Thursday, March 29, 2012

Susah Hati

Lamanya tak update blog. Last week kena warded, this week rehat kat rumah je.. Ahad ni kena masuk ward balik sebab hari Isnin nak kena induce. macam-macam ada dalam fikiran ni.. Sebenarnya taknak fikir sangat, aku serahkan semuanya kepada Allah. Bagi aku Allah tahu segala-galanya. Kita merancang, tuhan menentukan... Ye la, sapa tak risau bila kena bersalin paksa ni. Mak aku sampai tak tidur malam memikirkan aku yang nak kena paksa bersalin ni.


Aku tahu, sepanjang aku sakit seminggu kat wad haritu parent aku sangat-sangatlah risau. Doktor bagitau aku ada darah tinggi sampai level yang sangat bahaya. Bayangkan masa mula-mula admit bp aku 160/110 gila apa? Bapak aku yang dah berpuluh tahun diagnose darah tinggi pun tak pernah melampau macam aku. Tambah merisaukan diorang ialah bila doctor bagitau heartbeat aku tak stabil. Bila buat blood test, tengok-tengok aku kekurangan potassium which lead to heartbeat yang tak stabil. Patut la sebelum ni aku rasa semput, sesak nafas, mengah etc. Aku ingatkan normal la orang pregnant ni mengah kan. Bila dah masuk wad, buat blood test baru la kita tau macam-macam penyakit yang kita ada. Tapi syukur alhamdulillah aku tak disahkan diabetic. Kalau tak memang duduk wad sampai bersalin la jawabnya....


So sekarang ni aku hanya mampu berserah kat Allah jika itu jalan terbaik buat aku dan anak aku. Takut tu memang la takut, tapi apa yang aku mampu lakukan ialah, jaga kesihatan, rehat secukupnya, taknak stress, dan berserah segalanya kepada Allah. Mohon doakan keselamatan dan kesihatan kami berdua. mohon dipermudahkan proses kelahiran tu nanti, kalau boleh biarla secara normal, taknak ceaser ke apa ke... oh, btw, ahad ni aku admit kat hospital Teluk Intan. macam mana boleh lari sampai ke sana? Nanti next entry aku cerita macam mana peristiwa dimasukkan ke wad.


See ya later, assalamualaikm....

Wednesday, March 21, 2012

Warded..

Warded due to critical hypertension and unstable heartbeat. But the baby doing just fine. Pray for us!

Thursday, March 15, 2012

Surprise Baby Shower!



*Suddenly rajin update blog sebab dah gembira*



This is a surprised party held by Didie and the geng. Didn't expect anything sampai la aku sampai di tempat kejadian pun aku still blur. Yelah, diorang ajak gi makan kat Pizza Hut Wangsa Maju, so aku fikir ok jela.. Standart la makan-makan kan. Tapi cuma terdetik kenapa si Akak tiba-tiba join. Bukan untuk menidakkan kehadiran Akak, tapi selalunya dia jarang join sebab dia dah ada anak, rumah dan tempat kerja pun jauh. Apa-apa pun sangat-sangat appreciate ko datang sebab dah lama sangat tak jumpa ko!


As usual, gambar semua dicilok dari FB Didie. Thanks Di, ko lah planner, ko lah organizer. Memang cute sangat party set up yang ko buat tu.. Terharu sangat-sangat. Seriously masa mula-mula sampai Didie jerit surprise! tu aku macam blur. Surprise mende? Sampai la aku nampak gambar aku kat seat tuh. Hahahah! Rupa-rupanya korang dah pakat dengan laki aku eh?? Patut la dia macam baik lain macam je.. Nak mintak permission keluar dengan korang pun smooth and silky. Chewahhhh....





Aku yang bertukar dari blur ke suprised.

Nearly 9 month pregnant!

Handbag ganti husband sebab dia tak boleh join

Us!

Camwhoring 1

Camwhoring 2

This is before aku sampai. Akak over excited kan?

With Ipan and Che Ziela

With Didie, Ipan and Akak


Us with Ipan.. Baru baik demam tapi kena demam balik ye..

Ummi Diana tak dapat join. Beiya-iya planning tp last-last tak dapat join

The gift. Mak aku cakap "baby tak keluar lagi dah dapat hadiah?" Thanks alot korang!!!

Comel je abang Ipan. Get well soon dear.


Last but not least, thank Didie, Che Ziela, Akak and Diana sebab secretly organized party ni untuk aku. Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup spend masa, tenaga dan duit untuk aku. Tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Walaupun party ni sangat-sangat simple tapi ianya sangat-sangatlah bermakna dalam hidup aku. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik korang. Sayang korang sangat-sangat. *hugs!*