, hidang
8. Dah boleh makan


Senang tak? Senang kannnnnnnnnn.... Tapi dalam pada masa senang-senang tu step no 1 tu yang aku paling malas. Takde ke orang jual fresh spaghetti? Paling-paling pun celur je dalam air panas. Kan senang!

Selamat mencuba... *terliur lagi nih*


Thursday, September 27, 2012

Klagenfurt, Austria


Tak, tak... Bukan aku yang pergi Austria.

Aku nak cerita pasal sorang kawan aku ni. Diorang ni husband and wife, eh dua-dua pun kawan aku sebab dua-dua pun kawan satu faculty mase kat UKM dulu. Si wife - Aida, si husband - Lim. Lim sekarang kerja kat KPJ, tapi bukan sebagai doctor, tapi sebagai software engineer. *eh yeke? tapi lebih kurang macam tu la*

So sekarang ni Lim dihantar ke Austria untuk training. Lalu bawak la anak isteri ke sane. Untuk mengisi masa lapang Aida pun buat la blog mengisahkan kehidupan diorang kat sana. *hahahaha...pandai-pandai je aku buat cerita. Mampus kalau Aida baca blog aku nih* 

Tapi point aku kat sini ialah, best sangat baca cerita diorang kat sana. Lifestyle orang-orang kat sana yang pada aku totally different dengan Malaysia. Kan bagus kalau Malaysia ada budaya macam orang-orang kat sana. 

Kalau nak tau apa yang best tentang Austria, sila baca blog beliau.



P/s :  Danial comel sangat. Geram.. Bila la nak jumpa dengan Rayyan nih?


Tuesday, September 25, 2012

Distance


Owh, lagu ni takde kene mengena dengan hidup aku sekarang. Janga buat spekulasi okay *bajet cam retis*... Just suke sangat lagu ni so nak copy paste dalam blog supaya lepas ni senang nak tengok lyric. Keh3..




"Distance"

The sun is filling up the room
And I can hear you dreaming
Do you feel the way I do right now?
I wish we would just give up
Cause the best part is falling
Call it anything but love

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And please don't stand so close to me
I'm having trouble breathing
I'm afraid of what you'll see right now
I give you everything I am
All my broken heart beats
Until I know you understand

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And I keep waiting
For you to take me
You keep waiting
To save what we have

So I'll make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

Make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long til we call this love, love, love? 


Monday, September 24, 2012

Sista E-Day


This will be  the last entry about my sister's engagement ceremony.. FYI, bakal adik ipar lelaki pertama aku ni orang Balik Pulau. Selama ni asyik terima akak ipar je, kali ni terima adik ipar lelaki pulak. Pasni balik kampung kena bertudung la sentiasa. *pasti gembira encik suami*

Kita buat cerita bergambar jela ye.. Takde idea nak karang story mory panjang berjela.  Gambar yang ada ni pun sebahagian je. Kalau nak hapload semua memang pengsan la....

Ini lah dia pelamin yang book pakai phone je tuh. Tak tengok design pun, nasib baik cantik *fuhhh*


Sebelum menjadi tunangan orang

Si penyambut tetamu. Kebetulan pulak semuanya berbaju biru. Bak kata Kak Ati "sehati sejawa"

Orang belah sana sampai dengan 10 biji kereta

Baju biru tu emak pengantin lelaki

Tu dia pakcik songkok kemain tinggi naaa



Menyusun hantaran dari pihak lelaki


Hantaran dari pihak perempuan

Buat pengetahuan semua, tradisi keluarga kami hantaran persalinan serba satu dihantar pada majlis bertunang supaya pada majlis nikah nanti takde la kelam kabut sibuukan hantaran banyak-banyak. Hanya perlu bawa yang wajib sahaja seperti mas kahwin dan barang kemas untuk batal air sembahyang.



Gabungan kedua-dua belah hantaran


Baju biru tu bapak saye. Kami macam dah pakat pakai baju biru padahal takde pun. Sehati sejawa katakan


Sesi perbincangan, wakil dari belah sana


Selesai perbincangan, bacaan doa selamat. *ke tido bapak aku tu?*



Cincin tanda yang hilang seketul batu selepas habis majlis *kena mintak duit hantaran lebih nih!*

Future mother-in-law
Sesi cam whoring bersama sepupu

Sepupu yang masih single yang berangan nak kawin

Ini bukan si tunang. Ini pun sepupu yang dah berangan, al maklumlah majlis dia hujung tahun ni.

Sepupu yang merangkap adik susuan kami

Tangan tu over, so mami jarum

Our baby sister

Ini la dia Mr F. Malu-malu konon.. Tengok tu gelabah sampai ketibas *ketiak+basah*
Last but not least, Rayyan dan mama Kuyat sedondon berbaju biru *sehati sejawa*

Jika tiada aral melintang, majlis nikah akan diadakan pada bulan 3 tahun hadapan. Semoga dipermudahkan semua urusan sebab bukan senang nak buat majlis kahwin ni. Banyak sangat drama... Kan??

Wish us the best!


Friday, September 21, 2012

New Avent Natural Bottle Range


Avent dah keluar set botol dengan design terbaru. Sapa dah tengok? Ala-ala Tomme Tippe, sangat-sangat la cute.

Rasa macam nak beli tapi tak pasti keberkesanan. Cari jugak review tapi mostly review from overseas la. Yang mesia punya belum ada lagi.

Kat LittleKids pun dah ada jual. Baru je nak tanya kat FB page dia bila nak keluar tup-tup harini diorang dah update and everything is on store. In fact harga pun better than kat kedai dengan online store yang lain. Tu belum masuk discount code lagi. Bertambah-tambah la murah.

Takpela, kita tunggu sikit hari lagi kot-kot ada orang bagi review pasal botol ni. Nak tau juga best ke idak. Sekarang ni Rayyan ada macam nipple confused sikit. Kadang-kadang tak nak direct feeding, nak bottle feed je. Seronok kot pegang botol. Lagi pun kalau minum susu pakai botol takyah bersusah payah latch properly. Tang itu yang sedih maknye.... 

Tu la penangan teat MAM. Dulu dah baca review tentang keburukan teat MAM ni tapi tak nak percaya. Memang diakui baby memang suka teat MAM tapi tula senang pulak kena nipple confused. Sekali kena kat batang hidung sendiri padan muka.Korang boleh baca review kat sini

http://apregnantpause.net/2009/12/30/review-mam-anti-colic-bottle/



Kiut kan?

Yang ni 9 oz

Yang ni 4 oz

Apa pendapat korang? Patut beli ke tak?

The Reveal


Semalam on my previous post ada cerita pasal gubahan hantaran yang aku nak gubah sendiri kan? Termasuk la material *ni kire dah bocor rahsia, kalau mak andam lain jangan ingat diorang nak bagitau*

Oklah, taknak cerita panjang, mari layan gambar. 


Strawberry chocolate - home made

Hand watch

Tart nenas pun home made

Towel yang gubah ala kadar sebab kami memang tak reti origami

Perfume

Samsung

Sireh junjung yang lari tema *takpela, dah orang lain yang buat. Terima sahaja*

Kemeja

Sejadah dan songkok

Jam lagi

Wallet dan belt

Macaroon

 Not bad kan? Walaupun gubahan ni tak la se'perfect' as proffesional wedding planner but I'm so proud that kami berjaya buat tengah-tengah malam bersama adik dan sepupu-sepupu terdekat. Sebelum ni gubahan masa aku kawin pakcik aku yang gubah. Dia pun consiser sebagai professional sebab dia ada business landscaping. Tapi on that day dia datang lambat so at the end kami je yang gubah sendiri.

Berminat? Nak tempah? Ngeeeeee..... Tak berani ambik tempahan sebab kami pun first time buat. Kalau kami dah pro nanti kami akan uwar-uwar kan. Hehehe...

Have fun!


Thursday, September 20, 2012

Weekend's Project


For those yang tak tahu, aku ada 2 orang adik perempuan yang masih belum berkahwin. Seorang baru je bertunang ahad lepas *ni yang nak cerita ni*. Sorang lagi dah dirisik... 

Sebenarnya majlis bertunang dah berjalan dengan lancar dah pun pada 16 Sept haritu. Tapi sekarang ni nak cerita pasal serba sedikit persiapan bakal pengantin yang sorang ni. Sebelum ni aku ada bercerita tentang persiapan kahwin aku, tapi kali ni suasananya agak lain which is aku hanya tolong-tolong je. Lagipun dengan sapa lagi adik aku nak harap selain akak dia sorang nih. Demi adik, si kakak sanggup ambik cuti dan hantar anak ke rumah MIL semata-mata nak tolong adik buat preparation.

Majlis ni kami rancang sendiri je, semuanya pun last minute. Baju siap ngam-ngam seminggu sebelum majlis. Pelamin pulak book 5 hari sebelum majlis. Nasib baik la kami ni ada saudara mara yang buat pelamin. Book pun guna phone pun tak tengok pun apa jenis design yang diorang ada. Actually memang pernah ternampak dalam FB so kami just request nak pelamin yang tu untuk majlis tu nanti dengan harapan indah khabar, indah juga rupa. 

Pada hari Jumaat lepas, kami adik beradik pagi-pagi dah pergi Petaling Street nak cari bunga segar sebab kami nak gubah hantaran dengan bunga segar. In fact gubahan pakai bunga segar lagi menjimatkan kos compared to bunga plastik. Bunga plastic not cheap you know. But fresh flowers also not cheap kalau korang hired proffesional untuk buat job ni. Ianya hanya jadi murah kalau korang gubah sendiri, tak susah pun. Trust me!  Jom kita layan gambar.

Roses and more roses

Yang belah atas tu garbera/daisy, belah bawh tu orkid..

Bunga kekwa kan?

Hand bouquet ni hanya RM40 je. Korang bayangkan harga kat majlis konvo? *Pengsan*

Nak rumah ada bunga-bunga camni bole?

Owh, ini bunga favorite tapi RM15 setangkai T_T. Owh si hydrangea sayangku..

Ini pun favorite tapi bunga lily yang dah kembang semua dah kena kebas. Tinggal yang kuncup je.

Bunga ni tak tau nama

Ada orang kata ni ros celup tapi aku suka. Nama sebenar Lisianthus *correct me if i'm wrong*

Yang putih tu daisy kan?



At the end we decide beli roses, garbera, carnation, bunga kekwa dengan baby breath untuk topup in case bunga tak cukup. Total cost less than RM150. We're not joking...

Lokasi seterusnya kami ke Jalan TAR sebab nak cari veil, dengan tudung. Hari Jumaat ni faham-faham jela semua jalan pun jem. Nasib baik kami sempat sampai sebelum lunch hour, kalau tak lagi masakkkk.. Park kereta kat City One Plaza, kami pun menapak la sepanjang jalan TAR tu. 

Mula-mula cari veil, alhamdulillah kami jumpa veil yang match dengan baju tunang adik aku tu. Sepanjang-panjang jalan tu ada satu je kedai yang jual warna tu. Syukur alhamdulillah... Plan kami kalau tak jumpa veil nak pakai tudung half moon, tapi tudung half moon pun color limited. Tawar punya tawar dari harga RM60 kami dapat RM40. Jackpot!

Lepas dah jumpa veil kami ke kedai riben untuk tambah accessory pada hantaran tu la.. The famous kedai reben ialah kedai Bunga Reben. Memang sesuai dengan nama kedai itu, memang banyak la reben jual. Tak caya tengook gambar bawah ni. Rambang mata kau...





Puas ati? Settle je beli reben, mission accomplish. Dengan senang hati kami pun balik rumah, angkut beg, pick up Rayyan, dan terus balik kampung. Nak tengok hasil gubahan kami? Tunggu..... Eh, bagi la sikit teaser so that you guys get the idea how it works okay.

Teaser

Bye!