Friday, February 17, 2012

Budak Zaman Sekarang



Budak zaman sekarang ni bukan macam kita dulu-dulu. Main basikal, main pasir, main pondok-pondok.. Sikit-sikit PSP la, PS2 la, iPad la. Mana nak main outdoor macam kite dulu-dulu. Kita dulu kalau dapat basikal rasa dah heaven sangat. Tapi adik bongsu aku si Iman tu dah darjah 2 pun basikal pun pakai tongkat 2 lagi. Bila cabut sebelah dah menggelabah... Tu belum cabut dua-dua, sampai tak sudah tak pandai bawak basikal.



Haritu bapak aku janji kalau dia pandai bawak basikal tanpa roda kecik tu nak belikan motor. Tapi tup-tup abang aku upload gambar motor kecik dengan si budak nemok di atasnya. Aku ingatkan basikal dengan rupa bentuk seperti basikla. Rupanya motor betul! Ish, umo tak masuk 8 tahun dah dapat motor betul-betul. Lesen takde pun jadi tau. Memang canggih... Bapak aku memang spoilkan dia kan. Untung laaaaaaaaaaaaa.... Entah-entah sok abis tingkatan 5 terus je belikan kereta. Huh.... *jeles*




Ini adalah motor sebenar, bukan replika. Bersama seorang budak nemok di atasnya



Okbai!




Wednesday, February 15, 2012

Anemia Lagi...



Just a short post...




Semalam checkup HB level turun dari 9.9/11 ke 9.2/11. Dah penat dah makan hati dengan daging yang bukan fevret aku tuh. Dah jenuh telah vitamin C + iron tablet, dah jenuh jugak minum air oren or anything yang mengandungi vitamin C seperti yang disarankan oleh doctor. Coffee dengan tea dah banyak cut off, I sacrificed my pleasure only for my baby *over!*





Bersabarlah wahai anakku.... Mamamu sedang berusaha menambahkan bilangan hemoglobin untuk keperluanmu di dalam perut.




Ape nak buat ni??????????????????





Friday, February 10, 2012

Selesema Lagi



Haih...kali ni entah masuk kali ke 3 atau ke 4 aku kena selesema masa mengandung. Tak  tau la kenapa cepat sangat kena tapi yang aku perasan bila aku tak cukup rehat, kurang tidur memang cepat je kena selesema. Masa cuti Malulidur Rasul tu ingatkan nak berehat-rehat kat rumah, tapi mak nak buat kenduri doa selamat sebab aku dah 7 bulan mengandung. Dah la tak panggil sedara mara untuk rewang, sudahnya kami je anak beranak masak beriya-iya walaupun jemputan hanyalah adik beradik dua-dua belah mak bapak aku je. Tapi korang kena ingat, adik beradik mak bapak aku ramai! Panggil diorang je anak beranak bersama cucu cicit dah serupa macam kenduri kahwin tau!


Dengan mak aku punya menu yang ada la dekat 7 jenis. Eh jap yeke 7 jenis? Ayam masak kicap, sambal udang, sayur campur, kari daging, ikan keli panggang, ikan kembung panggang, kuih karipap, kuih sagu, buah-buahan, rojak, birthday cake untuk Mia, eh...dah berapa tu? Ha, ada 11 menu! Semuanya masak sendiri. Gila! Masak dari pagi sampai malam tak sudah-sudah! Hahahahaha..... Macam tu ka kaedahnya bila mak bapak aku nak jamu orang. Takde nye menu 3,4 jenis mesti cecah seploh. Malam tu kami anak beranak bergelimpangan kepenatan sampaikan malam lepas kenduri tu semua pengsan sambung je kemas esok pagi. 


Walaupun aku ni duduk dalam kategori Mak Yong, tapi nak tak nak kena la tolong buat kerja walaupun sikit. Tak reti la tengok mak buat kerja macam-macam tapi aku duduk je. Paling-paling pun tolong lap pinggan, bancuh air oren, susun-susun lauk, sapu lantai sikit-sikit ye dak? Walaupun ada dua orang bibik tapi yela, takkan nak suruh diorang je buat kerja..Diorang tu siap jage anak-anak abang aku yang 'baik-baik' tu. Sikit-sikit bibik, sikit-sikit bibik. Haih.... Budak sekarang memang spoil. Yang untung mak bapaknya boleh rehat goyang kaki. Eh?


Habis je kenduri dah hari Selasa. Tu jela masa yang ada untuk rehat tapi tu pun takde la rehat sangat sebab sambung mengemas yang tak sudah-sudah. Aku kan sekarang ni biar la belah siang penat macam mana sekalipun, belah malam mesti tidur tak lena. Aku rasa benda ni normal untuk orang mengandung dan perkara ni pun dah jadi normal dalam rutin hidup aku. Tapi bila badan penat, tidur tak lena sampai bila la badan ni boleh bertahan? Sudahnya sakittttttt..... Lalu selesema seperti hari ni. Harap-harap jangan la demam tu je. 


So kalau korang perasan kat ticker tu harini baby dah genap 31 weeks. Cepat giler masa berlalu! Yang aku ni entah sedia entah tak nak beranakkan budak kecik ni. Sebenarnya tak sabar nak tunggu dia keluar sebab banyak sangat benda yang tak ready. Tapi aku berserah kepada Allah, mudah-mudahan ada rezki untuk anak aku ni. Mohon korang doakan kesihatan dan kesejahteraan aku dan anak aku. 


Till next time, toodle~


Friday, February 3, 2012

It's February and I Had An Anemia



Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Tau-tau je dah February which means aku ada lebih kurang 2 bulan before baby deliver. Memang la sesetengah orang cakap buat apa nak takut, pahala banyak. Ye memang betul,  tapi siapa yang tak takut mati kat sini? 



Masa hari selasa haritu pergi chekup lagi dengan doctor. Disebabkan sekarang baby dah 7 bulan so makin kerap la date dengan doctor and nurse. Makin letih dibuatnya.. Dah la baru-baru ni anemia makin teruk. Haritu HB reading 10.8 over 11. Tapi sekarang nid ah jadi 9.9 pulak. Makin sedap la nurse tu membebel sampai naik pitam rasanya. Memang masa hari chekup tu aku ada rasa macam nak pitam, tapi aku ingatkan aku lapar / penat menunggu / nurse membebel etc2. Rupa-rupanya itu memang symptom anemia. Amik kau, sekali dia tangkap, ting tong dibuatnya. And then masa hari Rabu kan cuti Hari Wilayah so sebagai seorang warga wilayah aku pun dengan senang hatinya berguling-guling kat rumah. Tapi entah macam mana around pukul 10 pagi macam tu, aku rasa mata kabur kepala berpinar-pinar. Oh shit, sah anemia lagi! The whole day aku tak bangun, just baring atas katil je sebab bila nak berdiri je mesti rasa nak tumbang. Seriously aku taubat.. Lepas ni taknak skip makan ubat, taknak dah minum coffee or tea. Takut!


Macam ni yang jadi kat aku for the last 3 days. *picture credit to google*


Korang tau tak apa akibatnya kalau kita kurang kandungan hemoglobin dalam darah? Yang nurse tu bagitau ianya akan menyababkan tumpah darah during deliver tapi bila aku google, ianya adalah lebihd ari itu! Kenapa tak explain awal-awal? Takde la aku panik dah macam sekarang ni. Jom kita baca penjelasan ringkas mengenai anemia during pregnancy.


"The third trimester is the period where the needs for iron are the largest. Anemia in pregnancy could result in premature birth and low birth weight fetus. Thus, it is important that the mother takes supplementary iron in her nutrition. Anemia and the fetal birth weight have a proportional relationship. The weight of the fetus is greater if the concentration of hemoglobin is higher. A low birth weight fetus often results from preterm birth, which is another consequence of anemia. Preterm birth greatly influences the health of the fetus. Thus, iron deficiency anemia is a risk factor in early pregnancy. Iron deficiency anemia in pregnancy is also associated with the child’s nervous system and behavior development. It can cause irreversible damage to the child. Therefore, iron is an important micronutrient for the child’s neurological function and development."

 
 
Oleh itu, sila jaga diri baik-baik ye ibu-ibu mengandung. Tapi kan menurut mak aku, dulu pun masa dia pregnantkan kitorang dia selalu kena anemia tapi yang aku pelik elok je kitorang ni lahir besar gabak. Semua lahir berat tak kurang 3.5 kg. Macam mana tuh??