Pray for us! |
Wednesday, November 30, 2011
Sunday, November 27, 2011
Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung : Sakit Ketika Hubungan Kelamin
SAKIT KETIKA BERSAMA DENGAN PASANGAN
Sakit semasa hubungan seks memang jarang dibincangkan. Mungkin kerana segan atau ia dianggap 'taboo" bagi sesetengah orang. Bagi wanita terutamanya, anda mungkin tertanya tanya sendiri kenapa ia ia terjadi sedangkan seks sepatutnya sesuatu yang memberikan kenikmatan bukan menyakitkan. Hakikat sebenarnya ialah, tidak semua seks memberi nikmat setiap kali berhubungan. Dikatakan hampir semua wanita akan merasai sakit semasa berhubungan sekurang kurang sekali seumur hidupnya.
Gejala:
Sakit kerap terjadi sebelum semasa dan selepas seks tetapi lokasi, masa dan intensiti mungkin berbeza-beza. Ada yang merasa ketika saat penetrasi dan ada juga semasa aktiviti "trusting" .Ia mungkin terjadi pada setiap penetrasi atau sekali sekala dan kesakitan mungkin terasa pada bahagian luar faraj atau atau lebih jauh kedalam pelvis. Ia juga mungkin lebih kepada rasa pedih, panas atau senak. Sakit juga mungkin berkait dengan posisi seks, seperti kedudukan suami diatas atau atau lebih kepada posisi 'doogie'.
Punca:
Punca selalunya berkait rapat dengan karakter sakit itu sendiri. Sakit dan senak dalaman lebih menjurus kepada masalah dalam pelvis manakala sakit luaran lebih berkait kepada masalah pada faraj. Diantara sebab sebab yang paling kerap ialah:
Kurang Lubrikasi - Keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti "foreplay", tetapi ia lebih dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas menopos, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi yang lebih jarang ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.
Jangkitan kuman - Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.
Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim seperti condom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali mengunakannya.
Vaginismus - Iaitu kekejangan otot keliling faraj yang berlaku dibawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.
Masalah sakit puan - Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst.
Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan - Sesetengah wanita diahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit ( vaginal stenosis) dan sebagainya yang boleh menjdi punca kesakitan yang teruk semasa seks,
Radang dan iritasi selepas pembedahan - Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.
Parut pembedahan - Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.
Faktor emosi - Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar terjadi.
Berjumpalah Dengan Doktor
Sekiranya anda kerap mengalami sakit semasa seks, langkah pertama yang anda patut ambil ialah berjumpa dengan doktor sakit puan anda. Ceritakan tentang kekerapan kesakitan dan bagaimana ia bermula dan ketika dan bagaimana ia lebih kerap terjadi. Masalah dan sejarah perubatan dan pembedahan terdahulu juga perlu diperjelaskan dengan terperinci termasuklah sebarang pil atau ubat yang anda makan. Jangan malu untuk meluahkan perasaan anda sepanjang perbualan dengan doktor.
Diagnosa dan Rawatan
Diagnosa selalunya dapat dibuat selepas pemeriksaan faraj dan Ultrasound. Rawatan akan diberikan akan bergantung sepenuhnya kepada punca kesakitan. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman, antibiotik akan diberikan untuk beberapa hari untuk memastikan anda bebas dari kuman. Bagi mereka mengalami masalah kurang lubrikasi, hormon terapi mungkin boleh menolong meningkatkan kelinciran disamping jeli lubrikasi yang boleh di beli dikaunter farmasi berdekatan. Untuk mereka yang mengalami kesakitan terutama semasa aktiviti 'trusting', tukar posisi seks anda seperti anda pada kedudukan atas atau posisi mengiring dan cuba ekperimen dengan pelbagai posisi berbeza. Berbincang dengan suami anda sekiranya emosi yang menjadi punca utama kerana ia merupakan masalah yang perlu dikongsi bersama. Komunikasi mungkin merupakan ubat terbaik untuk anda. Jangan malu dan segan kerana pasangan anda adalah suami anda, seorang yang anda cinta.
Sekiranya ia lebih kepada masalah emosi yang rumit dan kronik, anda mungkin perlu mendapat rawatan dari pakar psikologi.
Masalah peranakan yang lebih serius.
Sekiranya doktor mensyakki yang anda mengalami masalah yang lebih pada pelvis, ujian laparoscopi mungkin akan disarankan. Masalah seperti endometriosis atau ovarian cyst adalah diantara punca yang kerap dikaitkan dengan kesakitan dan senak dalaman semasa seks dan diagnosa dengan senang dapat dibuat melalui kaedah laparoskopi ini. Semasa laparoskopi, kamera kecil akan dimasukkan pada pusat dimana pakar bedah akan melihat dengan teliti keadaan dalam pelvis anda. Bagi mereka yang mengalami ketidaknormal pada sistem genital seperti hymen tebal dan sebagainya, pembedahan mungkin akan disarankan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung : Masalah Kesuburan
Adakah saya menghadapi masalah ketidaksuburan?
Sekiranya anda berusia kurang dari 35 tahun dan masa mencuba untuk hamil kurang dari satu tahun, tiada sebab untuk anda merasa bimbang.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda telahpun melakukan hubungan kelamin selama lebih dari satu tahun tanpa mengunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan, ada kemungkinan yang anda dan suami mengalami masalah yang menganggu peluang anda untuk hamil. Cuma doktor yang boleh menentukan punca ketidaksuburan anda.
Penyelidikan telah menunujukkan satu dari sepuluh pasangan akan menghadapi masalah untuk hamil. Sekiranya anda salah satu daripadanya jangan risau kerana peluang untuk anda hamil masih ada. Berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti punca ketidaksuburan anda.
Apakah faktor yang boleh menyebabkan kemandulan?
Sekiranya anda ada mempunyai masalah berikut, beritahulah doktor anda dan jangan membuang masa untuk menunggu selama setahun.
Perempuan
* Endometriosis
* Uterine fibroid
* Jangkitan kuman pada sistem peranakan
* Fallopian yang tersumbat disebabkan jangkitan kuman atau pembedahan
* Jangkitan kuman yang berjangkit melalui hubungan seks (STD)
* Sakit semasa haid
* Haid yang terlalu banyak
* Sakit semasa seks
* Keluar susu dari payu dara
* Tiada haid berbulan bulan
* Terdapat bulu yang berlebihan pada muka dan tubuh
* Pembedahan pelvis atau perut
* Kencing manis canser atau sakit tiroid
* Merokok
* Sekiranya anda terlalu kurus atau terlalu gemuk
Lelaki
* Pernah menghidap penyakit mumps
* Kencing manis
* Penyakit testis
* Memakan ubat darah tinggi atau steroids
* Suka Hot tub or sauna secara tetap
Apa yang patut saya buat sekiranya saya rasa saya mungkin menghadapi masalah?
Berjumpalah dengan pakar sakit puan dan jangan takut untuk memberitahu sebarang sejarah perubatan yang mungkin boleh dikaitkan dengan masaalah ketidak suburan anda.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah
Wednesday, November 23, 2011
The X Factor USA : Top Ten Elimination
Monday, November 21, 2011
OMG! Baby dah start kicking
Comel kan gambar ni? |
Wednesday, November 16, 2011
Dear Hubby, I'm So Sorry...
Eh, nak masuk 19 weeks dah?
8) Ada lagi tak? Dah la kot ye... Tula, dah lama tak update panjang gila nak cerita kali ni.
Saturday, November 12, 2011
Bila Sesekali Tuhan Uji
Tapi lately rasa makin kerap pula kami bergaduh. Sebenarnya takde la gaduh sangat tapi aku ni yang sensitif sangat. Ye, aku menyalahkan diri aku because being too sensitive and I can't help! Aku perasan for the last 2 weeks ni hati aku cepat sangat tersentuh. Suami ternaik sikit tone suara memang melalak la aku. Padahal bukan niat dia nk tinggi suara. Dah memang suara jantan garau kan? Kadang-kadang tu soalan aku tu annoying sapa la tak geram kan? Of course la nak naik suara sikit.
Semalam borak dengan Che Ziela, mengadu la kisah hati ni kat dia. Dia bagitau yang aku sedar aku ni sensitif tapi kenapa aku tak boleh get over it? Mungkin syaitan nak hasut ko dengan hati ko yang sensitif tu. Syaitan nak ambil kesempatan dan cuba porak perandakan rumah tangga ko. Semalam contohnya aku hampir-hampir tak jadi balik rumah MIL kerana merajuk dengan husband over something yang ntahape2. Tapi kerana nasihat Che Ziela tu aku gagahkan diri balik juga tengah-tengah malam *kul 9.30 malam takde la malam sangat kan? Drama!* dengan satu alasan - tempat isteri di sisi suami.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, November 11, 2011
Bruno Mars - It Will Rain
Thursday, November 10, 2011
Newborn Shopping List
Rajuk
Sunday, November 6, 2011
Thursday, November 3, 2011
Dear Baby, Today Is Mommy's 1st Prenatal Checkup at Gov Clinic
I woke up early this morning just to have our first checkup at Klinik Kesihatan Ibu dan Anak at Sri Rampai. When I reached there around 7.20 am, there's already a crowd waiting for the clinic to be open. Thank God mommy came not so late so I manage to get number 18 among all the crowd.
I was told the checkup will took a looooooong time and yes it did! Because this is my first visit, so I have to registered for new book and wait my turn to be called. I thought there's only like 2 step but actually there's like almost ten step that I have to go through around that process.
1- Register at counter 1 and get the pink book and fill the form by myself *sian mommy kan?*
2 - Timbang berat badan, blood preasure test and sample urine test.
3 - Meet the nurse and talk about family history such as diabetic, blood pressure, athma, etc2..
4 - Blood sample which is hurt. Now my right hand feel numb T_T
5 - Meet the dentist
6 - Meet another nurse to measure mummy's tummy and some breast check
7 - Repeat step 3, nagging, warning by the nurse which has same age as your mommy
8 - Vitamin supplement provided by the clinic
9 - Set another 3 appointment which is :
* Glucose test on 4/11/2011 which mean tomorrow *nangis lagi*
* Blood preasure test with the doctor - 14/11/2011.
* Monthly checkup on 5/12/2011 which I obviously can't attend. So kena checkup at private clinic.
This is totally a new experience to me. But I'm glad I did this sebab kalau tak sampai bila nak rasa susah macam orang lain kan. Even though the whole process took about 3 hours, but at the end this is the right thing that I should do for you. I would do anything to make sure you're stay healthy and strong. Take care okay
Mommy and Daddy always love you! Muahhhh
Wednesday, November 2, 2011
Welcome To The World Baby Ilham!
Bonda kamu cakap nak letak nama Ilham jugak. So auntie panggil kamu baby Ilham boleh? |