Saturday, June 30, 2012

Mission Possible


Semalam beli additional storage bottle. Currently ada 30 botol, sekarang dah ada 40 botol. So misi untuk mengisi botol-botol ni dengan stok EBM sebelum menjelang puasa. Wish me luck!


P/s : Korang buang tak botol yang digunakan lebih dari 6 bulan? Dalam instruction box tu ada tulis, tapi apa effectnya kalau kita tak discard eh?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, June 29, 2012

Jadual Mengepam


Remember my yesterday entry tentang pam mengikut jadual. So harini tiba-tiba rasa nak bercerita tentang jadual mengepam. Masa mula-mula masuk kerja like one month ago aku pernah dengar orang cakap jadual mengepam / pam ikut jadual untuk mengoptimumkan penghasilan susu ibu. Mula-mula aku pun  tak percaya. Bagi aku kalau breast dah penuh mesti la banyak susu. Tapi bila aku buat macam tu aku selalu dapathasil yang tidak konsisten. Harini dapat banyak, esok dapat sikit dan seterusnya.


Bila dua minggu sudah aku mula pam ikut masa yang aku tetapkan, masa tu baru aku perasan yang kuantiti yang aku boleh dapat agak konsisten. In fact kadang-kadang beyond expected. So dari situ baru aku faham betapa pentingnya pam ikut jadual.


Dalam previous post aku juga aku pernah post tentang entry di mana aku berpuasa dan hasil susu aku sangat la sedikit. Masa tu dalam kepala aku fikir "aku puasa kot, sebab tu susu sikit" Tapi sebenarnya tak. Buktinya Khamis lepas dan semalam (khamis) aku berpuasa dan hasil susu aku masih banyak seperti biasa. Now I understand! 


Bila kita mengepam secara konsisten, badan kita akan adapt dengan situasi itu dan akan menghasilkan susu dengan consisten walaupun kita sedang berpuasa. Mungkin situasi aku di sini tak sama dengan orang lain which mean mungkin ada orang lain yang pam secara konsisten tapi susu tetap sikit bila berpuasa. Lain orang lain jenis. Tapi apa yang boleh aku rumuskan pada diri aku sendiri dan mungkin berguna juga pada orang lain ialah - pam secara konsisten dan mengikut jadual. In fact aku tak pakai pun pam mahal such as Medela, Avent, Spectra etc2. Aku cuma pakai Pureen je. So jenama pam tidak mempengaruhi yang penting usaha anda sendiri *cakap macam penceramah motivasi*


Ok, sekarang ni nak cerita pasal jadual mengepam aku plak. Selalunya aku pam pagi pukul 7, tengahari pukul 12, petang pukul 4 dan last sekali malam pukul 8/9. Kadang-kadang aku akui yang aku terskip waktu mengepam especially waktu pagi. Lagipun sebelum pergi kerja aku akan direct feeding kat Rayyan. Tapi aku akan pastikan yang pukul 12 tgahri, dan 4 petang tu aku tak skip. Belah malam pun kadang-kadang skip jugak sebab bila Rayyan balik awal, aku df je kat dia. 


Kalau korang bertanya tentang stok yang aku ada, takde la banyak sampai 1000oz macam yang dalam group KIM tu. Lagipun storange bottle aku tak banyak dan peti ais aku adalah jenis 2 pintu yang kecik. So banyak mana jela yang boleh ditampung ditambah lagi dengan ikan, ayam dan ais batu yang berasak-asak di dalam peti tersebut. Tsk tsk... Nak beli deep freezer dapur pula kecik. Nak letak kat hall tak molek bebenor.. Mungkin akan diusahakan satu hari nanti insyaallah.


Last but not least, banyakkan usaha. Kalau perlu mengepam 10 kali sekalipun, buat la. Kita nak the best untuk anak kita kan? So kalau nak yang terbaik kena la berusaha sikit. Walaupun kalau satu sesi mengepam tu dapat sikit, takpe. Lama-lama nanti makin banyak la, insyaallah. 


Good luck guys!


*Dengar cerita kat HKL tengah kempen yang mengatakan susu formula beracun.  Betul ke?*





Thursday, June 28, 2012

Alhamdulillah, masih ada rezki


Walaupun harini berpuasa, tapi hasil susu harini masih lumayan. Syukur alhamdulillah. Apa yang penting is consistency, pam ikut jadual ok!


Happy pumping mommies!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday : Kat Mana-Mana Pun Boleh Tidur

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 21, 2012

Rejected!



Ingat lagi my previous post tentang Avent bottle and soother yang nak dicuba oleh Rayyan haritu? Kalau tak ingat sila rujuk post ini .




So, kesudahan kisah tersebut ialah - Rayyan telah menolak/reject kedua-dua botol dan pacifier tersebut. Tsk tsk.. Tak tau lah patut nak let go ke, simpan je dulu kot-kot later Rayyan nak. 

Tapi tapi kalau ada siapa-siapa berminat boleh email. Botol ade 2 pcs x 125ml, satu brand new, satu lagi used twice *but rejected*

Pacifier pun sama, satu brand new, satu lagi pun used twice.

ok bai



Tuesday, June 19, 2012

Terasing


This is sound ridiculous but it seem everybody want a piece of him and I feel left out.


I should spend more time with him.


I miss u son!




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, June 16, 2012

Is It Normal?

My two months old Rayyan dah pandai hisap tangan/jari. Is it normal? Dia nak makan dah ke?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

First Marmet (Hand Expression Technique)


Siapa tau apa itu marmet? Angkat tangan!

Kalau korang belum kahwin dan tiada anak mungkin korang tak tau apa itu marmet.

Marmet ialah kaedah memerah susu menggunakan tangan sahaja. Bukan menggunakan alatan-alatan mengepam susu sama ada manual ataupun elektrik. Kiranya kaedah memerah ala2 susu lembu.

Gambar menunjukkan hasil first marmet yang aku buat oleh kerana tertinggal pump kat kampung haritu. Oh sila rujuk post Hilang Aura arituh. Oleh kerana Cik B dah mula mengeras so terpaksa la guna kaedah manual. Mula-mula blur jugak tak tau apa nak buat. Sempat search kat YouTube tapi percayalah ianya tak semudah yang disangka especially untuk beginner macam aku ni.

First impression is - penat, lenguh tangan, lamanya, eh kenapa tak boleh keluar nih? But once you get used to it memang melimpah ruah. Tapi macam kes aku bila dah lenguh mula la malas. Dalam masa malas-malas tu dapat jugak 6 oz satu sesi. Cuba kalau rajin sikit confirm dapat 10 oz kan?

It's a good alternative for those yang tak suka menggunakan tools untuk mengepam and for those yang can't afford expensive breast pump. Downside is Cik B sakit sikit la pastu menjejeh-jejeh sikit. Tapi kalau dah expert tak menjejeh kot.

So ibu-ibu diluar sana, happy marmet-ing!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 14, 2012

1 Year 1 Month 1 Day




Harini dapat tarikh cantik pulak. Baru perasan kat Daisypath yang kami dah berkahwin selama 1 tahun 1 bulan dan 1 hari. Hik3.. Love u so much!





Ganti Puasa


Harini sambung ganti puasa sejak dah tak pregnant ni. Alahai lemaunye rase.. Siap terlelap atas meja masa dok key in dalam MYOB.

So untuk menghilangkan rasa mengantuk marilah melakukan sesi pumping. Tapi dapat 4oz je satu sesi. Not bad la tapi tak semeriah selalu. Pagi tadi pun cuma sahur horlicks panas celup dengan roti gardenia butterscotch 4 keping. Semalam telan susu soya sekotak konon-konon milk booster la. Tapi tak jalannnnn.. Milk booster aku tetap carrot putih dan kopi O.

Lepas mengepam lagi la aku lemau. Tekak kering, perut vibrate, rasa nak menggeletar je badan aku ni. Takpela, mula-mula memang macam ni. Esok-esok ok la.. *ayat sedapkan hati*

Oklah, nak sambung bekerja walaupun diri terasa sangat la lemau ditambah dengan jammed melampau tahap gaban kat Tol Jalan Duta pagi tadi. Aura dah hilang.

Okbai


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 13, 2012

Avent Bottle and Pacifier






Bought some Avent stuff untuk di try oleh Rayyan. Asalnya mencari botol baru sebab botol MAM yang Rayyan guna untuk minum EBM tu asyik meleleh je. Tak tau la sebab teat dia besr sangat ke, mulut Rayyan yang kecik ke, ataupun Rayyan memang munim menjejeh *bak kata suami*


But at the same time mencari pacifier yang baru sebab MAM pacifier tu menyebabkan bibir Rayyan chapping sikit. Lepas tu MAM pacifier punya tali tu susah nak sangkut kat baju. Kalau baju berbutang ada la tempat nak menyangkut tapi kalau pakai t-shirt semata memang takdo la tempat nak sangkut klip tu. Pastu tiada la pula penutup untuk pacifier tu. Aku ni dah la jenis nak campak-campak je barang dalam handbag. Tapi lepas campak-campak tu nak kena cuci dulu sebelum sumbat dalam mulut Rayyan. Kalau ada penutup kan senang. 

Yang sudu dengan garfu tu beli atas sebab nak genapkan purchase ke RM100 so boleh entitle free shipping. Ngeeee....


Malam tadi try bagi Rayyan try pacifier baru, nampak macam so so je. Takpelah, baru lagi kot lagipun teat dia kecik sikit dari MAM. Botol pulak belum di try test kena tunggu review dari MIL balik kerja nih. 


If you're wondering mana aku beli benda-benda ni macam orang kaya banyak sangat duit beli Avent, sebenarnya tak mahal pun. Aku beli kat Little Kids je ada promotion yang so far the best price aku jumpa. Korang boleh guna kupon LIKEFBFAN-10 semasa check out dan korang akan dapat extra diskaun. Dah la harga memang dah murah, dapat lagi additional discount. Memang best. Nak best lagi beli barang RM100 and above dan korang dapat free shipping. Seriously shipping sangat-sangat la cepat aku tak tipu. Cuma downside beli dari page ni ialah barang banyak yang out of stock. Owh, Avent Manual Breastpump pun ada offer RM144 je!! Tapi since aku dah sengkek gila ni tunggu lahujung bulan punya gaji. Harap-harap stok ada lagi :(



Monday, June 11, 2012

Aura Hilang





Last week ada seorang penjual alat-alat kesihatan datang ke office untuk mempromosikan produk kesihatan beliau. Tapi di sini bukan nak cerita tentang produk yang dijual tetapi satu statement yang dikeluarkan oleh beliau iaitu "kalau anda marah pada waktu pagi, seluruh aura pada keseluruhan hari akan hilang dan aura itu hanya akan kembali selepas kita bangun dari tidur pada keesokan harinya" 


Ya, memang statement itu sangat-sangat benar. Contohnya pada hari ini seawal jam 7 pagi aura aku dah hilang. 


First, it's Monday and i'm having a tiring weekend. Travel all the way from Klang to Sri Manjung and back to Sungai Besar and back to Klang the next day. Travel with baby is exhausting.

Pada pagi Isnin itu juga si suami telah request si isteri untuk menggosok baju sedangkan si isteri ada 10 tugasan yang perlu dilakukan sebelum pergi ke kerja sedangkan si suami hanya tidur dan bangun sahaja dari tidur terus sahaja meminta si isteri menggosok baju tanpa rasa serba salah sedangkan kami semua telah terlewat dan ingin diingatkan bahawa si isteri perlu pergi bekerja di Kuala Lumpur dan rumah kami berada di Klang. 


Si isteri faham akan patuhnya si isteri akan perintah suami, TETAPI si suami fahamkah anda bahawa si isteri sudah kepenatan menjaga si kecil di tengah-tengah malam, perlu menyiapkan brang keperluan si kecil, perlu memastikan keadaan rumah rapi dan selamat sebelum pergi keluar bekerja sedangkan si suami hanya tidur pada waktu malam TANPA DIGANGGU oleh si kecil just because my little is only breast feeding me. 


Adakah tindakan si isteri melampau?


Ok, done with that....


Second thing is - si suami telah menukar sport rim kereta si isteri dengan yang baru tanpa pengetahuan si isteri. Sport rim pulak saiz macam tayar trektar. Besar, gabak sampai terkeluar dari body. Ala-ala wide body konon. Bila pagi ini si isteri buat pertama kali drive, rupanya tayar tu tak sesuai. Tayar besar tapi absorber/spring tidak ditukar. Makanya bila si siteri yang gemuk ini menaiki kereta tersebut maka tersangkut-sangkutlah tayar tersebut lalu menyumpah seranah la si isteri sepanjang perjalan dari Klang ke KL. Dan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang sejam telah menjadi sejam setengah kerana si isteri terlalu berhati-hati ketika membawa kereta tersebut ditambah lagi dengan traffic jam yang melampau-lampau.


Third - despite all above, maka terganggulah emosi si isteri sampaikan nak pergi kerja tadi lupa nak cium anak *sorry sayang!* Sampai je office jam hampir-hampir menunjukkan jam 11 pagi. Gila melampau. Dahlah park kereta jauh, sampai je office baru tersedar pumping beg tertinggal dalam kereta. So during lunch hour menapaklah semula si siteri ke kereta dan mengampil pumping bag tersebut. 


Bila proses assemble pump ingin dimulakan baru perasan yang one of the main accessories tiada. Ingatkan  tertinggal kat rumah, rupanya tertinggal kat KAMPUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!


Macam mana aku nak mengepam ni? Sakit down cik B aku nih. Habis la stok untuk Rayyan nanti! 


Seriously, harini memang aura aku habis, totally out! So kena request boss balik awal sebab cik B rasa nak meletup. And of course akulah yang kena ambil Rayyan balik harini sebab nak direct feed dia. 


Sekian sahaja cerita pada hari ini. Sekian.. *mood - bengkek*



Sunday, June 10, 2012

Bread Butter Pudding

I'm making this delicious yet simple bread pudding yang mendapat pujian oleh keluarga sampai buat untuk 2 hari berturut-turut. So here is the recipe


10 - 12 keping roti * saya campur separuh roti gardenia white bread dan separuh roti gardenia butter scotch*

6 biji telur *the bigger the better*

1 tin susu cair

1 cawan freah cream / whipping cream

1 cawan gula

1 geggam kismis

1 sudu teh vanilla essence

Secubit garam


Instruction :

Campur gula, telur, susu, cream, vanilla essence, garam dalam mixing bowl.

Susun roti dalam loyang, susun roti selang seli roti putih dengan butter scotch. Make sure sebelum susun roti sapu butter banyak-banyak dalam loyang. And owh kalau nak sedap lagi sapu butter on each bread. kalau nak sedap lagi pakai buttercup. Kalau... Eh

Tuang bancuhan telur atas roti, biarkn selama sejam supaya roti betul-betul kembang dan abasorb all the goodness *yum*

Selepas sejam, panaskan oven to 170 degree, tabur raisin and bake for 40 minutes depend on ketebalan loyang .

So here's my bread butter pudding. Enjoy!

Thursday, June 7, 2012

Poop Story?







What's your baby's poop story?

Wednesday, June 6, 2012

Rayyan, Mama Rindu... :(


Setelah lebih 2 bulan bercuti to be exact 2 bulan 2 minggu sebab bercuti awal semasa kena warded kat hospital haritu so semalam officially start bekerja seperti biasa. *sigh*

Semalam juga buat pertama kali meninggalkan Rayyan pada MIL *MIL je pun, bukan pengasuh ponnn* tapi dalam hati ni tuhan jela yang tahu. Rasa nak meraung-raung. Drive dari Klang ke KL rasa kosong je. Apa DJ kat radio tu bebel-bebel pun satu aku tak ambil port. Dalam kepala otak asyik teringat Rayyan Rayyan Rayyan... Ya Allah, macam ni rupanya perasaan seorang ibu bila berpisah dengan anaknya. Hati yang penuh gundah gulana, rindu usah cakap la. Mengalahkan berpisah dengan boyfriend. Tapi bila sampai ofis perasaan tu dapat dibedung *bedung la sangat* bila happy jumpa kawan-kawan berborak tak ingat dunia. Bercerita yang jamak 2 bulan tersimpan tu nak sekali cerita dalam satu hari. Lagi-lagi dengan si Maisarah.. Hahahaha.

Harini pergi kerja buat pertama kali juga husband yang hantar Rayyan. Memang plan kami sebelum Rayyan lahir begitu which mean pagi husband yang hantar Rayyan pergi rumah MIL dan petang kalau salah sorang dari kami balik awal then one of us yang akan pick up Rayyan. Semalam masa bagitau MIL yang plan kami macam tu MIL boleh cakap "boleh ke si Along tu?" Pastu aku dengan selamba menjawab "kalau tak belajar dari sekarang bila lagi?" Takkan la semua benda nak harap aku yang buat? Aku yang hantar, aku yang ambil, aku ni dah la kerja kat KL, hari-hari berulang 100km dari KL ke Klang. Aduhai...

Tapi so far Rayyan memang tak banyak songeh. Semalam kena tinggal pun MIL cakap dia tak nangis. In fact semalam aku balik awal sebab nak pick up Rayyan pun MIL aku cakap cepatnya  nak balik. Sudahnya aku lepak rumah MIL sampai pukul 7 sebab menunggu FIL aku balik kerja nak main-main dengan cucu. Layankan jela. Aku rasa selamat bila tinggalkan Rayyan kat MIL aku sebab aku tau dia seorang yang teliti especially sekarang ni Rayyan cuma minum susu ibu dan aku sediakan EBM (express breast milk) untuk dia setiap hari. Dan aku bersyukur orang-orang disekeliling aku support aku bagi exclusive breast feed (bf) kat Rayyan. Sebab menurut sepupu-sepupu dan kawan-kawan office bukan senang nak cari pengasuh yang sanggup buat kerja remeh temeh panaskan susu, cairkan susu etc2.. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan benda ni untuk aku.

Bercakap pasal EBM ni, rugi sangat kepada sesiapa yang mampu nak beri tapi  taknak bagi atas alasan malas, nanti cik B kendur, leceh, bla3.. Ya Allah, tuhan je yang tahu betapa bahagianya aku dapat beri susu badan yang cukup untuk Rayyan. Bayangkan ye, hari Isnin sehari sebelum aku start kerja aku bawak Rayyan untuk monthly checkup dan berat Rayyan dah cecah 6 kg! Itu dengan hanya minum susu ibu tanpa campuran apa-apa pun. Subhanallah.. Besarnya kuasa Allah. Nanti la kita cerita panjang-panjang pasal EBM ni. Tak sabar nak share tapi kena tunggu masa free baru boleh cerita panjang-panjang. 

Oklah, kena continue buat kerja. Silap hari betul la masuk office sebab habis je cuti masuk office time tengah banyak kerja. Otak ni dah berkarat so kena la polish pelan-pelan. Semalam nak masuk office password pun boleh lupa. Hahahahaha... Malu kat diri sendiri. Last but not least, disertakan gambar-gambar Rayyan yang debab bagi membuktikan bahawa susu ibu itu sangat-sangat berkhasiat dan tiada tolok bandingnya dengan susu-susu lain di luar sana. Sekian :)



Gambar-gambar separa bogel di atas diambil atas alasan cuaca di tahap melampau di Malaysia. Harap maklum