Kelmarin kami suami isteri EL sebab terlalu penat balik dari kampung. So kami ingat nak berehat-rehat di rumah je tapi tak sangka last-last minute husband kena kerja. Penat dah pujuk husband tak boleh ke bagi job tu kat orang lain, tapi husband cakap rugi la sebab semua job-job tu ada commission. Si isteri dengan hati tak rela pun melapskan suaminya pergi bekerja.
So dalam pukul 5 macam tu tiba-tiba si isteri teringin makan goreng pisang. Sebenarnya dari kat kampung haritu dah teringin tapi takde pisang. Yang ada pun kat pokok yang belum masak lagi. Cari punya cari adalah jumpa pisang tanduk tapi tekak taknak terima sebab pisang tanduk kan keras sikit. So kurang la manisnya. Nak taknak goreng la juga pisang tu sebab nak lepaskan kempunan tapi sudahnya makan sekeping je, tu pun tak habis.
Berbalik kepada kisah isteri yang mengidam pisang pukul 5 tadi, si isteri pun sms si suami mintak belikan pisang. Itu pun selepas tersedar yang suami terbawa kunci kereta dalam poket. Kalau tak si siteri ni takde la ngada-ngada minta suami belikan itu ini. Si suami pun membalas sms dan berjanji nak belikan pisang untuk si siteri. *dah macam kisah dongeng la pulakkkk*
So tunggu punya tunggu sampai la pukul 7 malam si suami tak balik lagi. Si isteri ni sms lagi, bila nak balik? Pisangnya ada ke? Last-last si suami jawab "mana nak cari pisang goreng time-time macam ni?" Ah sudah, tadi janji nak belikan, sekarang dah lain pulak alasannya. Patah remuk hati si isteri lalu menangis kerana goreng pisang yang dihajati tak kesampaian.
Malam tu suami balik dengan iat nak bawa isteri keluar makan, tapi rajuk si isteri tak sudah-sudah lagi. Muka monyok, tak lalu makan. Tanya sepatah jawab sepatah, kadang-kadang tak berpatah pun. Senyap je... Tidur malam pun dengan hati yang rajuk, suami peluk taknak, suami bagi goodnight kiss pun takde respond. Punya la rajuk si isteri sampai la keesokan paginya. Sampaikan nak pergi kerja pun muka monyok lagi sampai menitis air mata bila suami cium dahi.
Itulah penangan perempuan mengandung. Selama ni aku asyik dengar kisah orang mengandung yang menangis-nangis bila permintaan dihampakan. Dulu rasa pelik sangat, perlu ke nak menangis bagai. Sekarang ni aku dah rasa. Bukan lah sengaja nak emo, tetapi memang natural wanita mengadung ni emosinya yang cepat sensitif. Kadang-kadang suami tak sengaja ternaik tone suara, bukan sebab nak marah tapi dah menang suara lelaki garau kan tapi itupun boleh menangis, merajuk tak kesudah. Selalu je ada rasa insecure dalam diri contohnya aku dah tak cantik, punggung makin besar, perut makin buncit, tapi suami sayang ke tak. Kalau dulu suami selalu puji kita cantik tapi sekarang ni cantik lagi ke tak? Semua tu bisikan syaitan nak hasut manusia ni. Tapi aku akui perasaan tu selalu ada dalam diri ni. Nak tak nak kena stay strong tambahan lagi kami ni weekend husband and wife. Perasaan rindu tu usah nak cakap la... Kena juga tabahkan hati, kuatkan diri ni tanpa suami di sisi..
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment