Monday, November 21, 2011

OMG! Baby dah start kicking



Ok, ini entry orang jakun pestaim pregnant rasa anak menendang. Macam mana nak mula eh, haih...tak terkata excited mak!


Ok, kite cerita macam ni la.. Last weekend masa Malaysia lawan Myanmar yang menang 1-0 tu, aku as usual balik rumah MIL. Konon-kononnya nak balik rumah mak tapi hari Ahad ada jemputan kat KL. Parent aku pun nak turun KL so jumpa kat KL jela... Takyah susah-susah balik kampung kata aku... Tapi sekarang ni bukan nak cerita balik kampung or cerita bola tapi nak cerita pasal baby ni la dah start tendang-tendang manja. Ok, aku dah melalut...


Macam ni, masa hari Jumaat lepas kami suami isteri melepak-lepak kat dalam bilik layan X-Factor US kat TV8. Sebagai weeekend husband and wife harusla ngada-ngada manja-manja lebih dengan suami kan. Masa kitorg dok borak-borak sambil layan atas katil tu en suami pegang-pegang la perut aku ni. Lepas tu tiba-tiba aku rasa macam bunyi jantung berdegup kuat tapi sekali je. Aku mula-mula fikir eh, kuatnya jantung ni berdegup. Tapi apesal bukan kat dada tapi kat perut? Ish... Aku yang confused ni  la cakap ngan laki aku. Lepas tu baru terfikir, baby tendang kot! Lepas tu kitorang pun tunggu kot-kot la dia nak tendang lagi. Tapi senyap je sampai la aku tertidur.



Keesokkan harinya, suami pun bercerita lagi. Malam tu lepas aku berdengkur terlelap, si suami ni tak tidur lagi. Dia layan YouTube kat handphone sambil peluk si isteri yang dah sedap berdengkur ni. Lepas tu suami cakap dia pun terasa macam ada benda bergerak dalam perut aku. Bukan main excited suami aku, ceria sepanjang hari mengenangkan anak dia tu la... Aku pun excited juga tapi yang aku peliknya, kenapa bila ayah dia peluk baru dia nak kick? Tapi bila ngan mama ni dia diam je... Ke aku yang tak perasan? Entah la...rasa macam takde rasa apa-apa. 



Korang dulu baby start kick berapa minggu ye? Apa prasaan korang bila first baby kick? Mari kita share sebab aku ni kan first time pregnant. Minggu ni dah masuk 20 weeks dah so menurut doctor sekarang ni baby supposedly dah start kicking. So aku ni yang first time jadi mak macam confuse-confuse lak. Betul ke benda tu baby tendang, ke perasaan aku yang lebih. Hihihi...entah la, tapi sebenarnye suke....



Comel kan  gambar ni?


1 Komen sikit-sikit sudah:

kaSih.CinTa.GadiS said...

Aku start kicking ms 26weeks. Tu pon xterasa cm kick. Dia rs cm kunyit2 bergerak kt dlm perut. Hahaha!! Tu pon ms aku dh admit wad, doc asek tny bila examine.. "baby gerak bagus??!!" aku cm confused. Cmner nk jwb bagus ke x sdgkan aku x rase?! So doc tu pon explained, kdg2 xsemestinya dia kick, tp dia leh bergerak2 dan kita cm rs something memulas kt dlm perut. Tu means baby gerak! Nnt dh msk 28weeks, nurse akn bg carta gerak anak.. Tu lg pening nk isi!! Gud luck!!

Post a Comment