Showing posts with label PREGNANCY. Show all posts
Showing posts with label PREGNANCY. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Susah Hati

Lamanya tak update blog. Last week kena warded, this week rehat kat rumah je.. Ahad ni kena masuk ward balik sebab hari Isnin nak kena induce. macam-macam ada dalam fikiran ni.. Sebenarnya taknak fikir sangat, aku serahkan semuanya kepada Allah. Bagi aku Allah tahu segala-galanya. Kita merancang, tuhan menentukan... Ye la, sapa tak risau bila kena bersalin paksa ni. Mak aku sampai tak tidur malam memikirkan aku yang nak kena paksa bersalin ni.


Aku tahu, sepanjang aku sakit seminggu kat wad haritu parent aku sangat-sangatlah risau. Doktor bagitau aku ada darah tinggi sampai level yang sangat bahaya. Bayangkan masa mula-mula admit bp aku 160/110 gila apa? Bapak aku yang dah berpuluh tahun diagnose darah tinggi pun tak pernah melampau macam aku. Tambah merisaukan diorang ialah bila doctor bagitau heartbeat aku tak stabil. Bila buat blood test, tengok-tengok aku kekurangan potassium which lead to heartbeat yang tak stabil. Patut la sebelum ni aku rasa semput, sesak nafas, mengah etc. Aku ingatkan normal la orang pregnant ni mengah kan. Bila dah masuk wad, buat blood test baru la kita tau macam-macam penyakit yang kita ada. Tapi syukur alhamdulillah aku tak disahkan diabetic. Kalau tak memang duduk wad sampai bersalin la jawabnya....


So sekarang ni aku hanya mampu berserah kat Allah jika itu jalan terbaik buat aku dan anak aku. Takut tu memang la takut, tapi apa yang aku mampu lakukan ialah, jaga kesihatan, rehat secukupnya, taknak stress, dan berserah segalanya kepada Allah. Mohon doakan keselamatan dan kesihatan kami berdua. mohon dipermudahkan proses kelahiran tu nanti, kalau boleh biarla secara normal, taknak ceaser ke apa ke... oh, btw, ahad ni aku admit kat hospital Teluk Intan. macam mana boleh lari sampai ke sana? Nanti next entry aku cerita macam mana peristiwa dimasukkan ke wad.


See ya later, assalamualaikm....

Thursday, March 15, 2012

Surprise Baby Shower!



*Suddenly rajin update blog sebab dah gembira*



This is a surprised party held by Didie and the geng. Didn't expect anything sampai la aku sampai di tempat kejadian pun aku still blur. Yelah, diorang ajak gi makan kat Pizza Hut Wangsa Maju, so aku fikir ok jela.. Standart la makan-makan kan. Tapi cuma terdetik kenapa si Akak tiba-tiba join. Bukan untuk menidakkan kehadiran Akak, tapi selalunya dia jarang join sebab dia dah ada anak, rumah dan tempat kerja pun jauh. Apa-apa pun sangat-sangat appreciate ko datang sebab dah lama sangat tak jumpa ko!


As usual, gambar semua dicilok dari FB Didie. Thanks Di, ko lah planner, ko lah organizer. Memang cute sangat party set up yang ko buat tu.. Terharu sangat-sangat. Seriously masa mula-mula sampai Didie jerit surprise! tu aku macam blur. Surprise mende? Sampai la aku nampak gambar aku kat seat tuh. Hahahah! Rupa-rupanya korang dah pakat dengan laki aku eh?? Patut la dia macam baik lain macam je.. Nak mintak permission keluar dengan korang pun smooth and silky. Chewahhhh....





Aku yang bertukar dari blur ke suprised.

Nearly 9 month pregnant!

Handbag ganti husband sebab dia tak boleh join

Us!

Camwhoring 1

Camwhoring 2

This is before aku sampai. Akak over excited kan?

With Ipan and Che Ziela

With Didie, Ipan and Akak


Us with Ipan.. Baru baik demam tapi kena demam balik ye..

Ummi Diana tak dapat join. Beiya-iya planning tp last-last tak dapat join

The gift. Mak aku cakap "baby tak keluar lagi dah dapat hadiah?" Thanks alot korang!!!

Comel je abang Ipan. Get well soon dear.


Last but not least, thank Didie, Che Ziela, Akak and Diana sebab secretly organized party ni untuk aku. Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup spend masa, tenaga dan duit untuk aku. Tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Walaupun party ni sangat-sangat simple tapi ianya sangat-sangatlah bermakna dalam hidup aku. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik korang. Sayang korang sangat-sangat. *hugs!*



Iberet Folic - Supplement For Anemia


Oh, harini saya *tetibe* tersangatlah gembira. Pagi tadi pergi checkup dan mendapati HB level is back to nornal! Woott wotttt... Alhamdulillah... Korang tau kan for the past two month i'm suffering from anemia *suffer ke?* Dah dua bulan lebih aku struggle nak kembalikan HB level ke normal tapi tak berjaya. Setiap kali checkup je mesti menurun. Ini adalah rentetan bacaan HB aku :-


9/1/2012 - 10.8
16/1/2012 - 10.4
31/1/2012 - 9.9
15/2/2012 - 9.2
28/2/2012 - 9.2
15/3/2012 - 11.4 *akhirnya!!!!!*


See, nampak tak reading tu makin lama makin menurun sampai la harini checkup baru la reading tu back to normal. Naik mendadak ok! Sampaikan nurse pun pelik macam mana boleh naik sampai macam tu sekali? Awak makan ape? Haaaa.... ni yang nak habaq ni.


Masa mula-mula disahkan ada anemia *which is perkara biasa yang dialami oleh ibu mengandung especially bila baby makin membesar* aku memang tak keruan jugak la. Lagi-lagi bila reading cecah 9.9. FYI, normal reading adalah 11 so jila HB level adalah kurang dari 11 so beware. Kalau korang nak tau apa kesan anemia kepada baby boleh baca kat sini. Kepada korang yang mengikuti blog aku korang mesti tau betapa aku meroyan setiap kali checkup HB aku menurun.


So, nak dijadikan cerita, dua minggu lepas bila checkup aku aku tengok HB aku tak berganjak-ganjak aku dah mula susah hati. Lepas tu entah macam mana kepala otak aku ni cuba berfikir out of the box. Jangan kata aku tak makan supplement, makanan  yang rich in iron bla3... I've done it before and it didn't works - AT ALL!! Selama ni aku cuma makan iron tablet aka ferrus yang Klinik Kesihatan provide. Dari sebijik sehari, sampai la dua biji sehari, sampai la ke empat biji sehari. Makan hati ayam almost every single day dan sampaikan nurse set kan appointment jumpa dietion / pakar nutrisi nak betulkan balik cara pemakanan aku. Tapi non of them works. In fact aku berpantang minum kopi, teh dan milo sampai tahap kempunan sangat-sangat. Sian anak aku mesti lahir sok ngences...


Ok, kita sambuung cerita thinking out of t he box tadi tuh. Satu hari aku terfikir nak beli supplement sendiri kat farmasi. Kebetulan haritu pergi Wangsa Walk, kan ada farmasi Vitacare kat situ so aku pun bertanya-tanya la supplement apa yang sesuai untuk anemia bagi pregnant woman kan. Orang tu pun suggest ubat ni.... Katanya ubat ni sangat-sangat bagus sebab dia sendiri pun dulu masa pregnant kena anemia dan dia makan ubat ni dan ianya sangat-sangat berkesan. In fact, most private hospital pun guna ubat ni untuk mengubati anemia. 


Iberet Folic harga RM32.70 untuk 30 tablets

Apa kandungan yang ada dalam ubat ni? Meh sini kita list down sikit. Ianya mengandungi Iron, vitamin C, B complex dan folic acid. Kiranya kombinasi vitamin-vitamin tu tersangat-sangatlah lengkap. Kiranya  they complete each other la. Contohnya Iron tu diperlukan untuk menambah hemoglobin dalam darah. Tapi iron memerlukan vitamin c yang bertindak seperti magnet untuk menyerap iron tu. B compleks pun sama, ianya membantu menambah darah dan folic acid pula bertindak sebagai penguat rahim sebabnya bila seseorang itu mengalami anemia, ada risiko untuk baby keguguran. Faham?


After consuming ubat ni lebih kurang 2 minggu *sebenarnya tak sampai dua minggu pun* now dah nampak hasil. In fact masa aku makan ubat ni aku tak makan pun hati ayam, ada la makan daging, tapi danging mekdi, kurang makan sayur/ buah dan aku belasah je minum kopi/teh/milo macam biasa. Tapi aku tak galakkan korang ikut style aku, kalau boleh makan seperti biasa jangan main belasah macam aku. Cuma satu je kaedah yang aku amalkan which is - MAKAN UBAT NI MASA WAKTU SUBUH SEMASA PERUT TENGAH KOSONG. Rasionalnya ialah, zat besi/iron mudah diserap dengan keadaan perut yang berasid. Petua ni nurse yang bagi sebab sebelum ni makan iron tablet memang kena telan pagi-pagi so aku teruskan petua ni dan ianya berkesan. Alhamdulillah... Ha, satu lagi petua nak bagi. Kalau teringin minum kopi/teh/milo sekalipun, make sure jarakkan pengambilan ubat tu dengan masa nak minum kopi at least 2 jam. Sebab tu senang kalau telan ubat tu subuh-subuh, so by 8.00 - 9.00 pagi korang dah boleh minum kopi/teh/milo. Faham?


Harap tips aku bagi ni membantu korang yang ada anemia macam aku ni. Honestly aku sangat-sangat terkejut dengan perubahan ni dan aku bersyukur sangat-sangat. Bayangkan lah dari 9.2 naik ke 11.4 dalam masa kurang 2 minggu! So good luck guys!

Thursday, March 1, 2012

34 Weeks!!!!!!!!



Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! Esok baby genap 34 minggu. Sangat neves, but at the same time sangat excited tapi sangat takut. Macam mana tu? Here's what playing on my head bila dah dekat-dekat time deliver nih.


1) Doctor jangka aku bersalin awal bulan 4 which mean ada 4-5 minggu lagi tapi macam mana kalau baby keluar awal? Sebabnya ramai bagitau bila dah cecah 36 minggu tu standby jelaaaa bila-bila masa dia bole keluar. Ngeeeee! *gigit jari*

2) Boleh ke aku bersalin normal? Kot dibuatnya ada complication lepas tu kena operate macam mana? Takutttttt!

3) Cukup ke duit saving aku ni? Eh..

4) Kalau baby dah keluar tapi susu badan taknak keluar macam mana? Nanti anak aku kelaparan nak bagi apa? Aku kalau boleh taknak bagi susu formula. 

5) Kalau dibuatnya time aku sakit, aku tengah sorang-sorang. Husband kat Klang take time nak sampai sini. Kalau air pecah tengah-tengah malam macam mana?

6) Macam mana la rasa sakit nak bersalin tu ye? Ish...takutnyeeeeeeeeeeeeeee!

7) Cukup ke amal ibadah aku selama 9 bulan ni? Dah la banyak dosa.. Sedih :(

8) Semua benda pun takut, kalau mati time bersalin pun takut!



Ada orang pesan, buat apa nak takut. Kita kan bekerja dengan Allah, melahirkan anak ini kan kerja yang suci murni. Besar pahalanya.. Kalau mati pun terus direct je masuk syurga. Tapi tula, orang tak kuat iman macam aku ni memang macam tu. Sekarang ni cakap je takut, tapi bila sakit tu hilang nak buat anak lagi. Cheh...


Doakan aku selamat ye... Amin...



Wednesday, February 15, 2012

Anemia Lagi...



Just a short post...




Semalam checkup HB level turun dari 9.9/11 ke 9.2/11. Dah penat dah makan hati dengan daging yang bukan fevret aku tuh. Dah jenuh telah vitamin C + iron tablet, dah jenuh jugak minum air oren or anything yang mengandungi vitamin C seperti yang disarankan oleh doctor. Coffee dengan tea dah banyak cut off, I sacrificed my pleasure only for my baby *over!*





Bersabarlah wahai anakku.... Mamamu sedang berusaha menambahkan bilangan hemoglobin untuk keperluanmu di dalam perut.




Ape nak buat ni??????????????????





Friday, February 3, 2012

It's February and I Had An Anemia



Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Tau-tau je dah February which means aku ada lebih kurang 2 bulan before baby deliver. Memang la sesetengah orang cakap buat apa nak takut, pahala banyak. Ye memang betul,  tapi siapa yang tak takut mati kat sini? 



Masa hari selasa haritu pergi chekup lagi dengan doctor. Disebabkan sekarang baby dah 7 bulan so makin kerap la date dengan doctor and nurse. Makin letih dibuatnya.. Dah la baru-baru ni anemia makin teruk. Haritu HB reading 10.8 over 11. Tapi sekarang nid ah jadi 9.9 pulak. Makin sedap la nurse tu membebel sampai naik pitam rasanya. Memang masa hari chekup tu aku ada rasa macam nak pitam, tapi aku ingatkan aku lapar / penat menunggu / nurse membebel etc2. Rupa-rupanya itu memang symptom anemia. Amik kau, sekali dia tangkap, ting tong dibuatnya. And then masa hari Rabu kan cuti Hari Wilayah so sebagai seorang warga wilayah aku pun dengan senang hatinya berguling-guling kat rumah. Tapi entah macam mana around pukul 10 pagi macam tu, aku rasa mata kabur kepala berpinar-pinar. Oh shit, sah anemia lagi! The whole day aku tak bangun, just baring atas katil je sebab bila nak berdiri je mesti rasa nak tumbang. Seriously aku taubat.. Lepas ni taknak skip makan ubat, taknak dah minum coffee or tea. Takut!


Macam ni yang jadi kat aku for the last 3 days. *picture credit to google*


Korang tau tak apa akibatnya kalau kita kurang kandungan hemoglobin dalam darah? Yang nurse tu bagitau ianya akan menyababkan tumpah darah during deliver tapi bila aku google, ianya adalah lebihd ari itu! Kenapa tak explain awal-awal? Takde la aku panik dah macam sekarang ni. Jom kita baca penjelasan ringkas mengenai anemia during pregnancy.


"The third trimester is the period where the needs for iron are the largest. Anemia in pregnancy could result in premature birth and low birth weight fetus. Thus, it is important that the mother takes supplementary iron in her nutrition. Anemia and the fetal birth weight have a proportional relationship. The weight of the fetus is greater if the concentration of hemoglobin is higher. A low birth weight fetus often results from preterm birth, which is another consequence of anemia. Preterm birth greatly influences the health of the fetus. Thus, iron deficiency anemia is a risk factor in early pregnancy. Iron deficiency anemia in pregnancy is also associated with the child’s nervous system and behavior development. It can cause irreversible damage to the child. Therefore, iron is an important micronutrient for the child’s neurological function and development."

 
 
Oleh itu, sila jaga diri baik-baik ye ibu-ibu mengandung. Tapi kan menurut mak aku, dulu pun masa dia pregnantkan kitorang dia selalu kena anemia tapi yang aku pelik elok je kitorang ni lahir besar gabak. Semua lahir berat tak kurang 3.5 kg. Macam mana tuh??


Thursday, January 26, 2012

Buku Amalan Ibu Mengandung



Last week masa cuti raya cina aku balik kampung, yela laki aku mana ada kampung. Tu yang excited balik. Walaupun balik hari ahad sebab nak elakkan jem but who cares? Cuti kan panjang.. Buat apa nak rushing-rushing at the end spend masa atas jalan 3,4 jam sedangkan ko boleh rehat kat rumah goyang kaki depan tv dengan husband? Ceh, ayat poyo je. 


So nak cerita satu ni je, masa balik mak bagi aku buku ni.

Amalan ibu mengandung menurut al-Quran, as-Sunnah & Pengalam oleh Ustazah Siti Nor Bahyah


Siapa sini tak kenal ustazah ni? Ala yang tagline dia "manisnya kurma itu" Kalau tak kenal memang melampau kan. Tapi tula, kenapa la mak bagi buku ni masa aku dah 7 bulan? Kenapa tak bagi masa awal-awal mengandung haritu? Banyak sangat amalam yang tak terkejar nih. Tsk tsk  -_____- *takpela, better late than never*


Buku ni memang sangat berguna, banyak sangat tips dari mencari pasangan sampai la ke melahirkan anak. Banyak sangat tips dari segi agama, saintifik dan juga tradisional. Kiranya semua diorang compile dalam satu buku. I like..... Tapi bab yang aku paling suka adalah bab amalan kerohanian. Ada banyak doa contohnya doa mohon bertaubat, doa untuk anak soleh/solehah, doa nak dekat bersalin, doa selepas bersalin, ish....banyak la doa yang ada. Memang sangat-sangat helpful especially for first time pregger macam aku ni. Aku akui aku agak jahil tentang amalan-amalan orang mengandung ni,  yela dah aku pun baru first time mengandung kan. Paling-paling pun aku dengar orang cakap contohnya surah-surah yang bagus diamalkan ketika mengandung. Other than that memang tak tahu! 


Tapi syukur alhamdulillah bila mak bagi buku ni sekurang-kurangnya ada juga amalan-amalan yang aku kena praktikkan sebelum baby deliver within 2 months ni. So hopefully, siapa-siapa yang baru pregnant, pergi la kedai buku dapatkan buku ni. Actually kalau korang tanya aku exactly kedai buku mana nak beli aku memang tak tahu sebab buku ni pun mak aku yang beli kan? Aku suggest pergi kedai buku yang jual buku/cd ilmiah. Kalau kat MPH ke, Popular ke itu aku tak sure. Just go out and find one!


Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal!





Friday, January 20, 2012

Tip Perjalanan Jauh Untuk Ibu Mengandung. Alololo....


Bagus jugak jumpa tips ni kat page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Macam tau-tau je kan sekarang ni banyak cuti public holiday so of course la ibu-ibu mengandung yang comel ni banyak travel. Macam aku ni kampung takde la jauh sangat. Dalam dua jam perjalan je dari KL. Tapi since kami ni takde la drive merc ke, porche ke, so kadang-kadang perjalanan tu agak kurang selesa bagi orang mengandung macam aku ni. Last month aku skip trip ke Langkawi sebab memikirkan ketidak selesaan aku nak travel jauh-jauh especially naik kereta.

So, here's the tip. I hope it really help as  much as I do. Have a safe trip everybody!

***************************************************************


Kiut je gambar ni kan? *Picture credit to Google*

Bagi ibu mengandung yang hendak melakukan perjalanan jauh, beberapa faktor penting harus di ambil kira bagi memastikan keselamatan dan keselesaan diri serta bayi di dalam kandungannya. Antara faktor yang perlu di pertimbangakan ialah:-

* Usia kehamilan.
* Keadaan kesihatan kehamilan
* Kesihatan umum ibu yang mengandung
* Persekitaran perjalanan.

Pada lazimnya ibu yang mengandung pada usia kehamilan lebih 32 minggu tidak di galakkan melakukan perjalanan jauh. Ini adalah kerana jantung dan organ tubuh ibu yang mengandung akan bekerja lebih berat dari biasa dan tubuh ibu hamil akan lebih cepat merasa lelah dan daya tahan tubunya menjadi berkurangan.

Walaubagaimanapun, bagi membantu ibu-ibu hamil yang ingin melakukan perjalanan jauh terutamanya pada musim perayaan atau cuti, kami berikan beberapa tip yang berguna agar perjalanan anda akan berjalan dengan lancar seperti yang di rancangkan.

Tip-tip dan panduan ini banyak berhubung kait dengan kaedah perjalanan yang bakal di lalui dan jenis kenderaan yang akan di naiki.

Perjalanan menaiki kereta atau kenderaan darat

* Pilih lokasi tempat duduk yang paling selesa dan memudahkan anda untuk meluruskan kaki.
* Pastikan pengudaraan di dalam kenderaan atau penyaman udara berfungsi dengan baik.
* Bawa bersama bantal kecil untuk di jadikan alas punggung.
* Pakai pakaian yang longgar dan selesa serta mempunyai fabrik yang memudahkan penyerapan peluh.
* Beristirehat setiap dua jam sekali.
* Pilih lokasi istirehat seperti R&R yang mempunyai kemudahan untuk makan, minum, solat dan kemudahan tandas.

Perjalanan menaiki Coach atau Kereta api

* Membeli tiket dengan memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tandas bagi memudahkan pergerakan anda. (Ibu mengandung kebiasaanya akan kerap ke tandas).
* Elakkan dari mengangkat bagasi bersendirian. Sebaliknya mintalah bantuan orang lain untuk membawa dan mengangkat bagasi anda.
* Membawa pakaian sejuk untuk perjalanan malam.

Perjalanan menaiki Feri atau Kapal Laut

* Maklumkan kepada doktor anda berkenaan perjalanan yang bakal anda lakukan.
* Memaklumkan kepada doktor yang berada di dalam kapal bahawa anda sedang hamil. Tunjukkan surat keterangan kesihatan dari doktor anda jika perlu.
* Jika khuatir berkenaan mabuk laut, bawalah ubatan yang di berikan oleh doktor anda bagi mengatasi masalah tersebut.

Perjalanan Menaiki Kapal Terbang
* Usahakan untuk ‘Check in’ lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa dan memudahkan anda untuk berjalan atau untuk ke tandas.
* Tekanan udara di dalam kapal terbang adalah rendah dan anda perlu banyak meminum air bagi menghindari dehidrasi terutamanya sewaktu penerbangan jauh.
* Gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kejang kaki akibat penggumpalan di pembuluh darah balik akibat terlalu lama duduk. Di antara kaedah pergerakan ialah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki dan menggerakkan ibu jari.
* Jangan khuatir tentang mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui di setiap pintu masuk Lapangan Terbang kerana ianya bukanlah sinar X yang boleh menganggu keadaan bayi dalam kandungan anda



Thursday, January 5, 2012

My Prenatal Multivitamins and Supplement


Dah nak masuk 7 bulan pregnant tapi tak pernah pun cerita pasal pregnancy supplement. Macam aku ni first time pregnant so memang tak banyak pengalaman pasal supplement ni. So apa yang doctor bagi itu la yang aku telan.


Masa mula-mula disahkan pregnant aku check kat Klinik Family Dr Wan Kamariah kat area Setiawangsa ni. Aku memang dari zaman anak dara suka pergi klinik ni walaupun bil agak mahal. Kalau mintak ubat demam, batuk, selesema pun boleh cecah 60 - 70 ringgit. Tapi masa belum kahwin aku perasan gak orang pregnant selalu checkup kat sini sampai la time aku pregnant aku diberitahu oleh office mate aku yang klinik ni memang famous untuk prenatal chekup. Mungkin sebab doktornya ramai perempuan dan belah malam je ada doktor lelaki. Kalau nak jumpa Dr Wan kena datang pagi macam yang aku selalu buat sebab aku suka sangat jumpa Dr Wan sebab dia ni macam mak-mak je. Tapi mak yang sempoi, so takde la segan silu ke hape ke.. Memang chill, memang relax sampai boleh pecah perut melayan Dr Wan.


Ok, aku dah melalut, back to topic. Masa mula-mula pregnant, Dr Wan bagi acid folic je. Yang aku ingat masa first chekup aku dah 7 minggu tapi bila scan tak nampak apa pun sebab perut tebal bak kata Dr Wan. Dalam erti kata lain, tebal dengan lemak T_T. So dalam masa sebulan aku telan acid folic je without others supplement. Aku pun tak pandai-pandai makan benda lain takut la jadi apa-apa kan. 


Next checkup dengan Dr Wan masa tu aku dah 12 minggu. Masa tu Dr Wan bagi Obimin Pluz dan sebagai first time pregger aku ni telan je tanpa menyoalkan apakah itu obimin. Bila kat ofis baru la kawan-kawan ofis bagitau obimin tu supplement untuk orang pregnant. Tapi kenapa namanya ada pluz itu tidak diketahui sebab kat ofis ni takde sorang pun yang consume Obimin Pluz yang diorang selalu makan namanya obimin je. 


Picture credit to Google

Sampai la haritu borak-borak dengan sepupu aku yang juga pregnant. Rupanya dia pun makan obimin pluz tapi hospital DEMC yang provide. So aku pun berfikir, kalau spital mahal pun bagi ubat ni so memang elok la kot! Almaklumlah I kan checkup kat klinik bese-bese je mana la mampu gi spital private. Tsk tsk... Tapi kan aku nak cerita tentang benefit ubat ni pada badan aku. Aku dah realize benda ni sampai la satu hari aku jumpa Dr Wan kenapa dia suggest Obimin Pluz instead of obimin biasa. 


Satu hari ni aku tak sihat. Aku kena selesema yang tahap ting tong gaban la. Kebetulan masa tu aku dah register kat klinik kesihatan so aku ada review chekup dengan doctor pasal darah tinggi aku yang kejap up kejap down tu. Aku ingatkan kat situ ada provide ubat macam selesema tapi rupanya takkkkk. So aku pun lari gi klinik Dr Wan untuk mintak ubat. Sambil-sambil tu Dr Wan pun bagitau la, you makan la Neurogain, It's good for baby and mommy too sebab Neurogain tu ada minyak ikan/omega. Omega tu untuk baby's DHA dan omega tu bagus untuk mommy's antibody. Lepas tu Dr Wan bagitau kalau you consume Obimin Pluz, dalam tu dah ada omega oil which is contain DHA and EPA so tak perlu telan banyak supplement. Masa tu baru aku terdetik, "ooooo patut la aku kena selesema sebab aku dah tak consume Obimin Pluz since checkup kat klinik ibu dan anak tu" Bukan nak kata ubat yang klinik kesihatan tu tak bagus tapi sejak-sejak pregnant ni aku memang kerap kena demam dengan selesema. Tapi aku perasan bila aku makan Obimin Pluz, aku dah tak kena demam selesema. So since that moment walaupun aku pergi chekup kat klinik kesihatan, aku pergi juga chekup kat klinik Dr Wan untuk dapatkan stok Obimin Pluz. 



Ok, there's another supplement yang aku makan namanya Obical. Yang ni pun aku dapat dari klinik Dr Wan. Masa chekup yang 12 weeks tu Dr Wan cakap buat masa ni no need calcium supplement sebab baby kecik lagi cuma dia mintak aku  minum susu tak kisah la susu apa walaupun dia suggest enfamama. So sebagai seorang yang patuh pada arahan doktor, aku pun beli la enfamama yang mahal tapi  tak sedap tuh. Tsk tsk... Obical ni aku start makan masa 20 weeks kot. Tapi lepas tu aku tak minum susu dah sebab bajet dah cukup calcium padahal malam-malam selalu sakit tulang belakang T_T. Yang aku mampu telan ialah susu dutch lady perisa stoberi. Yang lain tak boleh rasanak muntah. Tapi kan, walaupun tak minum susu aku rasa aku belum lagi kena kaki cramp. Tak kisah la tengah-tengah malam ke, siang ke, subuh ke so far ok je. Mungkin aku makan benda alah ni at least it's help okay! Sakit tulang belakang tu sebab baby dah tarik perut ke depan memang la sakit *ayat sedapkan hati*


Picture credit to Google

Mesti korang tertanya-tanya aku makan ke ubat yang klinik kesihatan bagi. Masa yang mula-mula checkup kat klinik kesihatan tu memang aku ada makan tapi seriously rasa azabnya la sebab banyak sangat nak kena telan walaupun pilnya kecik-kecik. Yang dalam botol kaler putih tu ape ek? Sebabnya menurut akak-akak senior kat ofis aku dulu takde menatang tuh. Yang aku tau dia bagi folic acid, vitamin b, vitamin c,dengan benda yang dalam botol tu. Calcium kot... Entahla. Bila dah malas tu aku pergi farmasi beli obimin biasa so start dari tu aku kerap kena selesema. Asal penat je mesti penyakit pekej ni datang padahal masa zaman anak dara kalau demam tu ada la setahun sekali. Bajet antobodi buat sekali dah pregnant amik kau!


Rasanya tu je yang aku amik masa pregnant ni. So far so good tapi aku masih tak faham statement "jaga makan masa pregnant" Aku tak faham tang mana nak kena jaga tu. Masa mula-mula dulu ada la pantang minum air gas, makan nanas, dengan air tebu tu. Tapi sekarang semua aku belasah. Theheee... Doakan baby sihat dan selamat. Minggu ni nak masuk 27 weeks and still there's a lot of things to learn. Everyday is a new day, new experience for me and hubby.



Tuesday, December 13, 2011

21 & 22 Weeks



Dah masuk 22 weeks dah sekarang ni infact minggu ni dah masuk 23 weeks dah. Cepatnya masa berlalu. Kalau nak cerita perubahan penat cerita sebab macam-macam yang berlaku. Tadi terbaca kat babycenter pregnancy at 22 weeks dan perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Semua facts yang diberikan memang betul. In fact bila baby dah masuk 20 weeks is the most fun kalau dibandingkan masa awal-awal pregnant dulu. Contohnya dah takde loya-loya, dah takde lapar setiap 2 jam *itu aku la* ada orang tegur muka berseri *ceh, perasan pulak* 


Tapi ada juga ketika yang aku rasa tak berapa nak best contohnya susah tidur malam sebab selalu sangat sakit belakang. There is one time kaki membengkak dan kebas tapi nasib baik kaki tak kejang malam-malam. Time ni tidur kena dikelilingi bantal macam aku contohnya tak kurang dari 5 bantal aku guna bila nak tidur dan kadang-kadang kan rasa macam nak tidur tu sekalil tu sorang-sorang je, taknak share dengan husband sebab rasa sempit dan rimas dan tak bebas. Yela, dah tidur pun pakai 5 biji bantal memang la laki kena tolak tepi tak gitu? 


Surprising Facts: Body changes beyond your belly
You expected your belly to grow — and perhaps your breasts, too — but the following physical changes may take you by surprise. As with many pregnancy changes, hormones play a role in most of these alterations in your looks.
  • Thicker, more lustrous hair You're not actually growing more hair, just losing less than normal. During pregnancy, your body sheds hair much more slowly than it did before. What to do: If thicker hair is a boon for you, enjoy it. If it's making your mane more unruly than ever, ask your stylist to do some thinning at your next cut. These changes won't last forever. After your baby's born, you'll start to lose this excess hair, sometimes in clumps.
  • Increased body hair Sex hormones known as androgens can cause new hair to sprout on your chin, upper lip, jaw, and cheeks. Stray hairs can also pop up on your belly, arms, legs, and back. What to do: Tweezing, waxing, and shaving are all safe ways to manage these temporary changes.
  • Faster-growing fingernails Your fingernails may grow more quickly than usual, and you may notice changes in texture. Some women's nails get harder, while others' get softer or more brittle. What to do: Protect your nails by wearing rubber gloves when you're cleaning, and using moisturizer on them if they're brittle.
  • Skin changes Some pregnant women report that their skin has never looked better. If that's you, enjoy the proverbial "glow." Others find the hormones of pregnancy aggravate skin conditions such as acne. What to do: Wash twice a day with a gentle soap or cleanser, and make sure that any moisturizer or makeup you use is oil-free.
  • Stretch marks As your belly expands to accommodate your growing baby, you may get tiny tears in the supportive tissue that lies just beneath your skin, resulting in striations of varying color. These marks will begin to fade and become considerably less noticeable about six to 12 months after you give birth. There's not much you can do besides trying not to gain more than the recommended amount of weight. Heredity is responsible for the natural elasticity of your skin and plays a role in determining who will end up with stretch marks.
  • Skin discolorations Increased melanin can cause splotchy patches of darkened skin on your face. These pigment changes may become intensified if you spend time in the sun. What to do: Protect your face by using a sunblock that offers both UVA and UVB protection with an SPF of 30 or higher, wearing a hat with a brim, and avoiding the sun during peak hours of the day (10 a.m. to 2 p.m.).
  • Larger and darker nipples and areolas You may find that your nipples and the pigmented area around them (the areolas) are getting bigger and darker. The little bumps on your areolas, known as Montgomery's tubercles, may also be more pronounced. These bumps are oil-producing glands that help fight off bacteria and lubricate the skin. Some women also notice more pronounced veins in their breasts. What to do: Nothing!
  • Larger feet Your feet may go up half a shoe size or more. Lax ligaments may make your feet spread a bit — permanently. Swelling can make your shoes feel tight as well, although it will go away after delivery. What to do: Buy comfortable shoes to accommodate your growing feet.

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday : The Latest Me, Hubby and Baby

Pray for us!

Monday, November 21, 2011

OMG! Baby dah start kicking



Ok, ini entry orang jakun pestaim pregnant rasa anak menendang. Macam mana nak mula eh, haih...tak terkata excited mak!


Ok, kite cerita macam ni la.. Last weekend masa Malaysia lawan Myanmar yang menang 1-0 tu, aku as usual balik rumah MIL. Konon-kononnya nak balik rumah mak tapi hari Ahad ada jemputan kat KL. Parent aku pun nak turun KL so jumpa kat KL jela... Takyah susah-susah balik kampung kata aku... Tapi sekarang ni bukan nak cerita balik kampung or cerita bola tapi nak cerita pasal baby ni la dah start tendang-tendang manja. Ok, aku dah melalut...


Macam ni, masa hari Jumaat lepas kami suami isteri melepak-lepak kat dalam bilik layan X-Factor US kat TV8. Sebagai weeekend husband and wife harusla ngada-ngada manja-manja lebih dengan suami kan. Masa kitorg dok borak-borak sambil layan atas katil tu en suami pegang-pegang la perut aku ni. Lepas tu tiba-tiba aku rasa macam bunyi jantung berdegup kuat tapi sekali je. Aku mula-mula fikir eh, kuatnya jantung ni berdegup. Tapi apesal bukan kat dada tapi kat perut? Ish... Aku yang confused ni  la cakap ngan laki aku. Lepas tu baru terfikir, baby tendang kot! Lepas tu kitorang pun tunggu kot-kot la dia nak tendang lagi. Tapi senyap je sampai la aku tertidur.



Keesokkan harinya, suami pun bercerita lagi. Malam tu lepas aku berdengkur terlelap, si suami ni tak tidur lagi. Dia layan YouTube kat handphone sambil peluk si isteri yang dah sedap berdengkur ni. Lepas tu suami cakap dia pun terasa macam ada benda bergerak dalam perut aku. Bukan main excited suami aku, ceria sepanjang hari mengenangkan anak dia tu la... Aku pun excited juga tapi yang aku peliknya, kenapa bila ayah dia peluk baru dia nak kick? Tapi bila ngan mama ni dia diam je... Ke aku yang tak perasan? Entah la...rasa macam takde rasa apa-apa. 



Korang dulu baby start kick berapa minggu ye? Apa prasaan korang bila first baby kick? Mari kita share sebab aku ni kan first time pregnant. Minggu ni dah masuk 20 weeks dah so menurut doctor sekarang ni baby supposedly dah start kicking. So aku ni yang first time jadi mak macam confuse-confuse lak. Betul ke benda tu baby tendang, ke perasaan aku yang lebih. Hihihi...entah la, tapi sebenarnye suke....



Comel kan  gambar ni?


Wednesday, November 16, 2011

Eh, nak masuk 19 weeks dah?



Hohoho.... janji nak update perkembangan baby and mama week by week tapi tengok-tengok last update is 13 & 14 weeks. Sungguh kejam... Tau-tau je sekarang nak masuk 19 weeks dah. Dah sebulan tak update pasal anak kesayanganku ni.


Ok2 since mama dah ada masa ni meh sini update. Memang lately agak busy dengan kerja la, hari raya haji la, ni pun baru je masuk office after 2 hari MC kena selesema yang sangat-sangat la miserable. Bukan tak pernah kena selesema tapi kali ni lain macam sikit. 


1) Blood pressure kejap naik kejap turun. Setiap kali chek kat Klinik Kesihatan je mesti BP naik. Tak suka chek pakai mesin yang kat luar tuh. Dia grip kuat sangat sampai berderau darah I. *ngengade* Tapi yang peliknya bila jumpa doc dalam bilik, chek balik eh, jadi ok pulak. Doc ngan nurse pun pening. Sudahnya kena checkup setiap 2 hari T_T

2) Perut aku semakin membesar sampai satu tahap tu rasa tegang sangat-sangat. Aku ni memang normally perut tebal+besar+menggelebeh. So ingatkan ukurlilit perut aku ni mampu la nak menampung perkembangan anak dalam perut. Tapi malangnya tak mampu. Sekarang ni kalau makan sikit pun rasa perut tegang sesangat! Dasat wooo!

3) Masih lagi loya-loya tapi kali ni tahap nak muntah. Haritu masa buat sugar test pun termuntah, nasib baik muntah kat rumah. Kalau tak mesti kena marah ngn nurse kan? I know this is cheating tapi berdoa yang aku tak kena diabetic masa pregnant ni.

4) Yang ni adalah perubahan yang paling-paling ketara - EMOSI. Tu yang post semua tangkap leleh je. I think for the last 2 weeks emosi jadi tak stabil. Sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak nangis. Padahal semua punca adalah aku tapi asyik nak salahkan suami. *abang, mintak maaf!*

5) No more sembelit-sembelit. Mampu membuang dengan lancar tanpa sebarang sekatan atau halangan. Kalau tak sebu perut ni.. Sabar jela

6) Kaki dah start membengkak especially kat pergelangan kaki. Haritu masa raya haji kaki cramp sebab banyak sangat buat kerja rumah. Lepastu mintak suami urutkan.... Lepastu suami cakap "apesal ada daging-daging extra kat kaki ayang ni?" Aku pun berkata "alamak! kaki dah start bengkak!" adoiiiiiiiii!!!!

7) Yang ni paling obvious la sebab dah nak masuk 5 bulan so of course la baju dah banyak tak muat. Satu persatu baju kurung favorite tolak ketepi. Seluar jeans apatah lagi. Nasib baik la zaman anak dara selalu beli baju yang longgar-longgar. So masih boleh muat lagi sampai sekarang.


8) Ada lagi tak? Dah la kot ye... Tula, dah lama tak update panjang gila nak cerita kali ni.


Oklah, bye!




Thursday, November 10, 2011

Newborn Shopping List



Diam tak diam dah masuk 18 weeks dah anak aku ni. Kami plan nak shopping barang baby once baby dah cecah 20 weeks. Since sekarang ni kan musim Year End Sale, so boleh la cari bargain kot-kot ada. Dari tadi aku dok fikir-fikir apa la barang yang nak dibeli, list punya list mak aih... Makin panjang pulak list aku ni. Lepas tu terfikir, betul ke list aku ni? Ala, google jela... So jumpa la list ni. Sila klik gambar untuk tumbesaran ataupun klik je link ni.




Lengkap kan? So tak payah susah-susah fikir dah. Esok nak gi shopping bawak je list ni and tick mana yang dah beli. Habis cerita. Pokoknya duit je.. Ada duit semua jalannnnnn


Sekian, terima kasih




Rajuk



Kelmarin kami suami isteri EL sebab terlalu penat balik dari kampung. So kami ingat nak berehat-rehat di rumah je tapi tak sangka last-last minute husband kena kerja. Penat dah pujuk husband tak boleh ke bagi job tu kat orang lain, tapi husband cakap rugi la sebab semua job-job tu ada commission. Si isteri dengan hati tak rela pun melapskan suaminya pergi bekerja.

So dalam pukul 5 macam tu tiba-tiba si isteri teringin makan goreng pisang. Sebenarnya dari kat kampung haritu dah teringin tapi takde pisang. Yang ada pun kat pokok yang belum masak lagi. Cari punya cari adalah jumpa pisang tanduk tapi tekak taknak terima sebab pisang tanduk kan keras sikit. So kurang la manisnya. Nak taknak goreng la juga pisang tu sebab nak lepaskan kempunan tapi sudahnya makan sekeping je, tu pun tak habis. 


Berbalik kepada kisah isteri yang mengidam pisang pukul 5 tadi, si isteri pun sms si suami mintak belikan pisang. Itu pun selepas tersedar yang suami terbawa kunci kereta dalam poket. Kalau tak si siteri ni takde la ngada-ngada minta suami belikan itu ini. Si suami pun membalas sms dan berjanji nak belikan pisang untuk si siteri. *dah macam kisah dongeng la pulakkkk*


So tunggu punya tunggu sampai la pukul 7 malam si suami tak balik lagi. Si isteri ni sms lagi, bila nak balik? Pisangnya ada ke? Last-last si suami jawab "mana nak cari pisang goreng time-time macam ni?" Ah sudah, tadi janji nak belikan, sekarang dah lain pulak alasannya. Patah remuk hati si isteri lalu menangis kerana goreng pisang yang dihajati tak kesampaian.


Malam tu suami balik dengan iat nak bawa isteri keluar makan, tapi rajuk si isteri tak sudah-sudah lagi. Muka monyok, tak lalu makan. Tanya sepatah jawab sepatah, kadang-kadang tak berpatah pun. Senyap je... Tidur malam pun dengan hati yang rajuk, suami peluk taknak, suami bagi goodnight kiss pun takde respond. Punya la rajuk si isteri sampai la keesokan paginya. Sampaikan nak pergi kerja pun muka monyok lagi sampai menitis air mata bila suami cium dahi. 


Itulah penangan perempuan mengandung. Selama ni aku asyik dengar kisah orang mengandung yang menangis-nangis bila permintaan dihampakan. Dulu rasa pelik sangat, perlu ke nak menangis bagai. Sekarang ni aku dah rasa. Bukan lah sengaja nak emo, tetapi memang natural wanita mengadung ni emosinya yang cepat sensitif. Kadang-kadang suami tak sengaja ternaik tone suara, bukan sebab nak marah tapi dah menang suara lelaki garau kan tapi itupun boleh menangis, merajuk tak kesudah. Selalu je ada rasa insecure dalam diri contohnya aku dah tak cantik, punggung makin besar, perut makin buncit, tapi suami sayang ke tak. Kalau dulu suami selalu puji kita cantik tapi sekarang ni cantik lagi ke tak? Semua tu bisikan syaitan nak hasut manusia ni. Tapi aku akui perasaan tu selalu ada dalam diri ni. Nak tak nak kena stay strong tambahan lagi kami ni weekend husband and wife. Perasaan rindu tu usah nak cakap la... Kena juga tabahkan hati, kuatkan diri ni tanpa suami di sisi..



Thursday, November 3, 2011

Dear Baby, Today Is Mommy's 1st Prenatal Checkup at Gov Clinic

Dear  love,


I woke up early this morning just to have our first checkup at Klinik Kesihatan Ibu dan Anak at Sri Rampai. When I reached there around 7.20 am, there's already a crowd waiting for the clinic to be open. Thank God mommy came not so late so I manage to get number 18 among all the crowd. 


I was told the checkup will took a looooooong time and yes it did! Because this is my first visit, so I have to registered for new book and wait my turn to be called. I thought there's only like 2 step but actually there's like almost ten step that I have to go through around that process.


1- Register at counter 1 and get the pink book and fill the form by myself  *sian mommy kan?*

2 - Timbang berat badan, blood preasure test and sample urine test.

3 - Meet the nurse and talk about family history such as diabetic, blood pressure, athma, etc2..

4 - Blood sample which is hurt. Now my right hand feel numb T_T


5 - Meet the dentist

6 - Meet another nurse to measure mummy's tummy and some breast check

7 - Repeat step 3, nagging, warning by the nurse which has same age as your mommy

8 - Vitamin supplement provided by the clinic

9 - Set another 3 appointment which is :

        * Glucose test on 4/11/2011 which mean tomorrow *nangis lagi*

        * Blood preasure test with the doctor - 14/11/2011. 

        * Monthly checkup on 5/12/2011 which I obviously can't attend. So kena checkup at private clinic.




This is totally a new experience to me. But I'm glad I did this sebab kalau tak sampai bila nak rasa susah macam orang lain kan. Even though the whole process took about 3 hours, but at the end this is the right thing that I should do for you. I would do anything to make sure you're stay healthy and strong. Take care okay




Mommy and Daddy always love you! Muahhhh









Thursday, October 27, 2011

Susu Awal Ibu (bukan lembu)



Ok, this is my second time I've heard about this actually. Dulu ada terbaca dalam majalah Pa&Ma and now terbaca dekat internet pula berkenaan susu awal ibu. Selalunya kita dengar susu awal lembu or susu kolustrum yang banyak sangat khasiatnya. Jangan ingat lembu je ada, ibu mengandung pun ada tau! Read this article below and now you know. Hopefully, aku sendiri dapat menyusukan anak as soon as she/he deliver and keep he/she bf exclusively.





Kenali Cecair Emas Berharga

Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan berwarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.


Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progestron yang sangat tinggi kadarnya.

Pada hari kedua dan ketiga, kolustrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatannya berterusan mengikut keperluan bayi.

Ketika susu peralihan mengambil tempat, payu dara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolustrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran.

Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalamnya terkandung protein,vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum berwarna kekuningan.


Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan.

Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A(SlgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia. Istimewanya, ia hanya boleh diperolehi dari susu ibu. SlgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Ransang Sejak Hamil

Pada minggu 37-38 kehamilan, sebarang ransangan ke atas payudara akan menyebabkannya bersiap sedia mengeluarkan susu. Namun, anda perlu sentiasa bertenang. Dengan itu, dapatlah susu keluar dengan lancar setelah bayi lahir nanti. Susu tidak aka keluar jika persekitaran bising, hiruk-pikuk atau fikiran terganggu.

Ketenangan boleh terhasil apabila suasana aman dan anda hanya menumpukan perhatian kepada bayi. Jadi, otak menyampaikan mesej kepada payu dara supaya mengeluarkan susu.

Keadaan ini dikenali sebagai let down reflex (LDR) dan berlaku setelah anda benar-benar bersedia walaupun pada ketika itu bayi belum lahir. Oleh yang demikian sentiasalah menenangkan diri jika tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan ibu yang gagal mengalami LDR akibat mood yang tidak menentu.

Keistimewaan tiada tandingan

Kolostrum sering kali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel-sel hidup terkandung didalamnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan untuk menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

Oleh kerana kolustrum sangat kaya dengn vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.