Tuesday, June 21, 2011

Aaron Aziz Jual Sayur

Wuhuuu... semalam layan KL Gangster dengan hubby and seriously, aku tak tipu, serious best!!!!!! Aku memang jarang tengok movie melayu sebabnya setiap kali pergi tengok je mesti rasa menyesal termasuklah the famous Hantu Kak Limah Balik Rumah. Orang bercerita best la kelakar la, tapi bagi aku biasa-biasa je... In fact aku tak suke pun si Usop Wilcha tu. 


BUT! Kali ni aku tak menyesal, NO AT ALL. In fact, aku rasa tak puas.. Alahai, kenapa la kejap sangat. Tak sampai pun sejam setengah lain kali buat la 2 jam, baru la syok.... Tak puas tengok Aaron Aziz yang ensem jual sayur dengan badan yang sangat tuff dan ensem dan gagah perkasa yang macho yang yang yang..... Dah-dah, bawak-bawak la beringat asben kat rumah tu. Kalau la ada Aaron Aziz jual sayur, hari-hari aku nak gi pasar beli sayur, bukan aku je kot, semua aweks kat KL ni nak pergi pasar beli sayur hari-hari termasuk la Ilham Haninadia.


No wonder KL Gangster dah cecah 11 juta. Wow! Kalau la semua cerita melayu macam ni, gerenti orang Malaysia tak nak tengok movie omputih. Betul! So guys, sokong lah industri filem Malaysia *poyo je* And owh, pasal issue Pekida tu, bagi aku Pekida ni kecoh je lebih padahal apa yang dipaparkan dalam KL Gangster tu  memang betul pun. Sapa makan cili dia yang terasa pedasnya ye dak? Kalau tak terasa kenapa nak lantun? Mula-mula aku pun tak faham ayat-ayat macam ayahnda, abang long semua-semua tu. Nasib baik la ada encik suami yang memberi penerangan yang jelas kepada si isteri yang blur-blur ketika menonton wayang itu. Itupun explain selepas cerita dah habis sebab persoalan si isteri mengganggu konsentrasi si suami yang sangat khusyuk menonton wayang tersebut.


So guys, pergi la tengok movie KL Gangster tu. Tak rugi pun! Serious best... Kalau la harga tiket wanyang tu murah, dah lama tengok dua kali. 


Okbai!

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment