Monday, August 13, 2012

Demam & Nursing Strike


Rabu lepas Rayyan demam, tapi suhu takde la melampau tinggi. Masa belah siang aku tinggal Rayyan, MIL cakap badan Rayyan panas-panas. So MIL lap-lap kan badan dengan kain basah. Petang tu sampai rumah aku check suhu badan Rayyan dah 37.7. So memang ada demam sikit. Lepas nursing aku bagi makan ubat yang Rayyan dapat masa ambil vaccine 3 bulan. Lepas berbuka tidurkan Rayyan, dan setiap 3 jam aku pantau suhu badan dia. Alhamdulillah pagi tu suhu dah ok. 

The next day aku ambik EL dan bawak Rayyan pergi klinik. Kebetulan husband pun tak sihat jadi kami anak beranak ke klinik bersama-sama like one happy family =) This is Rayyan first fever dari start dia dilahirkan so I'm not surprised sebab normal la baby demam sikit. Bak kata mak aku - nak cari akal baru. Mungkin la kot sebab Rayyan belum meniarap lagi. Tapi tengok gaya demam macam belum boleh meniarap lagi tapi dah pandai buat gaya mintak adik baru. Ngeh3... Lom lagi la Rayyan, mam not ready ok!

Macam tak demam je.

Selesa plak klinik ni, ada sofa

Ayah pegang macam nak cekik Rayyan je

Apart of demam yang dah masuk hari ke 5 which is agak membimbangkan tapi kadang-kadang tak la risau sebab dia deman on and off. Siang ok, malam je panas. Tapi apa yang merisaukan aku bila Rayyan refused direct feeding (df) aka nursing strike. Aku selalu baca pasal benda  ni tapi tak sangka bernda ni terjadi pada aku. Aku cuba juga google pasal nursing strike ni and mostly cakap mungkin baby rasa tak selesa ataupun sakit pada mulut. Mungkin la juga sebab Rayyan kan tengah demam so standart la baby banyak songeh. Sama la dengan kita yang dah dewasa ni. Kalau demam mesti banyak ragam kan.

Tapi aku sebagai mak aku rasa sedih la jugak bila anak tak nak df. In fact start dari hari Jumaat malam sampai la ke hari ni Rayyan taknak df. Dia nak bottle feed je.. Aku sebenarnya tak la kisah sangat sebab susu yang dia minum dalam botol tu pun fresh EBM. Tapi bagi aku agak leceh la, instead of selak je baju kena perah, sejukkan dalam chiller, pastu bila dia nak minum kena panaskan. Dari satu step jadi 3 step. Haih, tak baik mengeluh tapi tula.. Yang paling kecewa bila dia taknak df aku rasa macam Rayyan tak sayang mama ke? Sedih...

Ada la aku baca tips mengatakan cuba pujuk baby, pujuk pelan-pelan kang dia lapar mesti dia minum. Rayyan pulak kalau dah lapar dia mengamuk je terus. In fact bila duduk kat lap dia meronta-ronta tak nak df. Makin di hala makin mengamuk.. Sedih kan? So aku pun terpaksa la keluarkan EBM panaskan bagi dia minum. Menangis dalam hati ni... Masa post ni ditulis pun aku rasa nak menitik air mata.

Korang ada tips lag tak macam mana nak handle nursing strike ni? Kalau boleh taknak la lama-lama sebab rindu sangat Rayyan duduk atas riba sambil pegang-pegang tangan aku. Sekarang ni dah pandai selak-selak tudung cari nenen. Ada je akal baru tapi baru je nak enjoy dah kena nursing strike. 

Doakan Rayyan sihat dan everything back to normal.

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment