Tahun ni adalah tahun pertama bf baby dalam bulam Ramadhan. Pagi tadi sahur nasi x 2 + kari daging + kurma + roti seketul +air bergelen-gelen. Lepas subuh sambung tidur tapi pukul 9.30 perut dah lapar. *sadis*
Bangun je tidur rasa lemau. Haih, mana la perginya nasi 2 pinggan aku tu. Sudahnya melepet je atas katil. Tetapi tiba-tiba datang motivasi selepas baca komen-komen kat group KIM lalu bangun mandi dan terus mengepam susu. Tadi lepas sahur sempat mengepam satu sesi. Kiranya pagi ni dah sesi ke dua. Lately perasan yang Rayyan tak suka minum cik B belah kiri. So terpaksa mengepam dan hasilnya agak lumayan.. Ehehe..
First session tadi dapat 4 oz, second session pulak dapat 3 oz. Sebenarnya dalam hati ni ada sesuatu yang mengganggu. Rasa agak down. Tapi harap-harap susu tak down. Nanti la kita cerita bila ada banyak masa nanti. Sedihnya tak terkira.. Situasinya lebih kurang macam ni - ditelan mati mak, diluah mati bapak. Payah, memang payah..
Kepada mommies-mommies yang juga firstimer macam aku ni, good luck. Mintak-mintak Allah beri kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak sampai la ke waktu berbuka nanti. Good luck!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
MICHELIN Guide Ceremony 2025 KL Penang
4 weeks ago
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment