Semenjak-menjak dah ada anak ni hobi kite survey harga pampers kat supermarket. Ada juga kawan-kawan suggest beli cloth diapers tapi sesungguhnya aku tersangatlah malas. Kurang-kurang kena ada 10 keping dalam stok dan harga sekeping bukannya murah. Boleh cecah RM50 sehelai. Tapi sekarang dah banyak CD yang murah-murah tapi kemalasan mengatasi segalanya. Sedangkan baju aku laki bini pun cuci seminggu sekali, kalau CD plak macam mana? Yang nak kena cuci hari-hari, mak tak rajin nak...
Kat sini aku nak bagi review jenama lampin yang Rayyan pernah try sejak lahir. Harap-harap dapat membantu parents yang tercari-cari jenama lampin yang sesuai untuk anak mereka *ayat mcm presentation dalam class pulak*
Huggies New Born
Aku beli brand ni atas suggestion seorang kawan dengan alasan saiznya yang kecil dan sangat sesuai untuk new born. Sesetengah brand tulis je new born tapi besar gabak macam saiz M. SInce Rayyan lahir berat dia 3.19 kg so saiz new born ni memang sedang elok je untuk dia. Bila saiz ni dah habis aku beli yang saiz S. Besar sikit tapi still ok.
Tentang serapan menggunakan Huggies new born ni bagi aku ok la. Untuk baby new born dia bukannya kencing banyak sangat. Tapi bila nak poo poo ada problem sikit. Rayyan punya pattern bila nak poo poo dia suka meneran kuat-kuat. So hasil teranan tu memang agak luar biasa sikit. Kadang-kadang boleh bocor, tak pun licking keluar dari belah atas punggung dan sisi kanan kiri kat belah punggung tuh. Korang faham-faham la baby new born ni kerja dia memang poo poo je hari-hari. Kadang tu baru je salin lampin dia selamba je poo poo. Dah kena salin lagi sekali.. Sabar jela. So far sepanjang pakai lampin jenama ni Rayyan tak pernah kena diaper rash.
Harga paling murah aku pernah dapat ialah RM26++ untuk 52 keping (saiz newborn) *kalau tak silap* Untuk saiz S kuantiti dah berkurang. Harga RM22 untuk 40+ keping kat Speedmart.
Pet Pet
Sebenarnya tak berapa minat pun brand ni tapi since kawan-kawan office ramai yang rekemen sebab kualiti dia yang boleh tahan dan harga yang agak economical so aku beli la jugak. Bagi aku kualiti dia tak banyak beza pun dengan Huggies.Aku try pakai Pet Pet pun masa Rayyan masih lagi dalam pantang.
Tapi aku stop pakai Pet Pet bila suatu hari aku perasan naik ruam kat celah-celah punggung Rayyan. Aku ingat salah aku ke cuci tak betul? Tapi pelik kenapa masa pakai Huggies takde pulak. Ish, pelik... So demi keselamatan kulit anak aku, aku stop pakai Pet Pet dan sampai sekarang pun aku tak pernah continue dengan Pet Pet. Kang merah-merah punggung anak aku naya je.
Untuk harga aku tak sure harga yang paling rendah aku boleh dapat. Masa aku beli dulu harga untuk saiz new born ialah RM29.90 untuk 64 keping.. Si Didie bagitau Pet Pet kat Manjaku murah. AKu pun tak pernah jenguk tapi kalau korang rajin pergi la survey-survey ye..
Mamy Poko
Bila Rayyan dah hampir melepasi fasa habis perpantang, aku try Mamy Poko pulak. Jenama ni tak perlu nak explain banyak-banyak memang the best. Mamy Poko pun ada saiz yang new born tapi ketika shopping diapers masa sarat mengandung, Mamy Poko takde sale. So terpaksa pilih Huggies. Tapi kebetulan haritu ada terbaca iklan Tesco ada promotion RM41.90 untuk jumbo pack. Mak aku pun kebetulan nak pergi Tesco Kuala Selangor, kirim la 2 pack Mamy Poko. Untuk jumbo pack saiz S ada 72 keping. Agak berbaloi pada ketika itu. Namun pada ketika ini saiz Rayyan dah meningkat ke saiz M. Satu pack hanya ada 64 keping sahaja. *sadis* Tapi tetap beli kalau ada sale. Latest sale kat Jusco last month harga RM83 untuk 2 pack saiz jumbo. Bermakna sebungkus dapat harga RM41.50
So far Mamy Poko memang terbaik lah dengan harga dan kualiti. Lapiknya lembut, serapan pun bagus. Pernah sekali tu Rayyan kencing sampai penuh lampin tapi bila aku pegang surface lampin tu, dalam hati kata "kering nya!" Punya la banyak Rayyan kencing tapi surface dia memang kering. Tapi satu je downside yang aku tak berapa gemar kat Mamy Poko ni. Kat belah belakang dia tu takde getah aka elasctic waist band yang boleh tarik-tarik macam pant tuh. So nya bila Rayyan meneran, poo poo boleh licking dari belah atas tu. Kadang tu senang je terlondeh-londeh sebab takde getah tu. Macam kita la jugak kalau pakai kain yang getah dah loose mesti boleh terlondeh kan.
Overall Mamy Poko memang aku punya all time favorite tapi harga pulak yang tak berapa nak favorite. Last week ada promo harga RM43.90 tapi aku tak beli sebab aku nak tunggu harga RM41.90. Kalau ada promo memang aku beli banyak buat stok terus.
Huggies Total Protection & Huggies Ultra
Haaa...kenapa aku sekalikan review untuk dua jenis lampin ni? Sebabnya dua-dua ni bagi aku tak banyak beza.
Huggies Total Protection adalah updated version dari Huggies Dry Comfort. Mula-mula aku try Huggies Total Protection sebab nak selang seli dengan Mamy Poko yang mahal tu. Yang ni nak letak rumah MIL untuk Rayyan pakai belah siang. Belah malam pakai Mamy Poko la kononnya.
Pada pendapat aku Huggies Total Protection ni boleh tahan juga. Tapi kelembutan dia tak lawan dengan Mamy Poko. Katanya boleh tahan up to 10 hours and it does true to it's word! Yang paling aku suka dia ada getah dekat belakang so bila Rayyan poo poo takde dah licking. Cumanya bila Rayyan kencing banyak gel dia mengembang dan jadi keras. Macam mana eh nak explain. Tapi tula kalau nak compare ngan Mamy Poko bila gel tu mengembang lampin tak jadi keras. Bila terhimpit kat bebird Rayyan takde la mengecut. Faham tak? Hahahahaha....
Sama juga dengan Huggies Ultra ni. Ada sorang kawan cakap Huggies Ultra ni setanding Mamy Poko. Bagi aku Huggies Ultra masih lagi tak setanding Mamy Poko. Tapi kalau nak compare dengan Huggies Total Protection, tak banyak beza pun. Cuma material dia lagi lembut dan kapas dia tebal sikit je. Dari segi serapan dan ketahanan sama je. Katanya tahan sampai 12 jam tapi aku pernah try Huggies Total Protection sampai 12 jam pun masih ok. Dua-dua pun Rayyan sesuai, dua-dua pun didn't cause rashes sebab Huggies ni memang diuji secara klinikal untuk mengelakkan ruam lampin.
Overall dua-dua jenis ni memang bagus sebagai pengganti Mamy Poko bila aku dah sengkek kelak. Dari segi harga Huggies Total Protection harga paling murah aku dapat ialah RM29.90 untuk 64 keping kat kedai Kassim Sungai Besar. Kat KL tak dapat pun harga ni, paling murah pun RM34.90. Untuk Huggies Ultra pulak aku beli RM36.90 kat Jusco. Belum pernah beli untuk second purchase sebab yang ni baru je try minggu lepas. Kalau jumpa harga lagi murah aku akan update.
So far itu je jenama lampin yang aku pernah cuba untuk Rayyan. Haritu ada juga dapat sample dari Diapex tapi saiz kecil la pulak. Ada saiz S sedangkan Rayyan bam bam tu dah pakai saiz M. Nak bagi review pun tak boleh. Nanti la next time nak try Diapex pulak. And owh, pull up pants pun on the list. Since Rayyan sekarang ni dah lasak nak pakaikan diapers pun melonjak-lonjak. Punggung ke mana, lampin ke mana. Sabar jela..