Thursday, March 31, 2011

What Goes Around Comes Back Around

This morning, saje gatal-gatal queue kat McD Setiawangsa ngn si Maisarah semata-mata nak dapatkan free breakfast. So tengah beratur tu pun layan la twitter, foursquare and facebook bagai. So tengah selak-selak fesbook, ternampak la status-status ni.





Sape mereka-mereka ni? Yes, they're on my friend list and they're adik-adik perempuan kepada ex-bf saya. Ye, ex-bf! Sebenarnya dari semalam dah teringat yang harini ialah birthday si ex tu. Tapi since kitorang dah takde apa-apa hubungan for more than 6 years, so takda apa yang nak celebrate. Tapi pagi ni dapat tau yang kekasih hatinya telah meniggalkan dirinya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya. Do you remember this post - Cintaku Tertinggal Di Lorong Pandan which I keep telling this man whom I meet at Malacca yang rupa parasnya *poyo* hampir sama dengan si ex ni?


Ok, mesti you guys nak tau what happen between me and my ex yang menyebabkan keluarnya tajuk post What Goes Around Comes Back Around ni kan. Well, 6 years ago he left me menderita kekecewaan dengan alasan keluarganya menyuruh beliau bertunang dengan perempuan pilihan keluarganya. *skema tak ayat aku?* So, that time I was at third semester taking my short course classes at UKM. I remembered one time he told me that he want to purposed me but I refused because I was too young at that time and I'm still studying and I don't think my parent will agree with that. Until one day he told me that his parent want him to married this girl yang konon-kononya gadis pilihan keluarga. So nak dijadikan cerita aku ni yang ditinggalkan terkontang kanting frust menonggeng. Hari-hari menangis melalak meraung. Dengan final exam nak dekat, hari-hari menangis tak henti-henti. Sampaikan jawab paper Math pun boleh mengalir air mata... Sedih kan? Tapi kisah ni bertambah-tambah sadis bila aku dapat tau yang sebenarnya dia memang ada affair dengan perempuan tu dan menjadikan alasan 'pilihan keluarga' untuk meninggalkan aku.Meraung-raung la aku sendirian....


Time goes by, aku contact balik dengan si ex ni. Tapi just as friend. So add kat friendster, myspace, kadang-kadang berborak kat YM dengan niat melupakan apa yang berlaku. Everytime aku tanya "awak, bila nak kawen?" Dia cakap dia tak sedia lagi. Bertunang dah bertahun-tahun, tapi kawennya tak.. One day ada sorang minah ni menegur aku kat friendster kalau tak silap. Tiba-tiba dia tanya aku apa hubungan aku dengan si ex ni. Tapi aku tak la cakap yang dia tu ex bf aku dengan niat nak tau apa tujuan si minah ni. Dia sikit la friendly,siap add kat YM lagi. Rupa-rupanya minah ini sudah jatuh cinta sama ini mamat. Walahhhhh........... AND *suspen* aku berjaya mengorek-ngorek rahsia dari perempuan ni. Minah ni bagitahu aku yang si ex ni sudah mainkan perasaan banyak wanita termasukla minah ni sendiri. Bukan sorang, bukan dua, tapi lebih sepuluh ada kot. Semua perempuan dia layan cintan, love you, miss you tapi bukan lah datang dari hati yang ikhlas. Menurut minah ni, si ex ni telah menabur janji-janji palsu kepada semua perempuan-perempuan ni dan ada yang terperangkap sehingga ke tahap 'kawin dah, nikah je belom' *OMAIGODD!!!*


Dalam hati aku ada gak terdetik, kenapa dia buat perempuan macam ni? Mesti ada punca kenapa dia buat macam ni. Tapi menurut pendapat aku, dia frust dengan ex tunang dia. Bagi aku kat situ karma happen. Dulu kau tinggalkan aku sekarang tunang kesayangan tinggalkan kau. Aku tau dia memang sayang sangat dengan si tunang ni sebab he keep telling all his friends and he even put a sticker 'www.shamy.com' kat kereta sport kesayangan dia. FYI, Shamy ialah gabungan nama beliau 'Syam + Amy' . See, he never did that to me. He told me he loves me but he never tell his friend or his family. Dari situ aku dapat rasa yang dia cuma nak mainkan perasaan aku. Tapi pelik gak, every night dia akan call aku, gayut berjam-jam, birthday wishes tak penah tinggal, datang bawa aku jalan-jalan. He do nice things to me. Tapi apa tujuan dia nak mainkan perasaan aku tu? Aku ni baik sangat ke? *perasan*


So sampai la pagi ni aku dapat tau berita yang gf dia tinggalkan dia dan berkahwin dengan lelaki lain. Tapi adik-adik dia ni tak sedar apa yang abang kesayangan diorang dah lakukan pada perempuan-perempuan lain. Diorang marah, mengamuk, mencaci, menghina tapi diorang tak tau apa yang telah berlaku disebalik kehidupan abang kesayangan mereka. Bagi aku inilah balasan yang tuhan nak tunjuk pada si ex ni. Aku sedar aku bukan tuhan nak menghukum atau judge people from their sin. But I'm grateful tuhan tunjukkan ini pada dia supaya dia sedar perasaan perempuan bukan untuk dimainkan. Hati wanita untuk dijaga, dibelai, bukan untuk dilukai. Syukur alhamdulillah tuhan beri petunjuk pada aku yang dia bukan la lelaki untuk aku dan bukan untuk perempuan-perempuan yang teraniaya itu. So guys, remember... KARMA DID HAPPEN. Kalau kita buat jahat kat orang, satu hari tuhan akan balas. Kalau bukan kat dunia, mungkin kat akhirat...

What goes around comes back around.......


Peace.

3 Komen sikit-sikit sudah:

kaSih.CinTa.GadiS said...

Aiceh...nie apa citer teringat ex nie??hahaha...nak kawen dah! biorkan si luncai dengan labu-labu nya!hikhik!

deqnoor said...

hihi... lelaki2. susah utk dimengerti. everything happen with purpose and now u realize what kind of men he is. mesti rasa rugi menangis bagai utk lelaki itu kn. hee... xpe2. biarkan dia... :p

Azura Ayu said...

Thx for ur support guys... biasanya first love susah nak lupe kan?

Post a Comment