Lamanya tak update blog. Last week kena warded, this week rehat kat rumah je.. Ahad ni kena masuk ward balik sebab hari Isnin nak kena induce. macam-macam ada dalam fikiran ni.. Sebenarnya taknak fikir sangat, aku serahkan semuanya kepada Allah. Bagi aku Allah tahu segala-galanya. Kita merancang, tuhan menentukan... Ye la, sapa tak risau bila kena bersalin paksa ni. Mak aku sampai tak tidur malam memikirkan aku yang nak kena paksa bersalin ni.
Aku tahu, sepanjang aku sakit seminggu kat wad haritu parent aku sangat-sangatlah risau. Doktor bagitau aku ada darah tinggi sampai level yang sangat bahaya. Bayangkan masa mula-mula admit bp aku 160/110 gila apa? Bapak aku yang dah berpuluh tahun diagnose darah tinggi pun tak pernah melampau macam aku. Tambah merisaukan diorang ialah bila doctor bagitau heartbeat aku tak stabil. Bila buat blood test, tengok-tengok aku kekurangan potassium which lead to heartbeat yang tak stabil. Patut la sebelum ni aku rasa semput, sesak nafas, mengah etc. Aku ingatkan normal la orang pregnant ni mengah kan. Bila dah masuk wad, buat blood test baru la kita tau macam-macam penyakit yang kita ada. Tapi syukur alhamdulillah aku tak disahkan diabetic. Kalau tak memang duduk wad sampai bersalin la jawabnya....
So sekarang ni aku hanya mampu berserah kat Allah jika itu jalan terbaik buat aku dan anak aku. Takut tu memang la takut, tapi apa yang aku mampu lakukan ialah, jaga kesihatan, rehat secukupnya, taknak stress, dan berserah segalanya kepada Allah. Mohon doakan keselamatan dan kesihatan kami berdua. mohon dipermudahkan proses kelahiran tu nanti, kalau boleh biarla secara normal, taknak ceaser ke apa ke... oh, btw, ahad ni aku admit kat hospital Teluk Intan. macam mana boleh lari sampai ke sana? Nanti next entry aku cerita macam mana peristiwa dimasukkan ke wad.
See ya later, assalamualaikm....
MICHELIN Guide Ceremony 2025 KL Penang
4 weeks ago
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment